Alhamdulillah, dah habis kursus online.. Penat betul sejak semalam. Haip, jangan merungut. Ingat ex bigbos dulu Pn Jamilah cakap... "tiada siapa paksa, kita yang memilih untuk bekerja, kena hadap la segala tugas" lebih kurang macam tu la bunyinya..
Buat sebab nak gu kan dengan Kari Ayam Hutan tu la. Sebab tu saya buat versi menggunakan kerisik macam kari dulu-dulu. Sebab nak sesuaikan dengan ketupat pulut ni. Memang bau aroma raya zaman saya kanak-kanak betul. Saya masak awal pagi time anak-anak belum bangun. Sambil masak, sambil hidu aroma ketupat direbus & kari mendidih, lama juga saya larut dalam arus kenangan. Tambahan saya masak berseorang dalam sunyi PKP. Bau ketupat & kari ayam tu saling tak tumpah seperti zaman mak membuat persiapan raya ketika kami dikampung lama. Seakan ternampak tayang imbasan mak sedang menambah kayu api dibawah periuk ketupat di tepi halaman kecil di tangga dapur. Setiap kali raya, malam raya adalah malam yang makntak akan tidur hingga pagi. Tambahan pula dulu pengumuman raya memang surprise, bukan macam sekarang belum puasa dah tahu tarikh raya. Masa tu semua orang akan ternanti-nanti pengumuman raya dari radio & TV. Rumah kami tiada TV, jadi radio. Kalau tetiba diumumkan raya, memang macam lipas kudung la emak & emak-emak orang lain juga. Mana nak kukur kelapa, perah santan, hidupkan api bagai.Kita anak-anak tahu nak try baju raya sahaja sambil terbau ketupat & gulai ayam yang dimasak emak. Ketupat pula bukan sikit-sikit mak buat. Bergantang pulut, maklumlah padi pulut tanam sendiri. Kari ayam pula dari ayam kampung peliharaan mak sendiri.Aktiviti menangkap ayam tu yang syok.Biasanya ayam dah siap tangkap d kurung bawah serkup buluh beberapa hari Duduk atas rumah, hulur tali yang siap buat lubang perangkap. Hulurkan melalui lantai rumah yang jarang sambil tabur padi/beras. Bila ayam masuk bulatan tali perangkap tu, kita sentap hingga tali tu menjerut kaki ayam. Berkiok la ayam yang kena kerana sudah tahu ajalnya makin dekat.. Hihihi... Kadang itik atau itik nila menjadi gulai raya. Sedap sungguh menikmati ketupat & kari ayam kampung. Maklumlah dulu-dulu ketupat & ayam adalah makanan exclusive hari raya sahaja.Sekarang dah tiada lagi exclusive dah. Sepanjang tahun dimasak, dimakan, dijual & dikormesialkan menjadi produk sejuk beku. Tak pun dimasak macam saya ni la.. Hihihihi..
Balik Kedah minggu lepas 3 hari tu sempat curi masa petang Jumaat tu balik ke kampung sekejap.Mak nak tengok kebun getah. Saya ambil kesempatan ambil pucuk daun palas yang memang banyak disekeliling rumah mak. Mak tak tanam, tapi pokok palas yang tumbuh mak jaga & bela.
Kena amik pucuk palas yang masih kudup d belum kembang. Macam pucuk kelapa juga la... Kalau yang daun hijau dah kembang tu keras.
Dalam kebun getah mak pun ada pokok palas. Kat sini tak semak sangat sebab mak kata baru sbulan lepas upah orang bersihkan kebun getah tu.. Tengok dalam bekas beras ada sedikit stok pulut. Tak la sikit sangat sebab dalam sekilo jugak la...Santan beku pun ada,terus la buat ketupat. Nasib baik ada santan segar yang dah dibekukan. Nak buat ketupat palas ni kena santan fresh baru sedap dan cantik. Santan kotak memang saya tak pernah cuba sebab pernah sekali try buat pulut kuning. Tak cantik.sebab tak berminyak.Santan kotak kalau nak buat kuah @ kuih ok la. Tapi bukan untuk ketupat pulut
Semua saya bungkus versi Ketupat Kelantan.
Kalau ketupat Kedah, segi tiganya panjang atau dipanggil ketupat jantan. Kalau segitiga sama dipanggil ketupat betina. Ni versi Kelantan, bucu kiri kanannya sama dan atasnya sedikit kontot.Mak saya cakap ni dipanggil ketupat galas. Beza tau ketupat betina dengan ketupat galas versi Kelantan ni. Dulu saya hanya tahu bungkus versi Kedah sahaja. Sejak dah tahu bungkus versi Kelantan, saya suka....
Alhamdulillah... Dah habis pun.. Hihihi
Tapi esok macam nak buat lagi la.. Daun palas ada lagi & masih elok...
Ketupat palas plus kari ayam.
ReplyDeleteterbaek
Kan Wak..
DeleteLepet pulut Jawa pun sedap wak.. Rasa seakan ketupat palas jugak kan
Sedapnya kak.. kalo sy pn suka ketupat lawan dgn kari ayam... tp dulu2 mmg berullah pengumuman hari raya mmg surprise.. sy ingt lg ms kecik kalo besok raya mlm tu hampir semua tdo menjelang subuh... hahaha
ReplyDeleteSeronok kan dulu....lagipun sebab masih kanak-kanak kan.. Saya suka Kelupis Sarawak.. Kalau tengok daun nyirik ditanam orang geram sahaja nak tanam juga buat kelupis. Hihihi
DeleteKak pandai buat kelupis ke?? Rasa sama je dgn ketupat palas beza bentuk je.. unik kan? Dulu masa kexik selalu tgk moyang buat masa hari raya skrg ssh jugak nk dpt daun utk buat kelupis tu kalo area kuching ni
DeletePernah buat versi daun pisang sahaja🤭. Pernah makan kat Kuching, kelupos dibungkis panjang dengan daun palas. Tapi apapun gantinya tak sama la harum & feel daun nyirik. Kat tempat saya daun nyirik dipanggil daun lerek. Daun tu diguna juga dalam pembuatan lemang menggantikan daun pisang.
DeletePun sedap jugak nihh.. aduhhh kakkkkkkk 😂
ReplyDeleteSabaq na Jaja.. Hihihi
DeleteSusah sekarang nak jumpa ketupat palas yang isinya padu dan kenyal, rasa lemak manis dan masin tak hilang bila dibungkus kemas sbelum direbus. Kebanyakan ketupat palas skrg hnya dikukus jadi tak dapat tekstur org dulu2.
ReplyDeleteSy belajar buat ketupat palas dari mak mertua tapi asyik kena tegur sebab ketupat palas betina semuanya, haha, bila belajar dgn maid mak (org Indo), baru pandai buat ketupat palas jantan, haha
Wah, dah pandai buat ketupat jantan dah SK... Biasa la kalau belajar dgn mak mentua lambat skit nk dapat.. Mudah kecik hati.. Hihihi
DeleteMak cella ni kalau pasal pulut memang A+ la...👍
ReplyDelete🤣🤣
DeleteSaya hantu pulut... Hihihi
TQ bg markah A+
Saya balas dengan 🌹🌹🌹 lah..