Wednesday, 27 January 2021

KUAH KACANG RENCAH IKAN BILIS

Makan lagi... Hihihi... Semua heavy pulak tu. Mananya badan pun tak heavy jugak.. Hiiii

Nasi impit kuah kacang pulak. 
Dulu zaman kanak-kanak saya tak pernah kenal pun nasi impit & kuah kacang. Bila sambung belajar kat KL awal 90's baru kenal. Kali pertama makan bila housemate  saya Kak Huda(orang Johor) ajak saya ke rumah mak sedaranya  & dihidangkan nasi impit & kuah kacang. Itulah kali pertama makan nasi impit dengan kuah kacang.Masa tu  tekak memang tak boleh terima pun sebab tak pernah makan. Kalau kuah kacang kat tempat saya dimakan dengan cucur udang la.. Hihihi. Dah lama-lama tersuka la pula kuah kacang, lodeh bagai hingga menjadi hidangan setiap kali raya di rumah mak saya. 


Dah macam hari-hari hari raya.. 
Ish, bila diingatkan macam tak terjangkau akal bahawa tahun lepas semua beraya dalam PKP.. Ingat lagi tak? 
Tapi bagi saya banyak hikmah juga beraya dalam PKP 1.0 tu. Tidak la serabut fikir bajet raya, kurang  pembaziran & hampir semua pun belanja berhemah & beraya seadanya walaupun bab makan tetap  mentain penuh meja. Cuma kalau boleh tahun ni tak mau la raya dalam PKP. Tapi kalau beraya juga dalam PKP & itu perancangan terbaik daripada Allah untuk kita, pasti ada sebab & ada hikmah yang Allah nak sampaikan kemudiannya. Doa kita semua semoga Ramdhan akan datang adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita dari Ramadhan sebelum-sebelumnya... Tiba-tiba rasa syahdu pula. 


Aroma kuah kacang yang dimasak ini yang membuat fikiran merawang hingga ke hari raya tu. Adah cakap kalau ada hirisan daging dalam kuah kacang ni mesti bertambah sedap ni. Tapi saya hanya menggunakan rencah ikan bilis yang diblend sekali bersama bahan lain. Ini kalau saya rajin sikit & ada cukup bahan la. Kalau takdak sangat pun saya guna cili, bawang dan ketuk serai sahaja masuk dalam kuah kacang


Kacang pun saya hanya guna kacang tanah jenis besar putih tak berkulit ni. Malas nak guna kacang tanah biasa tu sebab malas nak sangai dan nak buang kulit bagai. Goreng dengan sikit minyak & blend pun pakai blender  basah sahaja.Tapi kalau guna kacang tanah biasa, sangai dan  guna blender kering lagi harum & sedap la.. 


Kali ni saya buat versi kuah kacang. Bukan sambal kacang.. Hihihi ada beza ka? Kalau sambal kacang dia pekat melekat  kot & kita cicah dengan nasi impit. Kalau kuah ni, dia berkuah la kan.. Hihihi



KUAH KACANG RENCAH IKAN BILIS
1/2 kg kacang tanah 
1 asam keping
1 ketul gula melaka
1 sudu garam halus
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
2 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
Segenggam ikan bilis bersih

1. Goreng kacang dengan aikit minyak hingga garing harum. Sejukkan sekejap & blend dengan 3 cawan air. Ketepikan

2. Panaskan 1/2 cawan minyak & tumis bahan rempah blend  hingga naik minyak. 

3. Masukkan kacang yang diblend, asam keping, garam & gula melaka. Masak hingga mendidih & sedikit pekat

4. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan bebrtapa minit supaya kuah naik minyak cantik. 

** Sebaiknya masak beberapa jam awal sebelum makan @ biar semalaman, baruh la kuah pekat cantik & sedap. 


Kuah yang dibiarkan beberapa jam lebih sedap sebab sebati dengan bahannya


Nasi impit 2 versi. Separuh pack mini & 2 ketul lagi tu pack versi besar macam dulu-dulu. Rasanya pack mini ni macam dah tahun 2000's baru ada kot. Dulu-dulu jumpa pack besar sahaja. Lagi dulu punya dulu nasi dihimpit dalam loyang & ditindih benda berat  kot nak nasi jadi nasi impit tu. Struggle kan orang dulu-dulu. 


Macam biasa selera saya setia dengan brand Adabi. Saya suka nasi impit yang keras & kenyal. Ada yang suka versi nasi impitnya lembut boleh cuba brand Faiza memang lembut, 


Saya makan nasi impit kuah kacang beserta kari ayam.. Sedapnya ya ampun.. Hihihi sendiri puji (jangan tiru aksi ini) hihihi


Nasi impit kuah kacang ni menjadi kegemaran emak saya. Hakikatnya, mak saya tidak pernah masak kuah kacang (rasanya la). Dulu-dulu zaman kanak-kanak kami tak kenal pun nasi impit & kuah kacang. Tapi bila tinggal di KL & setiap kali raya pun selama lebih 20 tahun saya masak ketupat, kuah lodeh, kuah kacang bagai, mak memang suka. Cuma setahun dua ni rasanya saya dah tak hidangkan ketupat, lodeh & kuah kacang dah pada hari  raya pertama di kampung sebab digantikan masakan nasi berperisa & lauk. Itupun masuk raya ke 2 @ ke 3, saya akan tetap masak nasi impit, rendang & kuah kacang untuk mak. Kalau tak masak, mak dah mula bagi hint... Hihihi... 
Semoga raya kali ni mak akan dapat merasa kuah kacang air tangan saya.... 



12 comments:

  1. Tengok kuah kacang Mamacella ni teringat kalau hari raya, mesti dapat mmakan ketupat cecah sambal kacang begini. cantik kuahnya, tetbit minyak berlinang-linang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka kuah kacang yang terbit minyak juga. Tapi pernah juga makan ada kawan masak kuah kacangnya warna putih. Mungkin kesukaan keluarga mereka begitu

      Delete
  2. Memang ada beza kuah kacang dgn sambal kacang. Kalau ibu sy akan masak sambal kacang tapi kami sebut sambal cengeng. Kalau mak mertua versinya kuah kacang (macam nak makan dgn cucur udang, sedih betul masa makan tu sebab teringat sambal cengeng ibu. Itu pengalaman pertama beraya di Kedah, kuah lodeh pun tak ado. Tahun berikutnya, sy masak sendiri lodeh, hihi.

    Betul kata Adah, nak lagi sedap masukkan hirisan daging tapi yg sebetulnya tetel, itu lagi power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cengeng tu bukan ke maksudnya budak yang sikit2 menangis kalau diusik.. Hihihi..

      Sebenarnya sedih tu bukan kuah kacang versi cucur udang sangat tu SK.. Sedih beraya jauh dari mak yang sangat nya tu.. Hahahhaha...

      Owh, gun daging tetel yer... Nanti nak try lah..

      Delete
  3. Mak sy ckp kalau x letak lengkuas x sedap kuah kacang... sbb tu sy x penah buat sbb jarang beli lengkuas.. tp rasa teringin tu mmg ada nk buat.. kacang pun dh ada kt umh.. tp kalau penyakit M tu masih ada mmg susah nk jd kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mim.. Saya pun kalau tak guna lengkuas akan rasa kireng terutama kuah kacang, asam pedas & masak merah. Kalau tak ada ty tak puas rasanya

      Delete
    2. Oh, asam pedas n masak merah pn kak guna lengkuas ke? kalau mak sy masak jarang guna lengkuas tu lah yg terikut² cuma kuah kacang je dia bgtau kena letak lengkuas

      Delete
  4. Saya suka kuah kacang ayam..makan ngan nasik impit . 😊
    Saya pulak belajar makan ketupat palas masa di kedah. Ade sekali tu raya aidiladha, balik rumah makcik kat Yan. Raya haji meriah mcm raya puasa. Ikut gi beraya, masa tu la rasa makanan tradisional org kedah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah kacang ayam pun sedap kan Jaja.. Kalau isi ayam gorwng dicarik-carik tu pun best.
      Betul kat Kedah Raya Haji pun meriah saling kunjung mengunjung macam raya puasa. Cuma kuih raya baiasanya tiada biskut macan raya puasa. Kebanyakan kuih tradisional orang-orang lama

      Delete
  5. kalau zaman dulu nasi impit yg di himpit sendiri loyangnya akan di alas dgn daun pisang.harum aje baunya.makan pula dgn kuah kacang.tapi di rumah kami nasi impit di makan waktu raya haji dan ketupat pada hari raya puasa.

    ReplyDelete