Bila balik Kedah, banyak la cerita pasal makan. Kalau 2019 & sebelumnya, musim cuti hujung tahun, seronok cerita pasal makan kenduri yang bereneka jenis makanan macam pasar malam. Ramai ambil peluang buat kenduri musim cuti sekolah sebab sedara mara hanya boleh balik ramai-ramai time cuti sekolah sebab anak-anak semua cuti. Namun tahun 2020 menyaksikan banyak perubahan mendadak. Tiada lagi kenduri mewah, kenduri arwah pun dilarang masa PKP 1.0 dulu. Bila PKPB & PKPP walaupun dibenarkan tapi jemputan terhad 250 & SOP yang ketat. Mungkin ini salah satu cara Allah menegur kita semua. Sepanjang 2020 saya hanya sempat balik sekali sahaja iaitu masa Raya Haji. Tapi tahun ini walaupun baru 2 minggu dalam 2021,namun saya sudah berpeluang balik kampung selama 3hari 3malam.Alhamdulillah...
Khamis, baru balik dari KL terua lunch kat rumah Achik. Jumaat mak pula masak sambal udang petai. Kata mak, mak belikan udang ni sebab Adah suka udang & Cella pula suka petai. Tapi si Adah pula, balik dari Pasar Kemboja terus melekat rumah Achiknya..Dia kalau balik Kedah memang melekat rumah Achiknya. Sejak kecik duku dia selalu perasan dia tu anak Achik & Pokcik. Dulu masa kanak-kanak lagi la. Kepala Pokcik dia pun dia selamba ja kerabat (kerabat tu panjat in Kedah language). Achik & Pokcik pun memang layan dia mengalahkan layan nak sendiri. Sebab tu kalau balik Kedah, dia akan melekat kat rumah Achik & Pakciknya. Jumaat tu kami lunch 3 orang sahajalah. Adah xnak balik. Tak merasa la dia sambal udang
Ada 2 versi sambal udang, versi mak & versi anak ye.
ReplyDeleteHihihi.. Ya betul tu cikgu... Tapi tak boleh lawan masakan mak la kan..
DeleteSaya suka yang banyak sambal.. sebab suka makan gaul sambal ngan nasik. Tambah kicap sikit.. sedapp 🤭. Sambal udang, sambal sotong, sambal ayam semua feveret.. tapi tanpa petai..hihihi
ReplyDeleteRugi Jaja tak makan petai. Tapi bagus juga tak makan sebab kalau makan selain baunya, petai ni boleh rosakkan diet. Hihihi
DeleteSaya zaman kanak-kanak pun suka makan sambal atau kari taruk kicap. Tapi dah bila dah dewasa(bacanya tua) dah tak suka makan ngan kicap. Lidah dah tebal kot agaknya.. Hihihi
Sama mcm saya, kalau msk sambal memang nak sambalnya banyak.baru namanya makan sambal.
ReplyDeleteHihihi.. Lagioun kuah sambal boleh buat makan ngan lempeng kan.. Sedap
Delete