Friday, 29 January 2021

NASI LEMAK CHICKEN CHOP SEDAP

 Hari ni masak mee untuk bekal semua. Pagi-pagi lagi semua dah gerak ke tempat kerja masing-masing. Cella pun nak ikut maknya  hari ni. Dihangkutnya segala bahan assignment ikut saya dah macam nak balik kampung. Saya siapkan kerja saya, dia siapkan kerja dia. Pukul 4.30 kemas-kemas semua, jenguk keluar parking kosong, semua dah balik rupanya.Hanya tinggal security guard berbual di pondok jaga. Kelam kabut jugalah kemas barang, kunci pintu & mengejar masa nk ke Pejabat Pos  sebelum pukul 5.00 petang. Sampai Pejabat Pos DP

, ya ampun panjangnya Q.. Melilau cari altenatif. Kata Cella nak kena pos hari ini juga kepada lecturernya sebab due date 31 Januari. Sabtu Ahad & Isnin KL cuti. Jenuh jugalah nak cari pejabat pos sebelum pukul 5 memang tak sempat.Pergi GDex Cella pula tak nak, Jumpa J&T kat LF pun panjang Q sampai ke luar kaki lima. Cella kata dia dah google ada 1 dekat TEKUN  sana ada J&T tempat tersorok mungkin tak ramai. Alhamdulillah, sebelum pukul 7 malam tadi dah settle. 

OTW nak balik rumah tawaf pula nak cari makan sebab sudah kebuluran. Deside nak beli Nasi Lemak Chicken Chop. 


Dari pagi bawa bekal mee sahaja & inilah  sahaja yang masuk perut sejak pagi sampai lepas maghrib ni. 

Walaupun lapar tergediks2 tapi sebab dah merata perginya dari pagi sampai ke malam,maka kena lah mandi bagai dulu sebelum makan. #kitajagakita


4 bungkus Nasi Lemak Chicken Chop juadah untuk dinner. Beli kat foodtruck depan kuaters tu. Murah baq hang.. Hihihi
Hanya rm4. 80 1 pack



Nasi Lemak Chicken Chop. Ada nasi lemak & sambal bilis kat bawah chicken chop tu. 


Black pepper sauce dia pun pekat



Nampak tu nasi lemaknya dibawah lapisan chicken chop tu


Dah diasingkan, macam ni la portion nya... 
Nasi lemak memang lemak santan segar. Sambalnya penuh ikan bilis halus. Chicken chopnya sekeping & ada juga sikit fries. Ya, Allah, kami makan dengan penuh nikmat. Alhamdulillah

Ni Cella la buka semua 4 pack tu. Katamya sebab dia yang gi beli, dia nak pilih yang paling banyak. Sudahnya dia tak tahu nak pilih yang mana satu sebab katanya semua sama banyak.. Hahahaha
Esok, lusa, tulat KL cuti..... tapi dalam rumah ni saya sorang sahaja cuti. Lagi 3 orang tu tak cuti.. Selangor & Trengganu
Hihihihi

**update:
Semalam nampak post foodtruck tu dalam group komuniti.. Saya pun bg review:


Rupanya seller dia memang 2in1 juga. Berniaga sambil bersedekah. Hari tu lama juga dia tutup sebab sakit. Semoga seller ni dikurniakan kesihatan yang baik & dilimpahkan rezeki dunia & akhirat. 

9 comments:

  1. murah dan nampak sedap pulak tu :)

    ReplyDelete
  2. Murah belaka ni, sape kata kat kl sume barang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK.. Ada sesetengah barangan di sini lebih berpatutan harganya.Yang menjadikan harga melambung bila permintaan melebihan penawaran. (cewahhhh... macam la pandai ekonomi, padahal tu ayat cikgu ekonomi masa form 6 duku🤣) hihihi

      Delete
  3. Abang Farid suka beli nasi lemak chicken chop. Sebungkus RM9.90. Kenapalah berganda harganya. Agaknya di sini ayam mahal kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalau abang Farid tengok, mau dia ajak seller ni buka foodtruck kat LD, boleh beli hari2.. Hihihi

      Delete
  4. murah giler..memang sedap makan nasi dgn ayam chicken chop tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Tiara.. Saya pun sebelum2 ni anakganak dok beli, saya tak rasa nak cuba. Ni swbab dah lapar, join sekali.. Sedap rupanya

      Delete
  5. So far x penah lg jumpa kt sini nasi lemak chicken chop ni.. kalau ada mst dh viral kt fb kwn² post.. tp menarik jugak ek.. kombinasi local & western

    ReplyDelete