Tengah mencongak nak masak apa untuk lunch. Nak ke pasar macam malas la pulak weekend mesti ramai. Dalam peti ais masih ada bekalan untuk 2,3 hari kalau dimakan berjimat-jimat. Semalam masak sardin, telur & ikan pekasam sahaja. Tapi kalau dh masak sardin, pagi ni haruslah nasi goreng sardin.
Kebetulan malam tadi hanya saya sorang yang makan nasi, maka berlebih-lebihlah nasi. Adah & adiknya hanya makan roti. Abangnya balik kerja terus nampak bantal. Nasinya hanya saya seorang makan. Jadilah Nasi Goreng Sardin pagi ni..
Nasi Goreng Sardin bersama telur dadar hancur. Nasi goreng memang sarapan sepanjang zaman kan. Sejak kecil, remaja, dewasa & remaja purba(pinjam istilah SK) hihi.. Nasi goreng memang tidak jemu dimakan. Kelebihan lain ialah nasi goreng tiada syarat untuk dimasak. Tidak kisah nasi panas atau sejuk. Campuran pun asal apa yang ada. Ayam, daging, sayur atau seafood semua pun boleh. Kalau mak saya, dulu-dulu nasi gorengnya hanya tumis bawang putih dan bawang merah. Nasi gaul garam & goreng sampai berasap. Itu sahaja. Tapi lemak masin & sedapnya hingga kini masih teringat. Teringat jiran saya Long Wang. Dulu beliau selalu cerita familynya makan nasi goreng berkuahkan air kopi atau air teh. Katanya sedap tapi saya belum pernah cuba.Saya juga sering terkenang sepupu saya. Dia lelaki,senior saya dekat 10 tahun juga & dia anak abang mak saya. Dari kecik ibu ayahnya berpisah. Sejak. kecik tinggal dengam tok & tokwan saya. Bila tok meninggal diMekah 1975,dia tinggal berdua dengan tokwan. Masa saya kanak-kanak dia sudah remaja. Servive bila nak masak, dah la dapur kayu. Saya masih ternamoakndia masak nasi goreng kosong letak sos cili banyak-banyak.Tapi masa tu saya teringin sangat nasi goreng bewarna merah tu sebab mak saya hanya letak bawang sahaja.Tapi dia tak bagi sebab itulah lunch dia dengan tokwan, sedangkan saya ada mak untuk masak. Perjalanan hidup dia memang struggle. Sekarang dia pesara tentera & tinggal di Teringat juga cerita kawan baik saya. Katanya ada sedaranya ni, asal buat fimily gedering mesti bawa naai goreng. Asal pergi rumah dia mesti masak nasi goreng. Even, jamuan raya pun hidang nasi goreng juga.. Hihihi..
Bekal Adah.. Katanya dia dah order lunch kat tempat kerja. Ni bawa dulu untuk sarapan.
Mak punya sarapan.. Hihihi... Nasi Goreng Sardin & telur hancur. Yang putih tu kencur/cekur buat ulam.. Biar berpeluh
Sambil sedut udara pagi dijendela...
Baru taip separuh mak pula call..Berceloteh dari pukul 9.00 tadi sampai 10.30 dah rupanya.. Hihihi sembang sungguh. Terpaksa excuse dengan mak, nak masuk dapur pula ni, jap lagi anak bujang bujang pula nak gi kerja
Nyum nyuuummm... nasi goreng sardin ada telur hancur lagi tu! Sampai ke LD aroma sardin tu tau...hihihiii.
ReplyDeleteBu merentas Laut China Selatan.. Hihihi
DeleteAkak pun boleh kata setiap hari goreng nasi untuk sarapan budak2 ni.Mudah dan mengenyangkan sementara nak makan tengahari.Ayah mereka memang bawa bekal nasi jadinya ada je nasi untuk menggoreng .Kadang gunakan lebihan nasi semalam .
ReplyDeleteKan..
DeleteSelalu makan pun tak pernah jemu kan kak