Thursday, 28 January 2021

KABUS KOTA

 Pagi-pagi sesubuh tadi bangun dalam kegelapan, Rupanya kawasan sekitar terputus elektrik. Rasanya baru sekejapan  terjadi kerana bangun pukul 4 masih terang. Tersedar waktu subuh sudah kegelapan. Hati sudah gundah. Adakah anak2 semua bersedia andainya keadaan ini berterusan.? 

Sudahkah penuh bateri handphone, laptop dan power bank??? . Yang belajar nak beronline  class(Rupanya Trengganu tak ambil cuti Thaipusam.. baru tahu..) 

Yang kerja sudah bergosokkah pakaian?? 

Yang cuti, kalau handphone tidak berbateri, bolehkan hidup? 

Aduh, kenapalah saya suka memberatkan fikiran dengan perkara remeh sebegini.

Nasib baik juga sebentar cuma. Pukul 6.45 kembali terang. Alhamdulillah, elektrik kembali pulih

Sambil menjerang air, terus menguak daun tingkap. Wah, kabus pagi dipinggir kota.. Kelihatan kabus bergerak menyelubungi pagi diiringi bunyian seperti helikopter. Mungkin jiran sepagar bervilla mewah itu sedang mendaratkan helikopternya. Agak lama tidak nampak helikopter Tan Sri tu

Semakin lama kabus semakin tebal.. Eh, kenapa ada macam bau deisel..?? Sekejapan sahaja ruang udara semua berbau deisel.

Laaaaaaa....fogging la... Bukan kabus. DBKL sedang melakukan semburan penghapus nyamuk Aedes la.Bunyi yang disangka helikoptet pun hanyalah mesin semburan asap penghapus nyamuk la rupanya. Tipah tertipu di pagi hari.. Hihihi...


Sikit demi sikit asap fogging meneggelamkan object


Kian kelam menelan pandangan. Menghilangkan suasana damai pagi. Nasib baik belum menjemur pakaian. Kalau tidak, silalah kutip & basuh semula jika tak mahu haruman asap melekat pada basuhan.. Hihihi. 



15 minit berlalu, Kuala Lumpur mula nampak terbalam-balam di balik kepulan asap yang kian menghilang. Bawalah bersama wabak denggi & covid terbang bersamamu wahai "kabus kota" 

Semoga kita semua terhindar dari bahaya denggi, covid & penyakit-penyakit bahaya yang lain & dalam rahmat Allah swt. 

5 comments:

  1. Kalau di tempat sy fogging cuma buat waktu petang menjelang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt tmpt sy pun mcm tu kak... selalunya dh nk maghrib... memang x buat pagi²

      Delete
    2. Sini petang nak maghrib tu pun depa buat. Waktu awai pagi kadang bum subuh lagi pun depa fogging juga. Buleh kata dalam seminggu berkali-kali. Tapi aedes tetap ada. Degil betul nyamuk kat sini.. Hihihi

      Delete
  2. Semoga kita semua terhindar dari bahaya denggi, covid & penyakit-penyakit bahaya yang lain & dalam rahmat Allah swt... Aameenn.. sy tolong aameennkan kak.. semoga kita semua dilindungiNYA

    ReplyDelete