Wednesday 13 January 2021

SAMBAL UDANG PETAI MAK

  Bila balik Kedah, banyak la cerita pasal makan. Kalau 2019 & sebelumnya, musim cuti  hujung tahun, seronok cerita pasal makan kenduri yang bereneka jenis makanan macam pasar malam. Ramai ambil peluang buat kenduri musim cuti sekolah sebab sedara mara hanya boleh balik ramai-ramai time cuti sekolah sebab anak-anak semua cuti. Namun tahun 2020 menyaksikan  banyak perubahan mendadak. Tiada lagi kenduri mewah, kenduri arwah pun dilarang masa PKP 1.0 dulu. Bila PKPB & PKPP walaupun dibenarkan tapi jemputan terhad 250 & SOP yang ketat. Mungkin ini salah satu cara Allah menegur kita semua. Sepanjang 2020 saya hanya sempat balik sekali sahaja iaitu masa Raya Haji. Tapi tahun ini walaupun baru 2 minggu dalam 2021,namun  saya sudah berpeluang balik kampung selama 3hari 3malam.Alhamdulillah...


Sambal Udang Mak... Heee, sejak dah tua ni jarang dapat makan masakan mak. Time kita balik,mak nak makan masakan kita. Tapi tang cabai tumbuk/sambal belacan, memang saya tetap akan minta mak tumbukkan la. Walau bahannya mak masukkan dan saya tumbuk, pasti rasanya tidak dapat menandingi cabai tumbuk mak. Sebab tu tugas yang satu itu akan kekal diserahkan kepada mak walau makan nasi di kampung, di rumah atau di rumah Achik. Hihihi. 


Tapi balik kali ni, makan Sambal Udang masakan mak. Sebabnya hari Jumaat leka bershoping di Pasar Kemboja. Balik dah tengahari. Mak dah siap belikan udang, ikan & siap rendam cili bagai dah. Achik pula bagi petai. Maka jadilah Sambal Udang Petai Mak
Khamis, baru balik dari KL terua lunch kat rumah Achik. Jumaat mak pula masak sambal udang petai. Kata mak, mak belikan udang ni sebab Adah suka udang & Cella pula suka petai. Tapi si Adah pula, balik dari Pasar Kemboja terus melekat rumah Achiknya..Dia kalau balik Kedah memang melekat rumah Achiknya. Sejak kecik duku dia selalu perasan dia tu anak Achik & Pokcik. Dulu masa kanak-kanak lagi la. Kepala Pokcik dia pun dia selamba ja kerabat (kerabat tu panjat in Kedah language). Achik & Pokcik pun memang layan dia mengalahkan layan nak sendiri. Sebab tu kalau balik Kedah, dia akan melekat kat rumah Achik & Pakciknya. Jumaat tu kami lunch 3 orang sahajalah. Adah xnak balik. Tak merasa la dia sambal udang



Kalau balik Kedah @ kalau mak datang kL pasti dibelinya udang untuk cucu-cucu pompuannya yang 2 ketoi tu. Si bujang seketoi tu memang tak makan udang & seafood. Agaknya mak saya tau saya ni jarang beli udang. Hihihi.. 


Beza antara sambal udang saya dengan sambal udang yang dimasak oleh mak ni ialah jumlah cilinya. Kalau saya masak sambal udang atau apa-apa sambal, cili saya selori & kena menggagau cari udang. Tapi kalau sambal udang mak cilinya hanya sekadar menyalut udang sahaja. Mak tak suka sambal yang saya masak sebab banyak sambal berbanding isi.Hihihihi.....

6 comments:

  1. Ada 2 versi sambal udang, versi mak & versi anak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Ya betul tu cikgu... Tapi tak boleh lawan masakan mak la kan..

      Delete
  2. Saya suka yang banyak sambal.. sebab suka makan gaul sambal ngan nasik. Tambah kicap sikit.. sedapp 🤭. Sambal udang, sambal sotong, sambal ayam semua feveret.. tapi tanpa petai..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi Jaja tak makan petai. Tapi bagus juga tak makan sebab kalau makan selain baunya, petai ni boleh rosakkan diet. Hihihi
      Saya zaman kanak-kanak pun suka makan sambal atau kari taruk kicap. Tapi dah bila dah dewasa(bacanya tua) dah tak suka makan ngan kicap. Lidah dah tebal kot agaknya.. Hihihi

      Delete
  3. Sama mcm saya, kalau msk sambal memang nak sambalnya banyak.baru namanya makan sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Lagioun kuah sambal boleh buat makan ngan lempeng kan.. Sedap

      Delete