“Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”. (HR : Al-Bukhari).
Ubat bagi perselisihan faham antara suami isteri :
- Bukan caranya dengan menghalau isteri balik ke rumah keluarganya ... Ini tidak akan menambahkan kecuali kekusutan.
- Oleh sebab itu saya ingin menasihati para suami, apabila berlaku apa apa masalah atau salah faham antara mereka dengan isteri isteri mereka , maka sebagai suami ia hendaklah besabar dan menahan diri serta melayani isterinya dengan apa yang sepatutnya mengikut apa yang disarankan oleh Nabi s.a.w.
- Saya yakin apabila si suami mentaati Allah dan RasulNya dalam bermuamalah dengan ahli keluarganya , nescaya Allah akan menukarkan perasaan permusuhan dan kebencian di dalam hati isteri kepada sifat saling berganding bahu dan berkasih sayang.
(Muhammad Soleh Al-Uthaimin)
**dipanjangkan daripada perkongsian Al-ustaz Kamarul Hafidz pagi ini
No comments:
Post a Comment