Sunday, 17 January 2021

SERONDENG KELAPA BERSANTAN

 Pagi-pagi buta tadi saya gigih memasak Serondeng Kelapa. Dari malam asyik teringat-ingat nak makan Serondeng Kelapa. Terasa-rasa sahaja kat mulut. Ish, dah kenapa la pula asyik teringat nak makan Serondeng Kelapa


Alhamdulillah, Allah beri kerajinan pagi tadi. Benarlah, apa yang kita fikir menjadi satu doa. Bila kita dah set dalam kepala dia jadi niat.. Hihihi.. Nak cerita masak serondeng sahaja pun...

Serondeng kelapa, saya hanya kenal di KL sebab kat tempat saya tiada serondeng kelapa. Yang ada hanya serondeng ayam, daging & serondeng ikan. Yang mak selalu buat setiap kali raya ialah serondeng ayam. Bila kat KL pun seingat saya, dulu saya tak pandang pun serondeng kelapa sebab saya bayangkan rasanya mestilah macam inti cucur badak. Hihihi. 
Lagipun mungkin pengalaman saya mencuba makan kena yang tak sedap rasa berhampas & hanya masin tiada rasa lemak. Sama seperti makan kebanyakan pulut udang (orang KL kata pulut panggang) yang kebanyakannya tak kena dengan selera saya kerana pulutnya lembik & inti rasa hampas kelapa. Ramai sahaja pembuat & penjual kuih yang buat pulut udang tu sedap di KL ni tapi saya pun hanya beli tepi jalan sekitar kawasan saya  sahaja. Maka tak jumpa yang kena dsngan tekak. Tambahan pula saya sudah terbiasa pulut udang sedap beli time balik Kedah. Mungkin juga memang yang saya cakap tak kena dengan selera saya, tapi kena dengan selera ramai orang lain. Tekak kita semua bukan sama kan.. 
Serondeng kelapa yang paling sedap saya pernah makan berbelas  tahun yang lalu yang dimasak oleh mak kepada Cik Zah untuk event jamuan Hari Raya Aidilfitti. Cik Zah tu rakan  senior saya. Dia single & tidak pernah berkahwin sepanjang yang saya kenal dia. Sebab tu saya panggil di Cik Zah. Selepas bersara awal lebih 10 tahun lalu Cik Zah berhijrah ke Australia. Kali terakhir berhubung melalui facebook 10 beberapa tahun lalu & katanya dia bermastautin di New Zealand. Kini saya sudah terputus hubungan dengannya. Namun kesedapan serondeng emak Cik Zah kekal dalam deria rasa saya. Sedap sungguh pada tekak saya. Mak cik Zah seorang  muallaf. Berbangsa Cina tapi serondengnya memang tak boleh move on. Warna merah, ada rasa serai, rempah, lemak, masin dan manis yang seimbang. Paling penting serondeng tu lembab. Saya pernah minta resipi tapi cik zah kata maknya cakap main campak sahaja. Berpandukan deria rasa, sudah banyak kali jiga saya masak serondeng kelapa & saya rasa macam hampir menyamai serondeng kelapa mak Cik Zah. 

Saya masih gunakan panduan serondeng kelapa yang pernah cella postkan dulu. Nasib baik juga blog ni banyak menyimpan resipi masakan yang pernah saya masak. Walau kadang bila saya masak, saya tak sukat sangat tapi yang pasti hanpir semua resipi yang saya kongsi saya akan sukat betul-betul supaya jika ada yang mencubanya, saya mengharapkan agar menjadi. Kadang saya lebih banyak kongsi tips  yang kadangkala  bunyinya lebih banyak  meraban
. Hihihihi.... 

SERONDENG KELAPA MEMORI CIK ZAH
1 biji kelapa parut putih
1 asam keping
1 ketul gula Melaka- hiris
1 sudu teh garam
3 helai daun limau purut
1/2 kotak kecik santan ( 1/2 cawan santan pekat)
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 cawan ikan bilis belah ( buang tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris kunyit
3 hiri lengkuas
1 batang serai

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend + serbuk kari ( bancuh bersama)
2. Tambah asam keping, garam dan gula Melaka
3. Sesuaikan rasa dahulu sebelum masukkan kelapa parut putih..
4. Tambah santan pekat dan daun limau purut.
5. Sentiasa kacau seperti mengacau nasi goreng supaya bahagian bawah tidak berkerak.
6. Perlahankan api dan terus sangai sehingga sedikit berderai..

Tip:

* Tujuan dimasukkan sangan pekat supaya serondeng menjadi lebih lemak dan lembab

Aroma daun limau purut tu sungguh segar


Serondeng Kelapa saya..... 

10 comments:

  1. X penah rs lg serondeng kelapa.. br tau jugak ni.. kalau serondeng daging ke ayam ke ikan ke biasa jugak mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara kita kaya sunggu aneka makanan kan mim... Kalau sesetengah kedai saya jumpa lontong pun depa hidang dengan sikit serondeng.

      Delete
  2. Oh, ada masukkan santan dalam serunding ni ya..

    Serunding kelapa pertama sy masak ialah pada tahun lepas, lembab jugak serundingnya dan sedap. Resepi sy tak ingat ambil di blog siapa tah, atau di fb siapakah.. tapi screen shotnya rasa macam belum buang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya berganting kepada kelapa kot SK. Kalau kelapa sabut basah yang tak berapa tua lagi tu mesti lagi sedap kan. Lembab semulajadi & tidak berhampas..
      Nanti kongsikan la resipi SK.. Johorean lagi terror masak serondemg kelapa ni.. Hihihi

      Delete
  3. Lupa pulak nak cerita, kalau Mak Cella kata, pertama kali jumpa serunding kelapa di KL, sy pulak memang sejak kecil cuma tahu serunding kelapa aje yg akan dimasak emak setiap kali hari raya. Sy tahu pasal serunding daging/ ayam bila dah kahwin org Kedah dan selalu berjalan ke pantai timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄.. Betoi
      Kat Kedah rasanya takdak serondeng kelapa ni. Tapi la ni serata negeri dah macam-macam makanan dah kan bila berlaku perkahwinan rentas negeri & penghijrahan..

      Delete
  4. Bagi akak pula serunding yang paling sedap ,serunding yang dibuat guru mengaji yang jiran akak.Walaupun bahan nya simple tapi sedap sampai terasa2 sampai ni.
    Mungkin lain orang lain resepi nya.Seperti yang diajar takde letak santan dan rempah kari tapi masukkan jintan ketumbar.Anak2 akak terutama yang sulong suka sangat serunding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lagi sedap ada rempah jintan bagai tu. Nanti bila-bila akak kongsi la resipi. Nan juga try.. Saya memang suka rempah ketumbar & jintan. Macam terbau pula haruman tu.. Makan dengan nasi impit pun sedap kan

      Delete
  5. Banyaknya perkongsian resipi sedap-sedap di sini. Menarik betul resipi serunding ni. Ada daun limau purut dan santan pekat pula. Nanti senang-senang saya nak try di dapur sendiri. Tentu ada sedikit beza rasa dengan serunding yang biasa saya buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Boleh saja memcuba tapi Cikgu lagi hebat dalam memasak.Seronok baca blog cikgu..

      Delete