Dia pilih nak udang yang sebelah kanan tu. Katanya nak yang lagi besar dari yang dia terlepas makan yang neneknya masak semalamnya tu. Kalau balik Kedah memang puas makan udang. Kalau kat KL memang jarang sesangat saya beli udang. Hihihi
Dengarnya kat Kedah ni menu makanan asrama pun udang besar-besar kemain. Tapi bebudaknya pula lagi suka ayam. Ish, zaman saya dok asrama memang takdak menu udang. Ayam pun dua kali seminggu. Daging sekali. Selebihnya semua menu ikan...Zaman dah berubah
Balik dari Pekan Sabtu, terus masak sambal udang untuk Adah. Padahal dia tetap ke rumah Achik juga. Balik dari Pekan Sabtu dia nak stay kat rumah Achik juga.
Kita masak,, kita juga yang makan... Saya suka goreng dulu udang atau soyong sebelum masak sambal supaya warna kulit udang cantik. Kalau sotong pun saya suka goreng dulu nak kurangkan air sotong.
Neneknya bising la Adah tak balik makan kat rumah. Dah 2 hari berturut masak sambal udang.Jumaat nenek masak sambal. Udang Petai tu petainya cantik hijau. Saya masak, macam biasa la, cili lebih & petai lebam.. Hihihi... Tapi Adah tak balik makan pun.Bila balik KL bising tak sempat makan udang.. Dia kat rumah Achik katanya makan Ayam Hutan. Mmmm
Geramnya tengok udang tu.Kat rumah akak jarang beli udang,sotong ni sebab ada yang alahan ,nak2 yg bongsu ni suka makan tapi alahan.
ReplyDeleteSaya pun time balik Kedah jer. Kalau kat KL memang jarang beli. Sebab anak bujang tak makan seafood & lagi 2 sebab harga mahal... Hihihi.. Baik beli ayam.. Hihihi
Delete