Tuesday, 26 January 2021

GULAI KARI AYAM KAMPUNG vs PULUT KUNING

Kalau PKP 1.0 saya terlalu panic sampai tak berani nak makan takut makanan habis. PKP 2.0 pulak lagi teruks sebab semua baju mengecut jadi sempit.. Hihihi, boleh salahkan baju, buat apa nak salahkan selera yang makan tak sedar diri. Hihihi


Gulai ayam kampung. Tapi kebanyakan orang panggil kari.. Orang kampung saya tetap panggil gulai


Gulai boleh kari pun boleh. Tapi memang guna ayam kampung. PKP kali ni ayam kampung la, ayam pencen la, ayam hutan la. Mana la  baju tak mengecut.. Hihihi


Punca masak gulai ayam kampung sebab masak pulut kuning pagi Ahad,24 Januari kan ulangtahun kelahiran Cella. Sebab ingat takdak kek, maka saya masak la pulut kuning. Lawan kan dengan gulai pekat ayam kampung. 


Pulut dan keluarga saya berpisah tiada. Dalam sebulam mesti nak makan pulut. Hihihi.. 
Bulan ni dah 3 kali pulut  Masa mak & Achik datang dah masak pulut kuning vs rendang ayam pencen.Minggu lepas buat ketupat pulut dengan kari ayam hutan. Ni masak lagi pulut kuning dengan gulai ayam kampung pula. 


Satu rumah bau gulai ayam kampung ni. Kalau zaman kanak-kanak.sangat tak suka bila sembelih ayam kampung, mak akan masak gulai atau sup. Kita mestilah nak ayam goreng. Mak pula akan masak gulai atau sup supaya berkuah & boleh makan sampai malam. Kalau goreng tentu sekali hadap sahaja. Lagipun ayam kampung bukan banyak isi macam ayam daging. Ni dah tua, bawa pula perangai mak, masak kari.. Hihihi



Ayam kampung. Ceritanya saya tak sengaja pun beli ayam kampung. Minggu lepas ke pasar nak beli ayam. Amik sekor ayam daging. Kemudian nampak ayam pencen elok-elok. Saya amik sekor.Bila dah siap potong, nak bayar. Sekali harga dekat rm50 untuk 2 ekor ayam tu. Ayam pencen biasa sekor.sepuluh ringgit sahaja. Apa yang mahal sangat..? 
Rupanya, saya terambil ayam kampung. Patut la mahal.sebab ayam tu besar jugak la
Itulah sebabnya jadi gulai ayam kampung. Kalau tak, sepatutmya jadi gulai ayam pencen sahaja.. Tambahan pula masa ke pasar memang tengah bulan, lambat lagi nak gaji.. Hihihi


Buat cara mak saya masak gulai ayam dulu-dulu. Gaul dengan rempah dan kerisik siap-siap sebelum tumis. Resipi saya c&p dari kari ayam hutan minggu lepas. Rasa juga hampir sama kerana tekstur & rasa ayam hutan & ayam kampung lebih kurang sama 



Ayamnya saya tumis sejak malam. Kasi mendidih hingga ayam kecut & rempah naik minyak. Matikan api & esok pagi baru masuk santan & audahkan memasak. Semalaman ayam terperap dalam rempah ratus. Malam juga jangan lupa rendam pulut dengan serbuk kunyit & letak juga 1 asam keping supaya nanti pulut dapat warna kuning yang bersih


Kalau pulut kuning cara tradisional memang wajib kukus. Pastu gaul dengan samtan segar yang dicampur sikit garam. Saya letak juga sesudu kecil gula dalam santan supaya lebih sedap & gula membantu pulut nampak berkilat. Ni pun saya c&p dari old post

PULUT KUNING
1 kg pulut
1 sudu makan serbuk kunyit
1 asam keping

*** Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Rendam semalaman @ sekurang2nya 4 jam

- Pastikan pulut tenggelam sekurang2nya  2 ruas jari kerana masa direndam pulut akan menyerap air
- Asam keping digunakan supaya mendapat warna kuning yang bersih.

1. Panaskan kukusan .
2. Toskan pulut dan kukus hingga pulut masak dan berkilat...anggaran 1/2 jam

Bahan Santan:
2 cawan santan pekat- guna santan fresh
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

** Campur semua bahan santan dan kacau hibgga garam dan gula larut

2. Bila pulut sudah masak..tuangkan pulut dalam bekas yang besar.
3. Siramkan bancuhan santan tadi dan gaul rata..
- pulut akan nampak basah dan sedikit melekit.
- Setelah digaul sangan biarkan pulut rehat lebih   kurang 10 minit dan pulut akan hilang melekit dan jadi berkilat dan berminyak

** Untuk rasa yang lebih berlemak..boleh terus hidang..tetapi jika untuk tahan lebih lama..
pulut yg sudah digaul santan...dikukus lagi sekali hingga berwap lebih kurang 10 minit.
TETAPI pastikan tidak ditutup  supaya pulut kekal cantik.Jika ditutup semasa kukus kali kedua ni..pulut akan lembik dan benyek kerana wap yang terperangkap





Tang tung tang tung....gulai siap. Pulut pun siap. Boleh la makan... 

Rezeki jiran sebelah.. 


Pulut Kuning Achik. Pulut kuning berbalas pulut kuning dalam family group whatsApp


Yang best tu, masa pagi Ahad tu, Achik pun masak pulut kuning jugak la. Siap dengan wish sekali. Tahun ni Cella dah dapat hadiah advance dari Achik 2minggu lepas. Laptop baru. Terkezut saya tengok harganya. Saya memang berkira-kira nak beli laptop untuk Cella tapi belum cukup bajet. Sekali masa balik hantar mak tu, Achiknya bawa Cella keluar ke pekan. Bila balik semua diam. Esoknya masa nak balik KL  baru saya tahu Achikmya belikan dia laptop siap dengan install segala bagai yang diperlukan untuk.studynya..Alhamdulillah,semoga Allah mengganjarkan pahala yang berlimpah untuk Achik dan family


*Tak sempat lagi nak baca post blog kawan-kawan.Menulis post ni pun dah 3 hari baru siap.. Hihihi


14 comments:

  1. Kesukaan Suami Lin kalau makan kari ayam kampung gini.. akan makan bertambah-tambah laaa gamaknyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami Lin pun peminat kari pekat juga yer.. Sesekali sedap makankari pekat ni, cuma kalau selalu muak la jugak sebab berempah sangat.. Hihi

      Delete
  2. Kalau kat tempat saya, walaupun dah ada rendang dan apa bagai tetap kena ada telur rebus dan timun untuk di lawankan dengan pulut tu.ada juga orang yg akan buat kari telur dgn kentang utk di makan dgn pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau ada timun bokeh juga disulamkan sesambil kunyah pulut & ayam. Ada texture & rasa segar kan

      Delete
  3. Akak sejak mak ayah dan kak long dah takde ni tak pernah lagi masak ayam kampung.Sebab nya arwah bela ayam sendiri,kalau balik kampung mereka bungkuskan untuk kami ayam yang sudah siap bersihkan.
    Sedap nya pulut kuning cicah dengan kari ayam kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam bela sendiri lagi sedap & bila makan rasa puas dia lain macam tak macam makan ayam beli kita kurang menghargai. Ayam kampung nak bazir sikit oin sayang.. Hihihi

      Delete
  4. Kita berangan nak makan pulut jugak ni tapi sebab dah terlanjur berjanji dgn orang, Kita cuma masak rendang sendiri. Orang kat sini suka makan pulut kuning dengan rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lagi suka makan pulut dengan rendang yang kering-kering skit. Gulai ni dimasak pun sebab malas nak siapakan bahan rendang. Gulai pakai rempah paket siap sahaja.. Hihihi

      Delete
  5. Baca cerita akak ni, baru teringat stok pulut dah habis. Pulut kuning dengan kari ayam @ rendang ayam memang ngam..aduhhh..sedapnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat pi beli Jaja..
      Ni saya temgah berangan nak buat lopis daun pisang versi segi tiga d direbus sampai kenyal tu. Adui, nak cari kerajinan ni.. HihiHihihi

      Delete
  6. Rindunya zaman membesar di kampung. Nak makan ayam kampung terpaksa kejar satu kebun. Bila ayam kepenatan masuk semak, time itulah baru dapat tangkap. Sekarang nak makan ayam kampung pun susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai antara kita anak-anak kampung ada nostalgia kejar ayam kampung kan cikgu... Manis kenangan tu kan

      Delete
  7. kesukaan wak kalau ayam kampung ni masak ungkeplah.
    Tapi sekarang dah jemulah ayam kampung ni.
    teringin ayam KFC ke McD ke CRS ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish saya belum pernah masal ungkep ayam ni tapi masak ungkep ubi kayu pernah. Sedap sungguh. Pasni kena beli ayam pencen nk try masak ungkep lah.. Macam teringin pula..

      Jual ayam kampung beli KFC Wak.. Hahaha.. Macam orang kamoung saya yang bertani.. Semua jual padi beli beras.. Dah tak proses beras sendiri dah

      Delete