Cerita kat rumah @ Kedah awal pagi tadi. Lepas subuh, lebih kurang pukul 7 pagi. Adah berlari ke sana sini mencari cermin matanya. Katanya dia nampak macam ada ular menyusur masuk celah sofa.Tengah malam tadi Adah keluar tidur kat ruang tamu sebab katanya dalam bilik sejuk sangat. Subuh tadi saya hanya nyalakan lampu di dapur sahaja. Sambil bersarapan dengan emak di meja makan, tetiba Adah terloncat mencari cermin matanya sebab katanya ada ular menyusur dari kakinya & masuk.bawah sofa.. Kecoh semua jadinya. Nak pasang lampu, suiz lampu betul-betul kat sofa yang Ada cakap ada ular tu. Jadi, nak terangkan sikit ruang tamu, mak saya sauk langsir untuk ikat langsir tu.
Rupanya dibalik langsir yang meleret tu lah melingkarnya ular yang dicari. Nasib baik emak & ular sama-sama cool. Kalau salah seorang yang terkejut pasti lagi kecoh. Ink elok sahaja ular tu melingkar & emak pun elok sahaja mengundur tanpa panik. Kalau saya... Hmmmm tak tahulah...
Dalam panic masa gelap tadi saya sempat call JPAM. Tapi tidak berjawab. 2 kali call tidak berjawab, terus search no balai bomba. Alhamdulillah berjawab. Selesai mengabil butir-butir diri & alam rumah serta maklumat pasal ular, mereka berjanji akan datang secepat mungkin. Nasib baik juga balai bomba hanya dalam 1 km sahaja dari rumah kami.
Sementara menanti bomba tiba, semua bergilir-gilir mengawasi ular tu takut merayap kelain. Tapi andai kata ular tu mengamcam semua, semua stanby untuk lari keluar ikut pintu dapur.
Tu ha.... Elok sahaja cik ular tu melingkar tepi penjuru sliding door tu. Alas kaki tu tiada yang berani alih. Ular tu tak la besar sangat. Tapi bukan lah kecik juga. Lebih kurang besar ibu jari kaki tapi lingkarannya tu nampak la memang agak panjang tu
Elok jer dia melingkar tanpa rasa terganggu. Padahal Adah cakap ular tu menyusur dari atas kakinya masa dia tidur & dia nampak ular tu jatuh dari sofa ke atas lantai. Time bila pula dia sempat pi melingkar bawah labuhan langsir tu?
Walaupun kecik, ular tetap ular, mujur takde jadi apa2 dgn Si Adah
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteMmg syukur sangat Sk
Musim2 hujan ni memang ular suka masuk rumah
ReplyDeleteBetul tu WP. Alhamdulillah semua selamat d hanya ular yang tak bisa sangat
DeleteRumah lama kami dulu ular selalu masuk rumah sebab ada lubang2 sampaikan bawah periuk,dlm beg pun pernah .Anak ular aje tapi kalau dah kata ular akak memang takut sangat,boleh sebatu lari.Alhamdulilah sejak rumah baru ni tak lah masuk rumah lagi,cuma sekali je nmpk ular ronda2 tepi rumah.
ReplyDeleteTu la.. Mak kata sebelum ni dengar rumah orang lain ja dimasuki ular. Kali ni rumah kami pulak.. Alhamdulillah tiafa kejadian yang tak diingini
Delete