Wednesday, 20 January 2021

YEE MEE GORENG UNTUK SARAPAN & BEKAL

Khabarnya kecoh 1 Malaya, hari pertama persekolahan sesi 2021 bermula hari ini. Ibu-ibu yang ada anak sekolah ok ke hari ni?Yang ada cucu pun... Hihihi... 

Saya dah habis fasa anak sekolah. Tahun ni dah tahun ke-2 tiada anak sekolah bila last anak  bongsu, Cella form 5 2019.Tapi sekolah sahaja yang habis, belajar masih belum habis. 


Pagi tadi sebelum subuh saya dah siap masak sarapan & bekal yee mee goreng ni. Terasa macam masak bekal anak sekolah la pulak. Maklumlah 20 tahun jugak kot pagi-pagi masak bekal anak. Sejak anak sulung sekolah hingga last anak bongsu memang saya masak bekal hampir setiap hari. Jarang sangat mereka tak bawa bekal. Cuma sesekali mereka request tak nak bawa bekal sebab teringin nak makan dikantin. Itupun adalah beberapa kali. Bekal yang saya masak bukan bekal hebat pun.. Bekal ulang-ulang siaran sahaja pun. Hihihi... 
Dah habis fasa anak sekolah, masak bekal tidaklah terhenti pun.. Bekal anak kerja d bekal sendiri juga saya bawa hampir setiap hari. Kalau tak bawa bekal, saya akan makan biskut atau sesekali order juga makanan bila ada kawan open order. 



Cerita pasal mee goreng bekal ni.. Teringat  kisah anak sulung lelaki tu masa 1st day sekolah dulu. Masa tu dia sekolah petang. Saya masih ingat kerani sekolah Kak Zaharah call saya cakap "Kak dok kantin ni teman anak kak makan.. Ni anak hang gheyau ni tak tau pasai pa" 
Kak Zaharah tu orang Kedah juga, saya kenal sabab adik kak Zaharah tu senior saya masa form 6. Masa  balik dari sekolah baru anak jantan saya tu cerita katanya dia tak dapat makan bekal mee yang saya bekalkan kat dia
Katanya, kawan kelas dia Chinese, makan sama-sama dengannya dikantin. Sama-sama bawa bekal mee tapi mee kawannya ada lauk. Katanya kawan yang Chinese tu bagikan separuh lauk dia. Hihihi
Saya tanya la lauk apa? 
Katanya lauk KATAK GORENG ..!!!!!!! 
Huwaaaaaaaaa.... Lagi kuat la dia melalak sambil cerita sambil nangis. 
Dia kata teruslah dia buang bekas bekal dalam tong sampah sebab dah ada katak... Hahahahaha...

Saya tanya anak saya macammana tau itu lauk katak? 
Katanya memang kenal la sebab katak tu di goreng sekor-sekor..& kawannya pun memang cakap itu lauk katak. Nasib baik la katak.. Kalau mamalia yang sejenis lagi tu...??? Nauzubillah... 

Saya pasti  budak  Cina tu baik orangnya. Mungkin dia kesiankan kawannya yang hanya makan mee goreng tanpa lauk. Ye la, biasa mak-mak letak juga telur mata ke, nugget ke bagai kan.. Tengok kawan pula makan mee kosong  & dalam masa yang sama dia pula bawa 2 ekor lauk katak.. Dia kongsi la.. Mesti budak Cina tu baik & pemurah orangnya.. Manalah dia tahu ada orang tak boleh makan 🐸🐸🐸🐸🐸🐸... Sampai buang bekal dengan bekas sekali pulak tu.. Mesti kecik hati budak Cina tu.. Hahahaha.. 

Sampai sekarang kalau makan mee, kami masih buka topik mee katak tu. Dulu lama jugak la anak bujang saya ni tak makan mee. Phobia dia... Hihihi.. Setahun dua jugak la dia tak makan. Lama-lama dia dah kembali makan. Apapun cerita tu masih kami berdua ingat sampai sekarang & sudah berkali dikongsikan cerita ni dalam family.. Memang jadi bahan ketawa la... 




YEE MEE GORENG
1 paket yee mee- 5 ketupat 
1 mangkuk isi ayam
1/4 kobis
10 tangkai kucai
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
2 sudu kicap lemak manis

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1 kiub ayam

1. Panaskan minyak dan tumis isi ayam dadu yang digaul dengan garam supaya tidak melekat bila digoreng
2. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak.
3.Tambah kobis & carrot
4.Sementara itu masak air dalam periuk untuk celur yee mee
5. Bila nampak yee mee sudah lerai boleh terus cedok yee mee dan masukkan dalam bahan tumis tadi
6. Gaul rata dan renjiskan kicap lemak manis
7. Gaul rata dan tambah kucai
8. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup dan daun bawang


Semua pic mee dari dalam kuali.. Takdak pic dalam pinggan & bekal. Hanya terus dari kuali.Ni kalau mak saya dia kata "loklaq". Lolaq tu dalam bahasa pasar Kedah. Maksudnya tak senonoh la... Hihihihi

9 comments:

  1. Hahahah kawan abang cella ni ajak makan lauk🐸berjemaah
    ..phobia dia😆

    ReplyDelete
  2. Arwah mak saya kalau sekuali di hidang mcm tu katanya Batak

    ReplyDelete
  3. Anak2 sy mmg x pernah x bawak bekal.. paling2 pun akan beli kueh kt gerai tepi jalan masukkan terus dlm tupperware bekal.. lgpun diorg pn x suka pegi kantin.. bg duit belanja utk kecemasan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang anak-anak lebih berbangga kalau dapat bawa bekal.. Zaman saya dulu saya malu nak baww bekal maklumlah masa tu kalau bawa cekodok kena ejek la dengan kawan..Masa tu roti bukan sarapan harian kebanyakan orang kampung.. Hihihu

      Delete
  4. Haaa... nasib baik abang tak makan katak tu

    ReplyDelete