Saturday, 23 January 2021

SARDIN TUMIS SUHUN - LAUK NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK

Semalam dah takdak idea nak masak lauk yang cepat & simple. 

Sardin la penyelamat setiap kali nak masak lauk ekspress



Saya masak tumis dengan suhun. Ini lauk nostalgia saya zaman kanak-kanak. Kalau beli sardin memang  menu ni la mak saya akan masak. Kalau beli 1 tin sardin brand kingcup yang masa tu harganya 65 sen, wajib juga beli suhun yang 1 paket kecik harganya 10sen ( tahun 80's) Suhun tu oran Kedah panggil "tang hun". Ok la kan ada juga persamaan bunyi "hun". Kalau kicap kami panggil "toyu" tu takdak persamaan langsung kan.. Sudu kami panggil "camca" Langisr kami panggi "tirai" Hihihi


Kalau dulu sardin mean sardin la. Ikannya kecik & mudah hancur. Yang ni saya guna sardin macerel. 


Lagi banyak suhun, lagi syok nak makan.Cuma kalau banyak sangat suhun, kuah akan kering la diserap suhun. Yang saya masak ni saya perasan suhun yang saya guna kali ni macam kembang sangat & mudah putus. Kalau tang hun yang mak masak dulu-dulu memang kenyal liat & susah nak cedok. Cedok berkali-kali pun tak lekat. Kadang sampai putus asa.. Hihihihi.. 



Mak saya tak makan sardin. Kalau masak sardin, mak hanya makan ikan masin, cabai tumbuk(sambal belacan) & ulam.Walau ada lauk gajah atau rimau, ikan masin, cabai tumbuk & ulam wajib ada setiap kali makan nasi. Segala tumbuhan dijadikan ulam bertukar ganti. Jering, pucuk leletup rebus, jantung pisang, terung, betik muda rebusm & segala pucuk kayu menjadi ulam.


Kalau mak masak sardin, seronoknya dapat makan sedap. Sebab mak jarang masak sardin.Sesekali beli sardin, inilah masakannya. Sardin tumis + tang hun. Kalau kedai tempat lain sardin harganya 60 sen sahaja. Tapi kampung saya masa tu semua barang kat kedai runcit Syariah(panggilannya kedai Chik Deri) kampung saya akan harganya lebih 5 sen. Macam gula sekati 60 sen,jadi 65sen.tepung sekati 40 sen jadi 45sen.Garam sekati 10 sen jadi 15 sen. Ikan tamban masin 4 ekor 20sen.(ni harga masa tahun 80"s).Sebabnya masa tu kampung saya jauh dari jalan raya. Ada pekedai kena ambil barang jauh dipekan. So, ada extra charge la kepada orang kampung. 



SARDIN TUMIS SUHUN 
1 tin sardin
Sejemput suhun
1 bawang besar
2 bawang putiih
1 asam keping
1 sudu teh garam
5 cili padi
2 helai daun limau purut 
2 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumia bawang putih. 
2.Masukkan 1 cawan air, garam, suhun, bawang besar hiris & asam keping. Masak hingga mendidih. 
3. Bila mendidih masukkan sardin & cili padi belah. Masak hingga mendidih d aesuaikan rasa. 
**Kalau ada belimbing buluh  lagi sedap. Belah-belahkan beberapa biji belimbing buluh menggantikan asam keping. 


6 comments:

  1. Baru tau sardin dimasak dengan suhun...tentu lebih sedap kan.
    Hihii...lawak lah mak cella ni,gajah ,rimau mana boleh makan😀.Tapi betul lah kalau tanpa sambal dan ulaman tak cukup syarat lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak..daging harimau menangis & pegaga gajah.. Hihihi...
      Kita yang mak-mak selera dah veteran.. Hihihi

      Delete
  2. Saya sempat merasa zaman sardin rega 65 sen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan.. Dulu sardin lauk bawahan, sekarang dah jadi lauk mewah dah dengan harganya.. Kalau tuna lagi la mahal..

      Delete