Saturday, 23 January 2021

SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT

Lauk Sambal Ayam Daun Limau purut. Bukan lauk hari ni. Bukan juga lauk semalam. Tapi lauk hari apa entah,saya dah tak ingat, sebab minggu ni macam asyik makan lauk ayam pulak.. Hihihi

Sambal Ayam Daun Limau Purut. Asalnya saya cadang nak buat masak kicap tapi memandangkan semua bahagian ayam ni adalah bahagian dada yang hanya isi ayam macam tak best pula nak buat masak kicap


Lalu saya ambil keputusan masak Sambal Daun Limau Purut. Kebetulan daun limau purut banyak juga hari tu saya ambil kat rumah Achik masa nak balik KL. Walau sudah 2 minggu daun-daun limau purut tu masih kekal hijau segar.


Rasa Sambal Ayam ni macam rasa padprik pun ada. Penuh dengam aroma serai + daun limau purut. Sedap sungguh makan dengam nasi panas-panas, gaul berminyak. Saya memang penggemar nasi dengan lauk kering-kering. Palingpun kuah yang pekat bolehlah gaul. Kalau kuah macam sup, tomyam & kuah-kuah yang cair, saya lebih suka makan nasi dulu, kemudian baru hirup kuah. Kalau makan biskut dengan kopi O pun sama. Saya tidak suka biskut dicicah air kopi. Saya akan gigit biskut, kunyah & baru hirup kopi O. Sama juga kalau makan mee kolok. Ada orang suka tuangkan sup dalam mee. Tapi saya suka makan mee sambil hirup sup. 




SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT
1 mangkuk isi ayam- bahagian dada dari seekor ayam
5 helai daun limau purut
1 batang serai
1 cawan cli blend halus
1/ bawang besar - blend halua
5 bawang putih - ketuk
1 sudu garam
2 sudu gula perang
Minyak

1.Isi ayam dipotong dadu & gaul garam kunyit
2. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan
3. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih & serai ketuk. 
4. Masukkan cili & bawang blend. Masak hingga naik minyak. 
5. Tambah garam, gula & daun limau purut. 
6. Masak hingga naik minyak & sesuaikan rasa. 


6 comments:

  1. Sedapbya...akak tak boleh nak masak seperti ni kalau kena masuk daun limau purut.Akak suka je aroma nya tapi tulah anak dara no2 akak ni alahan daun limau ni,pelik kan ...tapi itulah hakikatnya,jadinya kalau dia ada memang masak tak pernah taruk daun limau purut walaupun ada pokoknya yang segar merendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa.. Hantar pokok tu sini kak..biar togel saya petik daunnya tiap hari.. Hihihi

      Delete
  2. Saya memang suka masak letak daun limau purut dan serai.Masam asam pedas, lemak, ayam goreng kunyit, 3 rasa memang suka.Daun limau purut tak payah beli,ambil aje di kebun saya yg sekangkang kucing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. Sekangkang kucing pun ada juga floranya... Seronoknya

      Delete