Semalam masak gulai ikan.. Puas makan kalau ada gulai. Gulai tu kalau kat kampung saya mean kari. Kalau lain negeri lain tafsiran "gulai" nya.. Kalau Ng9 gulai lomak cilo api la kan.. Johor dengan gulai asam pedasnya...Kelantan gulai darat, Trengganu gulai ikang aye.. Perak gulai tempoyak. Yang tu sahaja saya tahu.. Itupun belum tentu betul kot sebab ni hanya dari apa yang saya tahu sahaja... Hihihi.
Kalau mak biasanya guna ikan puyu, saya guna ikan macerel. Kalau jumpa Polland Macerel saya memang akan beli sebab isinya banyak & sedap. Sebab nak feel gulai lari mak saya dulu-dulu, saya campur dengan ubi keladi. Dapat la juga feel walau tak sepenuhnya. Ya la, mak guna rempah giling, ubi semua segar tanam sendiri. Makan nasi beras padi tanam sendiri. Makan pula selalunya waktu tengah lapar baru balik sekolah mengayuh basikal berbatu-batu. Memang nikmat makan kalau mak masak gulai atau sambal tumis. Kadang ubi kayu pun mak masak gulai lemak kuning + ikan kering.Sedap sangat. Selain ubi kayu, keledek, ubi keladi & ubi kelinh. Selain itu ubi tum & ubi lekir juga sedap dimasak kari dengan ikan puyu. Ubi tum tu unik sebab ubinya macam kentang tapi berbuah pada batang-batang induknya yang melilit pokok lain. Ubi lekir pula pokoknya celoreng macam ular & kalau dia berbunga busuknya ya ampun macam bagkai. (boleh rujuk google untuk pokok ubi lekir) Tapi ubinya sedap walaupun masa mengupas kulit agak berlendir. Sekarang dah tak nampak lagi pokok-pokok ubi tu dikampung. Mungkin sudah pupus atau menjadi mangsa babi yang semakin bermaharajalela.
5 biji keladi Cina
2 keping ikan merah/3 ekor ikan kembung
2 asam keping
10 cili padi
3cawan santan cair
4 sudu minyak
3 sudu rempah kari ikan
garam secukupnya
Bahan Tumis:
1/2 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan keladi Cina yang sudah dikupas kulit, santan dan masak hingga mendidih
6.Setelah kuah menggelegak dan keladi empuk baru masukkan asam keping/air asam jawa
7.Sesuaikan rasanya
8. Perlahankan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik
Gu pula dengan ikan haruan masin yang mak saya bekalkan agak banyak masa balik Kedah 2 minggu lepas.
Bubuh sorang semangkuk.. Makan la macamana pun. Nak hirup ka.. Nak banjir ka.. Ikut suka. Sebab saya tak suka makan nasi berkuah tomyam atau sup. Kalau ratah atau makan dengan mihun saya suka la. Kalau makan dengan nasi pun saya akan makan nasi & kemudian hirup kuah. Saya tak campur. Tak tau pasai apa lagu tu.. Hihihi
Adah & abangnya dah pergi kerja. Bawa bekal megi goreng... Petang..baru saya makan sambil temankan Cella beronline kelas. Kebanyakan kawan & lecturenya saya dah tahu nama & cam suara sebab kerap sangat teman dia online class. Tapi kenal suara sahaja la tak tengok pun wajah mereka.. Rasa macam orang buta pula mengecam suara tanpa wajah.. Hebat insting orang buta kerana mereka hanya berpandukan pendengaran dan deria rasa dan sentuh sahaja tetapi sesetengahnya mampu menghafaz A-Qur'an. Subhanallah maha suci Allah...
Tak pernah lagi akak masak kari keladi apatah lagi campur dengan ikan.Bila2 nanti boleh try lah.
ReplyDeleteSeronok dapat belajar masakan orang utara ni.
Kalau dapat kat saya semua dikari.. Hihihi. Tapi ubi-ubian tu memang bukan mak saya sahaja masak kari tapi juga kebanyakan la kalau belah utara.. Boleh cuba sebab akak banyak menanam tu.. Mesti lagi sedap sebab fresh
DeleteHaruan masin tu... alahai sedapnya! Kami selalu goreng, bubuh bawang, cili dengan petai!
ReplyDeleteOo.. Bunuh petai yer..
DeleteNanti boleh try..
La ni petai mahal ya ampun.. Dah la mata petai sepet2.. Hihihi
Yesss org utaqa ni memang suka gulaikan ubi ubiannn,ubi kemili,kayu keledek,gu degn ikan sawah! tapi ni kenangan saya Masa kecik dulu..😍
ReplyDeleteKan... Gulai ikan aawah (diutara dioanggil ikan darat) memang ngam gulai dengan ubi-ubian kan...
DeletePuan, Ubi ni nak kena rebus asing ka before masuk dlm kuah gulai tu? Terima kasih Puan.
ReplyDelete