Ni untuk sarapan. Nasi Impit Goreng dengam telur rebus leleh.. Tabur lada hitam skit. Lawan dengan kopi O kaw
Cerita & menu ni semalam punya. Hari ni sarapan nugget sahaja 3 ketoi sesambil + bekal Adah. Saya & anak bujang cuti Thaipusam. Cella tak cuti, ada 3 online class. Trengganu tak cuti Thaipusam rupanya. Adah pun tak dat cuti sebab dah sambubg cuti Ahad Isnin lepas.
Lepas masak bekal Adah ni kelam kabut juga. Tak sempat nak sarapan awal pun. Pukul 12 tengahati baru makan nasi impit goreng ni. Tapi namanya sarapan juga sebab dari pagi tak makan. Saya c&p resipi dari oldpost
NASI IMPIT GORENG SEDAP
10 pack nasi impit mini
3 batang sosej ayam
1 batang lobak merah
2 biji telur
1 kiub ikan bilis
2 sudu kicap lemak manis
2 sudu minyak
Daun sup
Bahan Blend:
5 cili kering- rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1. Nasi impit dipotong 8 setiap seketul
2. Potong sosej dan carrot
3. Panaskan minyak dan tumis sosej hiris
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak.
5. Masukkan kiub ikan bilis
6.Masukkan nasimimpit yang dibelah- belah dan dan gaul rata
7. Renjiskan kicap dan sesuaikan rasa
8. Pacahkan telur dan gaul rata hingga telur masak bergaul dengan semua bahan
9. Taburkan daun sup hiris
Semalam semua kelam kabut jer. Siap bekal. Adah, saya kelam kabut nak setting tempat (lah sangat. Hihihihi). Sebab WFH.. Pukul 8. 30 nak Googlemeet. Saya bukan pandai sangat, semua nak kena bergantung kat Cella setting siap-siap & saya hanya ikut arahannya.. Hihi.. Risau juga takut on mic... on camere pastu termengumpat.. Hihihi..Kawan saya dah terkena. Tengah GM tapi dia pun tak pandai IT macam saya juga. Dia ingat anaknya dah mute & off camera. Dia dengan tak bertudung melintas depan camera
ke sanaaaaaaa..., πΌπ΅π΅πΆ..
Ke siniiiiiiiiiiii.... πΌπ΅πΆ
Hahaha.Dah ada kawan lain whatsApp dia bagitau suruh off camera sebab nampak dia tidak bertudung. Dia pula tak tengok phone. Akhirnya ada kawan teruas call dia. Bagitahu suruh off dulu camera sebab dah nampak dia tidak bertudung berjalan-jalan dalam rumah. Yang si kawan saya ni dah panic. Dia terus pergi depan laptop & mencari-cari button mute dan camera sambil terjerit suruh semua orang dalam GM tu suruh mereka off camera dan jangan tengok dia... Hahaha boleh bayang tak keadaan tu?????? π€£π€£π€£π€£π€£π€£
Hahahahaha.. lupa NK komen cete NASI Impit goreng psl lelaki cete off kamera tu
ReplyDeleteSemoga Allah kekal melindungi segala aib kita. π€²π€²π€²
DeleteTeringin nak buat nasi himpit goreng tapi asyik tak jadi. Jamu mata di sini sajalah.
ReplyDeleteNanti kalau ada lebihan nasi impit, boleh try cikgu.. Hihihi
Delete