My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 19 January 2021

11 CARA DIDIK ANAK

 


11 cara untuk mengajar anak anak kamu tentang akhlak yang mulia :

- Jangan mungkir janjimu dengannya supaya dia dapat belajar erti menunaikan janji.

- Latihlah dia sifat ithar (mengutamakan orang lain) dan jadikanlah dirimu itu sebagai teladan.

- Jadikanlah dirinya benci sifat menipu dan mencuri.

- Ajarkanlah dia bahawa sebaik baik manusia bukanlah berdasarkan kepada warna kulit dan keturunan 

- Ajarkanlah dia tentang sifat pemurah dan jadikanlah dirimu itu sebagai teladan kepadanya dalam perkara tersebut.

- Berlakulah adil di antara dia dan adik beradiknya yang lain.

- Jangan bertindak keras terhadapnya yang mengakibatkan dia berada di dalam ketakutan dan suka menipu.

- Jangan tanam di dalam dirinya perasaan takut lalu menjadi kebiasaan dirinya berbohong.

- Latihlah dirinya agar bersabar dan tidak gopoh.

- Tanamkan di dalam dirinya sifat suka merendah diri , lembut dan meninggalkan sifat takabbur.

- Berilah ganjaran bonus kepadanya apabila dia ada menunjukkan sifat berani di dalam sesetengah keadaan.


No comments:

Post a Comment