Sunday, 10 January 2021

APA AGAKNYA PENGUMUMAN PM ESOK?

Plan asal nak balik hantar mak hari Rabu. Tapi Rabu Cella ada presentation. Balik Khamis, dia online class dalam kereta. Nasib baik juga 2 class dah cancel. Hanya 1 kelas beronline dalam kereta. Jumaat Sabtu cuti. Trengganu kan said ama dengan cuti negeri Kedah. 

Jumaat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cakap Isnin ni PM akan buat pengumuman khas. Dah macam-macam spekulasi yang timbul. Paling banyak dengar katanya PKP macam bulan Mac 2020.Saya pun tak boleh nak fikir. Hari ni gerak balik KL.Dengarnya ramai warga KL dah start panic buying..... 


Pukul 11.15pagi  baru gerak. 


Selamat tinggal Jerai.. Nantikan kami pulang lagi nanti. Semoga berjumpa lagi


11.45 merentasi sempadan Kedah/Pulau Pinang. Sungai Muda yang menjadi sempadan Kedah/Pulau Pinang
Adah jer drive.. 
Dapatlah menikmati pemandangan..
Hihihi



12.15 tengahari... 
Tol Juru... 
Sticket P tu yang gedabak
Jangan dok cari roadtax... 
Memang takdak kat cermin tu. 
Kalau kena tahan baru boleh tunjuk
Ceritanya bulan lepas tampal roadtax baru. 
Tapi tertanggal jatuh atas dashboard. 
Kena panas roadtax tu jadi ketiaw. 
Ketiaw tu maksudnya berkeriput
Hihihi


PLUS hari ni tak jem
Cuma ada tempat yang kereta banyak

Ada tempat yang lengang sahaja



Tapi  masa masuk Trowong Menora memang panjng la.. Ingatkan sebab apa.. 
Rupanya lorong kiri memang berlubang-lubang teruks & semua pemandu mengelak dari masuk lorong kiri. Harap PLUS sila ambil tindakan sewajarnya (hihihi... Ingat inii Aduan Rakyat ker) 

Masuk R&R Tapah ingat nak beli roti
Nampak foodcourt macam tak ramai

Tapi parking memang full & berlapis - lapis. Semua R&R pun macam tu.. Sudahnya Adah terus jer drive sampai Ulu Bernam. 4 jam dia drive non stop. Kalau saya nak.nyampai ke Ulu Bernam mau 6  jam. Hihihi. 
Dulu zaman muda masa anak-anak masih kecik saya pernah sahaja drive 4jam.setengah dari Kedah-KL. Tapi biasanya 5 jam la. Dah makin berumir memang 7-8 jam. Tapi Adah balun 5 jam sahaja ni.Kalau abangnya lagi lambat sebab setiap R&R berhenti beli air.. Hihi
Alhamdulillah sebelum Asar dah selamat mendarat.. Hihihi
5 jam perjalanan yang agak pantas hari ni. Kesian kereta la langsung x rehat. Adah lenjan sahaja direct... 

Makan nasi yang Achik bekalkan 2 bekas ni. 
Sempat jugak la zohor sebelum asar.Selalunya sengaja singgah surau Petronas @ R&R buat jamak & qasar siap-siap. Tapi teruskan nuga perjalanan sebab jangkaan boleh sampai sebelum asar. Lagipun nak elak singgah. 
Huh.. Belum sempat tambab bekalan makanan kering ni. Tapi dah ada sedikit sebanyak dah. Takut juga tetiba lock down... Apa la agaknya yang PM nak umum esok? 


No comments:

Post a Comment