Thursday, 14 January 2021

KE PEKAN SABTU

 Kalau balik Kedah, selain daripada Pasar Kemboja, pastinya Pekan Sabtu juga tidak di lupa. Itupun kalau hari Sabtu tu masih di sana. Namapun Pekan Sabtu, mestilah hari Sabtu. Lainlah Pekan Rabu, memang ada Kompleks Pekan Rabu Alor Setar yang bukan beroperasi hari Rabu sahaja, tapi memang setiap hari dibuka. 

Kalau ikutkan Pekan Sabtu ni lebih sudah lama wujud berpuluh tahun berbanding Pasar Kemboja yang baru beberapa tahun. Tapi famousnya Pasar Kemboja kerana pakaian murah. Sedangkan Pekan Sabtu sudah lama menjadi pusat sehenti mingguan bagi penduduk sekitarnya. Tahun 2020 memang tidak sekali pun dapat ke Pekan Sabtu sebab balik pun sekali sahaja masa Raya Haji..


Pagi Sabtu hanya saya Adah & Cella ke Pekan Sabtu.Adah nak cari pulut udang & apam balik. Cella biasalh akan akan jadi PA... Hihihi
Saya suka ke Pekan Sabtu. Selain nostalgianya, saya suka tengok jualan peniaga yang beraneka. 

Kacang Poi. Saya beli juga sekilo



Ubi-ubian



Buah-buahan.. 


Lupa pulak nak masuk lorong ulaman. Mungkin sebab tak plan nak beli ulam kerana kat kebun ulam mak saya sudah cukup banyak ulam


Asam jawa.. 
Asam keping @ asam gelugur


Pertama kali saya tengok ikan puyu bersaiz tapak tangam dewasa. Besar sungguh


Adah minta nak beli sotong ni. 

Sepinggan tu sepuluh ringgit 
Berulang kali Adah tanya kenapa murah sangat
Hadui budak niiiiiii
Katanya kenapa kat KL berganda-ganda harganya.. 
KL takdak jeti.. Hahaha


Udang ni pun sepuluh ringgit sepinggan
Ada yang saiz lagi besar 20 ringgit sepinggan & yang paling besar 


Yang ni memang saiz gedabak tapi dalam pic nampak kecik pula. Udang tu diisi dalam dulang besar tu. 


Sekilo rm60



Ni yang kanan rm20
Yang kiri rm10
Beza saiz

Rempah basah@ rempah giling


Adah nak apam balik. Pulut udang sampai sudah tak jumpa. Asyik.mencari apam balik sampai saya lupa nak beli kuih dangai


Buah Ciku
Orang Kedah panggil buah sawa
Yang saiz kecik sikit selonggok rm5
Yang besar selonggok rm8
Masa balik dari. KL saya beli kat Bukit Gantang memang cekik darah la tapi beli juga.. Hihihi
Saya beli kat Bukit Gantang jambu batu sekilo rm15.Dapatlah 4 biji saiz penumbuk. Ciku entah berapa biji sahaja dah rm20. Belikan mak saya jambu potong dalam cawan tu. Mak makan, kata mak hanya 2,3 ketul atas tu sahaja jambu rangup. Yang lain bawahnya lembik. Terus buang sebab tak sedap langsung tak boleh nak telan  kata mak. Munkin yang bawah tu buah semalam punya semalam & di topup sikit yang baru di atasnya. Tapi tak semua gerai kot macam tu. Nak beli buah kundang siam tu tapi sekilo rm60. Macam harga Musang King... 


Seronok tengok budak-budak gigih berniaga. 
Tolong mak ayah barangkalinya



Coq peneram  & kain batik murah



Benih pokok pun banyak


Gerai Mihun Sup Utara

Barang terpakai pun ada
Ada beberapa lorong jualan kami tak singgah. Nyesal pula tak masuk lorong sayur kampung.. 


Tapi sebab kami dalam visi mencari pulut udang,kami beransur dulu. Sampai ke sudah tak jumpa pulut udang sebab gerai-gerai yang memang khusus jual pulut udang tutup

8 comments:

  1. Kak..kalau cerita pasal jambu batu kat bukit gantang mmg camtu rasanya. Dulu masa mengandungkan Ahnaff, mmg asyik teringin jambu batu xde biji kat bukit gantang tu. Mujur time tu suami selalu outstation belah sana. Beli yg dah siap bungkus tu kan. Atas² je yg ok..belah bawah mcm dah lembik. Bukan sekali tu je terkena. Tiap kali beli jadi camtu. Tapi tetap jugak nak beli 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi jaja...
      Tau kata mahai, tapi dik beli situlah jugak.. Hihihi
      Padahal dah lama saya tak beli situ sebab biasanya saya akan singgah Mydin RTC. Tapi kali ni tak singgah, tu yang beli juga buat buah tangan.. Hihihi

      Delete
  2. Bestnya kalau pi pasar. Macam-macam ada. Rasa nak borong semua. Kacang pol tu tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunggoh la cikgu..
      Orang kata nak tau budaya & makanan sesuatu tempat, kita ke pasar mereka. Semua boleh jumpa

      Delete
  3. Rasanya tahun 2020 sy tak sempat pergi Pekan Sabtu (Kola Ketil). Masa balik yg terbaru ni, Pekan Sabtu tu dah dipindahkan.

    Kat Kola Ketil ada satu gerai pulut udang, kalau nak makan, memang sy beli kat sana aje.. sedappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedah & johor weekend dia sama kan... Untung gak la.. 2021la pulak SK boleh plan cuti & pi Pekan Sabtu.. Heeee

      Delete
  4. taukeh pulut udang dh kaya raya kak., hehehe pk yg baik2 je., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi.. Agaknya la wak.. Mungkin juga depa cuti pi makan kenduri ka agaknya.. Hihihi

      Delete