Muffin Pisang lagi.. Sebab mudah nak buat.Makan pulak sedap. Lagi-lagi selepas sehari dua dibuat. Lebih moist. Rupa pun cantik la jugak.
Boleh buat banyak-banyak. Boleh buat side sarapan, untuk minum petang, bekal & juga buah tangan.
Macam biasa saya ajan buat 2 versi. Plain tabur almond flakes & 1 lagi campur coklat chip sebab anak-anak suka yang campur coklat chip. Saya suka yang plain.
Suruh anak bujang beli pisang. Dia beli punya nalla punya size.. Sesikat besar gedabak rasanya macam lebih 2kg.sebab berat masa angkat. Tapi tu la pisang jenis ni memang harum sedap tapi tak tahan lama. Mudah lerai dari tangkai & cepat rosak kalau dah masak sangat. Kalau pisang emas tahan lama sikit,isi padat & lebih manis
Penyelamatnya macam biasa la.. Buat muffin Pisang... In sha Allah habis.
Lagipun semua bahan ada & paper cup pun banyak. Tak payah guna mixer bagai. Main campak, godak-godak macam cekodok sahaja. Sudukan dalam paper cup. Nak lagi kemas, masukkan dalam plastik. Gunting penjuru plastik & picit ala-ala guna piping bag. Jadila kan cara amatur..hihihi . Masuk oven & dah boleh cuci bekas sementara nak tunggu kuih masak. Sejujurnya kalau buat muffin pisang saya tak sukat pun. Biasa ya akan ada la sekali dua saya sukat. Itupun jika nak tulis resipi kali pertama. Bila dah dapat tune teksturnya, lain kali tu saya dah tak sukat. Main agak-agak sahaja sebab muffin tak banyak songeh. In sha Allah jadi.
Pisang pun tak kisah apa sahaja pisang yang ada. Cuma ada sesetengah pisang bila buat muffin dia tak nampak urat-urat hitam tu contohnya pisang nangka. Tapi rasa dia lebih kurang dengan pisang lain. Kadang saya pakai pisang frozen sahaja.
Resipi ni pun saya c&p dari old post sebab resipi tu saya sukat sebagai panduan
MUFFIN PISANG
2 cawan pisang lenyek
3 cawan tepung self raising
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 cawan coklat chip (jika suka)
1/2 cawan almond flakes(jika suka)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang
15-20 paper cup tebal
1. Pisang lenyak dicampur garam dan soda bikarbonat. Biar 5 minit.
2. Masukkan telur dan gula perang. Kacau hingga gula larut.
3. Tambah minyak jagung & esen pisang.
4. Kaup & balikkkan tepung sikit demi sikit hingga adunan agak pekat macam cekodok pisang. Tambah coklat chip jika suka
5.Sudukan ke dalam paper cup & taburkan almond flakes. Sementara tu panaskan oven 180°
6. Bakar selama 20-25 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang keluar tu bersih tiada kesan adunan melekit, tandanya kuih sudah masak.
Banyak juga hasilnya daripada 5 biji pisang yang saya gunakan.
Membaking memang seronok sebab 1 rumah harum macam kedai bakery.. Tambah pula saya gunakan juga esen pisang untuk serlahkan haruman pisang
Kalau guna paper cup yang jenis keras ni boleh bakar banyak2 sekali harung sahaja. Kalau guna paper cup macam yang guna untuk almond london tu nak kena guna tray yang berlopak-lopak, supaya bentuk kek stabil. Sebab tu saya suka guna cup tebal
Boleh makan panas-panas @ biar sejuk. Makan masa panas almondnya & tepi-tepi muffin rangup tapi kalau biar sejuk & disimpan 2,3 hari isi muffin lebih moist dan lembut, cuma almond dah tak rangup la
Bekal anak dara & anak bujang saya
Boleh bayangkan nikmatnya makan muffin sambil hidup kopi panas, hihi
ReplyDeletePergh... Kena pula kopi 434@ Kopi Kluang... Huh..
DeleteHarum muffin pisang sampai Ld tau...sedapnya muffin pisang tabur-tabur aksesori!
ReplyDeleteWaaaaa... Jauh naw bau muffin di bawa angin merentas Laut China Selatan
DeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteAlhamdulillah... Wak lagi beruntung banyak tanam pisang.. Hihihi
DeleteKalau saya muffin cup tak cukup, bakar aje dlm acuan kek.
ReplyDeleteKan.. Sekali harung sahaja.. Pastu potong kan..aenang kerja.. Hihihi
DeleteBelum pernah buat muffin lagi
ReplyDeleteBoleh try sis.. Tak bnyak songeh...boleh buat bekal anak naik sekolah nanti.. Hehehe
Delete