Wednesday, 6 January 2021

PETAI MAHAL SAMBAL UDANG

 Semalam tengok kat blog Seri Kandi Tanah Jauhar.. Beliau masak Udang Sambal Petai Yang Banyak Petai.. Eh, tersama pula menu semalam. Tapi berbeza judul entri. Hihihi


Kisah bermula, semalam adik saya, Achik & suaminya belikan petai untuk saya. Kata mereka cari petai di Kedah untuk bawa kat saya di KL ni tapi petai takdak stok. Katanya dalam group whatsAppa kawan-kawan depa dok up pic peta. Di Kedah sepapan petai biasanya 50sen & kalau musim paling mahal harganya sepapan rm1. Sepapan singgit tu kira paling mahal & biasanya  kalau sepapan singgit memang gred A la & biji mata petai besar terjojol


Ni Achik & pokcik beli kat KL khas untuk kakak depa nan sorang ni kerana depa tau kakak depa hantu petai. Depa jumpa orang jual tepi jalan. Sepapan rm4.. Hihihi... Ni jadinya 3 papan rm 12.Biasa kalau kat KL kalau musim petai jenuh, 3 papan rm 5. Kalau di Kedah musim jenuh rm12 boleh dapat 30 papan. Bila depa upload dalam status pastilah jadi bahan la tu.. Hihihi

Gorengkan udang untuk masak sambal. Memandangkan Achik & pokcik dah belikan petai. Kebetulan beberapa hari lepas memang ada beli udang Adah nak makan udang, tapi saja tak masak sebab plan nak masak masa nenek dan achiknya datang.Saya jarang beli udang. Selalunya kalau balik Kedah, mak saya rajin beli udang. Kalau datang  KL pun mak saya rajin beli udang untuk cucunya. Ni pun sebab Adah la nak sangat makan sambal udang. Kebetulan udangnya nampak segar & harga mampu milik tak sampai 40 henggit. Beli juglah sekilo. Elok sangatlah depa pula belikan petai mahal ni. Hihihi


Jadilah sambal udang petai mahal.. Hihihi. Tapi pic nya pun dah makan separuh dah baru ambil. Gambarnya.. Sememeh dah bekas sambal tu.. Hihihi

SAMBAL PETAI
1kg udang 
3 papan petai
2 asam keping
2 sudu teh garam
2 sudu gula perang
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
30 cili kering besar-buang biji
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Udang dibelah belakang & buang urat hitam. Garamkan. 
2. Panaskan sikit minyak & gorengkan udang hingga masak. Ketepikan
3. Tambah minyak & tumis bahan blend. 
4. Masukkan asam, garam & gula & masak hingga naik minyak
5. Bila naik minyak, tambahkan udang goreng & petai. Masak hingga naik minyak
6. Sesuaikan rasa. 


8 comments:

  1. nampak merbeles sambal petai tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Petai mahal kalau tak merbeles,rugi la.. Hihihi.. Itupun rugi 5 mata petai tu ada penghuni asing(ulat) hihihi

      Delete
  2. Wah, ni nampak lagi sedap, lagi sedap bila makan ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lagi petai SK takdak kulit. Kami makan sekali ngan kulit sebab sayang.. Hihihi

      Delete
  3. sy x pandai mkn petai tp suka tgk sambal petai udang ke sotong ke... mcm sedap je kombinasinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mim..
      Kalau tak pandai makan jangan cuba....
      Nanti nasi seperiuk tak cukup..🤭 🤣🤣🤣

      Delete