Wednesday 29 May 2019

DAGING GORENG KACANG PANJANG

Daging Goreng Kacang Panjang...
Lauk iftar semalam...
Hari Isnin 22 Ramadhan
Mak aku masak Daging Goreng dengan Kacang Panjang


Mak aku cakap masaknlauk ni sebab nak campur sayur dan daging sekali masak jer
Daging pun mak aku dah rebus awal- awal lagi
Mak aku kata untuk jimat masa memasak..
Kalau daging x rebus dulu kena masak lama...
Bulan puasa mak aku kata kena plan awal nak masaka apapun..
Even lauk yang simple

DAGING GORENG KACANG PANJANG
1/2 kg daging - rebus seketul- seketu besar hingga empuk baru hiris
1 bawang holland
1 cili .erah
10 kacang panjang
1 carrot
2 sudu teh garam
1 sudu makan serbuk kunyit
Minyak

1. Daging rebus dihiris nipis dan gaul garam kunyit
2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis daging bergaram kunyit
3. Goreng hingga naik wap.Jika kering tambah sikit air rebusan daging
4.Tambah sayur- sayuran dan gaul rata
5. Masak hingga naik wap dan sesuaikan rasa

Sedap...
Moist...juicy & sayur lak crunhcy
Mak aku cakap kalau nak sedap rangup camtu kena pilih sayur kacang panjang yang masih muda dan fresh
Mak aku cakap.kalau bulan puasa memang special sebab sayur yang dijual mostly fresh dan lebih murah dari bulan lain
Naper ek...?
Mak aku cakap.mungkin petani semua memang tanam sayur target nak.jual bulan puasa
Tapi kalau semua dah target camtu
Maka banyak lah lambakan sayur
Orang plak hanya makan sayur masa iftar jer
Kalau bulan lain sayur dibeli sepanjang masa
Tapi kalau dah dekat nak raya mak aku kata harga kembali mencanak naik...

Iftar berdua ngan mak aku
Abang iftar tempat kerja
Kakak dah wasap bagitau iftar Nasi Arab Hadramawd kat Wangsa Maju
Mmm....huntong la kakak
Tukar- tukar tempat iftar
Ok...by....nak sambung Zzzzzzzzz

2 comments:

  1. yang dapat berbuka dengan mak lagi untung, sebab menambah pahala mak menyediakan makanan untuk orang yg berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.....ada jer kawan- kawan ajak.oftar kat luar..
      Tapikiter nak gi..takut tetiba kakak pun iftar kat luar...kesian la mak kiter..

      Delete