Tengok pis dalam handphone galerry ni tetiba pulak lapar... Ni lauk lunch kat rumah Achik hari Khamis lepas. Balik dari KL singgah kat rumah mandi sekejap & terus ke rumah Achik untuk luch. Masa sampai Penang lagi Achik dah whatsApp suruh terua lunch kat rumah dia. Katanya Pokcik dah beli daging batang pinang fresh baru sembeliih.. Tapi sebab kami dari zon merah, mandi dulu la sebelum ke rumah Achik.
Daging Batang Pinang Masak Cabai.Sedap sungguh daging masak cabai ni. Daging lembut & juicy. Makan pulak tengah lapar. Pokcik memang regular customer, so penjual daging memang akan simpan daging batang pinang kalau pokcik pesan kat merket tu.. Haa orang Kedah lapih lama(generasi lama) tak pernah sebut pasar. Depa panggil pasar tu "merket" (market la tu) Bagi depa termasuk mak saya memang akan sebut merket. Tapi kalau pasar malam tak la pulak depa sebut night market. Hihihi... Depa panggil pasar malam jugak.
Masak Lemak Cili Api Ikan Tememung Lemak + Pucuk Ubi. Mak saya dah tak boleh makan daging sejak dah buang hempedu.Jadi,mak hanya makan ikan ni. Masak cabai daging hanya kami yang makan. Temenung tu pulak Temenung Lemak Pangkoq.. Tak sama dengan ikan kembong atau pelaling biass. Yang ni isi lembut & berminyak. Kat Kl saya belum jumpa. Mungkin juga ada tapi saya tak jumpa. Hihihi.. Sedap sungguh isi nya berlemak berminyak.
Ikan Serkut panggang..Ada yang panggil Gerut-gerut Pun sedap sangat. Isi lembut. Kata pokcik dia panggang guna pemanggang elektrik yang baru dibeli. Order by shopee. Beberap jam sebelum kami samoai, pemanggang tu sampai dulu. Rasmi panggang ikan untuk lunch ni. Kata pokcik pemanggang tu hanya rm40. Ish, tal boleh jadi ni. Macam nak order jugak la. Sebab nampak ikan tu cantik dipanggang garing. Tak macam pemanggang ajaib yang panggang atas dapur gas. Ikannya tak garing.
Cabai tumbuk +ikan tawar. Semangkuk memang sedap sungguh cicah ulam. Gaui dengan nasik panas pun sedap dah.
Dessert buah jambu batu + serbuk asam boi
Ssmoga keluarga Achik dilimpahkan rezeki yang melimpah di duni dan akhirat
Org kedah kalu sambai belacan,gulai,sambai Tumis's oiiii...memang mantap...makan bertambah,boleh Naik kilooooo😁
ReplyDeleteHihihi... Kalau masakan iconic Kedah macam gulai(kari) & cabai tumbuk boleh la. Masakan lain orang negeri lain pulak yang pakarnya. Cuma mostly kalau di Kedah wajib ada ikan goreng/ikan masin. Masak pi la gulai rendang asam pedas bagai. Ikan goreng/ikan masin wajkb kena ada.. Hihihi
Deletemenarik betul hidangan lauk orang kedah. Suka dengar loghat kedah. "pi merket". ada ulam, ada sambal belacan, ada lauk lemak berselera sungguh makan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Lauk lagu ni buleh lajak. Nasik 2,3 pinggan ni.. Hihihi.
DeleteSebenarnya Kedah ada banyak dealek juga. Macam mak saya dialek Patani.Sebutan air jadi "ai" bukan ayaq. Sayur pun dipanggil sayo bukan sayoq. Ada kampung yang dialeknya macam Trengganu..Ikang..makang...hitang. Ada yang bunyi Kelantan macam kelek, demo, oyak. Kalau yang pelat siam lagi susah nak faham. Patah disebuh patas, sebelah bunyi macam sebelas.. Hihihu..
Mungkin sebab faktor sejarah & hubungan Siam/Kedah Tua