Semalam kesibukan urusan dunia.. Hihihi. Semua pun sibok dengan kerja masing-masing. Seawal pagi saya sudah gerak ke tempat kerja tanpa sempat menyediakan makanan untuk anak-anak. Masing-masing juga sibuk dengan urusan. Si bujang ke workshop,. Adah pula katanya ada meeting tergempar kerana ada kes kecurian. Cella dengan online class. Saya dengan tugas hakiki. Hingga petang baru masing-masing sempat makan. Itupun nasi bungkus, minta Adah belikan masa balik kerja.
Kami bukanlah kakitangan KKM..Tapi semalam masing-masing bertugas dengan memakai ppe suit,kerana berurusan dengan ramai. Sudahlah berhampiran tempat kerja sudah wujud 1 kluster Covid 19 iaitu Kluster .... Kawasan sekitar juga sudah banyak kes positive. Urusan bermula pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengahari.
Selama 4 jam dalam ppe suit, membuatkan saya insaf akan pengorbanan frontliner terutama staf-staf KKM yang bertungkius lumus merawat & berhadapan dengan pesakit-pesakit Covid 19.Betapa kami dalam ppe suit selama 4 jam sahaja pun sudah cukup rimas, apatah lagi mereka yang 24jam dan kadakala berterusan berpuluh jam dalam ppe suit & memang berurusan dengan pesakit +ve covid. 4 jam dalam ppe bukanlah terlalu lama. Tidak juga terasa sangat bahangnya tetapi dalam tak sedar tudung, baju & seluar yang dipakai lencun dek peluh seperti baru lepas mandi tanpa mengelap. Tidaklah terasa haus tetapi andai berterusan.,rasanya boleh dehidrasi.
Semoga semua frontliner di luar sana dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang berterusan serta dalam rahmat lindungan Allah swt...
#kitaJagaKita
#AllahMemberi&MenarikApaJuaYangDikehendakiNya
Allahhu... Semoga kita semua terhindar dari penyakit berjangkit🤲🤲
ReplyDeleteAminn.. Kan swmuga kita semua dilindungi
DeleteMasih comel walau dah 4 jam
ReplyDeleteHihihi..comey la sangat dah macam mak dugong.. Hahaha.. Agaknya sebab tu nurse2 semua namoak comey, sebab depa pakai ppe berjam-jam.. Hihihi
Deletememang salute dengan frontliner semua.
ReplyDeleteBetul tu Wak.. Semoga Allah ganjarkan pahala berganda untuk mereka
DeleteKesian kan frontliner ,ntah bila lah covid ni hilang dari mukabumi agar mereka dapat bertugas selesa seperti dulu.
ReplyDeleteBetul.. Besar pengorbanan mereka & keluarga mereka juga
DeleteAllahu Akbar! Mengalahkan orang bersauna. Saya pun turut insaf atas pengorbanan frontliners.
ReplyDeleteItulah.. Selama ni dengar sahaja. Bila sendiri lalui, sekejapan sahaja pun terasa insafnya
DeleteSemlm kami dpt surat mtk pencalonan pegawai bagi penugasan semula secara sementara pegawai perkhidmatan awam persekutuan semasa tempoh proklamasi darurat 2021.. terasa dh kritikal sgt dh skrg... risau dgn frontliner kita takut mereka pun 'tumbang'
ReplyDeleteAllahu...
ReplyDeleteSaya ni bukan la faham sangat pasal ni Mim.. Tapi bunyinya macam dh kritikal sangat tu.. Ya Allah, semoga Allah mudahkan urusan kami semua dalam mmerangi serta rawatan wabak covid.Gantikanlah segala keburukan dari covid ini menjadi kebaikan kepada kami semua