Sunday, 24 January 2021

BIRTHDAY CELLA - TURN 19

Sebagai penghargaan kepada tuan tanah asal blog ni.. Hihihi.. Saya hanya meneruskan, bukan pemilik asal pun. Saya memang tak reti nak bina blog bagai, sekadar reti tulis  sahaja.Nak meting online ke, nak kena cari info sikit @ apa-apa yang berkaitan IT mula la gelabah cari anak.. Hihihi.. Facebook pun seingat saya adik junior Wandi yang creatkan 10 tahun yang lalu. Dia yang tolong buat semua & sampai sekarang itulah akaun FB saya walaupun tak aktif pun....hihihi


Genap 19 tahun umurnya hari ini. Sekejapan sahaja masa berlalu. 


Surprise  cake dari abangnya. Saya jarang beli kek kalau birthday 3 beradik tu. Kadang beli, kadang tidak pun. Kadang saya bagi pilihan nak kek ke nak hadiah. Tapi hanya dengan bajet tertentu sahaja. Kali terakhir saya beli kek birthday untuk anak-anak 5 tahum yang lepas kot. Lepas tu dah tak beli dah. Tapi bila  flashback, rupanya sejak 5 tahun kebelakangan ni kek  untuk Cella, si abangnya yang belikan.. Hihihi patut la rasa macam ada  sahaja kek bila birthday Cella walaupun saya tak beli. 



Ni 2021 pun abang dia dah tempah senyap-senyap sejak awal-awal lagi. Saya pun tak tau. Saya ingat takdak kek tahun ni, saya masak la pulut kuning pagi tadi. Rupanya anak bujang tu dah order kek ni. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Tidaklah mewah, tapi sentiasa cukup. Jangan hanya  dibandingkan bulan dan bintang tapi pandanglah pada rumput yang dipijak, barulah nampak akan betapa Allah maha pengasih & penyayang. 


Tinggi pulak tu kek yang diorder. Terkejut si adik yang tengah online class. Teruja dia bila abangnya buka pintu bawa masuk kek.


Dah suruh potong kek tu, tapi nak juga tunggu kakaknya balik dari kedai baru nak potong. Nak tunggu semua ada katanya. Alhamdulillah 24 Januari jatuhnya hari Ahad & semua cuti. Bukan ada majlis pun. Hanya kami 4 beranak. 


Red Velvet kesukannya. Sebenarnya order dari orang yang sama dengan kek pertunangan 3 minggu lepas. Tapi masa tu kita semua mampu tengok sahaja kan.. Hihihi. Jadi, ni abangnya cakap makan puas-puas. Kek tu sama  sahaja katanya.. 

Sedap kek nya.



Bukan takat red velvet.. Seller siap bagi extra cake. Pandan cheese leleh 2 & kek batik indulgence lagi
Semoga Allah gandakan lagi rezeki mereka.. 



Durian crepe lagi.. Aduh, semua manis. Puas saya bising berleter kepada si bujang tu suruh jimat duit, jangan belanja berlebih takut tak sempat hujung bulan poket dah sakit.Kena belanja berhemah & kena manage duit. Tapi katanya takyah bising sebab dia dah bel dah pun.. Anak oh anak.. Huhuhu




Dengan sushinya lagi. Apapun semoga Allah memberkati kita semua. Juga kepada semua yang pernah kenal Cella @ sebaliknya. Titipkan secebis doa yang baik untuknya & kami semua dalam doa kalian. Semoga doa yang sama juga dikembalikan & diaminkan malaikat & rasul untuk kalian juga  ... Amiinn.. 



23 comments:

  1. SELAMAT hari lahir, Cella Cayang...semoga diberi ilmu yg bermanafaat, kesihatan yg baik, usia panjang yang diberkati, berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnnn.

    Untung mak Cella dianugerahkan anak2 yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih atas doa SK.. Semoga Allah balas juga dengan kebaikan untuk family SK..

      Salam untuk dak Iman.. Cubit sikit pipi dia.. Hihihi

      Delete
  2. Selamat Hari lahir buat Cella semuga terus jadi anak solehah Dan sentiasa dirahmati Allah.buat abang Cella semuga sentiasa dimurahkan rezeki dan jadi anak yg sentiasa melindungi keluarga.buat mama dan Adah sentiasa kekal wanita cekal dan kuat semangat menempuh hari mendatang.Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinnn... Terima kasih doa yang baik2 untuk kami. Semoga sis juga diberi kebaikan yang melimpah dariNya

      Delete
  3. Selamat Hari Lahir Cella.Semoga apa saja yg di hajati di perkenankan oleh Allah swt.Buat abang yg selalu memanjakan adik kesayangan tu di murahkan rezeki nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...
      Terima kasih & swmoga sis juga dipermudah urusan dan diberkati

      Delete
  4. Happy birthday cella..moga panjang umur n murah rezeki selalu 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jaja.. Kalau dekat-dekat dah minta Jaja masak Bubur Merah Putih ni.. Hihihi

      Delete
  5. Happy birthday Cella.. Semoga dlm Rahmat Allah hingga ke jannah..πŸ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kay semoga Allah merahmati Kay & famili juga

      Delete
  6. Terima kasih kepada semua yang menitipkan doa yang baik. Doa yang sama juga kepada semua semoga diberkati d dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday cella comeiiiπŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‰πŸŽ‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nayfatimah.. 🌹🌹🌹

      Delete
  8. Happy birthday Cella.. Moga segala impian Cella akan di makbulkan Allah.. sedapnya kek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...semoga Lin juga dilimpahi rahmat Allah swt

      Delete
  9. Happy birthday cella...kejapnya dah 19.Masa mula baca blog cella masih sekolah lagi.Semoga jadi insan cemerlang dihari2 mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak saniah.. Betul kak, saya pun sedar2 diri sudah tua.. Hihihi

      Delete
  10. Selamat panjang umuq cellaπŸŽ‚...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Naz, tahun depan 20 dah dia

      Hihihi

      Delete
  11. Cantiknya kek! Sedap tu red velvet.
    Happy belated birthday Cella. Moga terus berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn.. Terima kasih cikgu. Red velvet tu favourite dia.. Hihihi

      Delete
  12. Happy belated birthday cella!! untung cella ada abg yg penyayang..salu ingat adik bongsu dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mim.. Tu la kakak dia selalu cakap abangnya selalu lebihkan adik bongsu & selalu lupa ada 2 orang adik.. Hihihi

      Delete