Sunday 26 May 2019

AYAM CHEESE MELELEH

Ayam Cheese Meleh..
Iftar aku semalam...
Hari Jumaat = Ramadhan 19
Heee....mak aku masak Ayam Cheese ni untuk iftar aku


Iftar berdua jer ngan mak aku
Abang iftar tempat kerja
Kakak balik lambat..


Actually dah beberapa kali minta abang belikan Ayam Cheese yang jual dekat depan gate kuaters polis tu
Hari Isnin masa cuti Wesak tu pun minta abang belikan
Tapi xde rezeki...
Abang kata elok abang sampai jer..
Elok2 ada orang lain sampai dulu dan orang tu dh last dapat ayam cheese tu
Abang belikan Ayam Gunting Uncle Bob untuk aku...
Mmmm....nak juga Ayam Cheese tu...
Huhuhu...


So...semalam mak aku masakkan Ayam Cheese Melelh ni untuk aku...
Huh....puas hati aku...
Dapat makan puas-puasa
Sahurpun mak aku masak Aya. Cheese ni juga panas2....
Masa iftar aku makan sowang jer Ayam Cheese ni sebab mak aku xnak

Mak aku nak makan nasi lauk Ayam Goreng &MASAK KICAP TEMPE...
Aku makan Ayam  Cheese ni
Masa sahur plak mak aku masakkan lagi Ayam Cheese ni untuk aku & abang
Makan pans- panas...
Pergh...!
Kakak x sahur sebab ABC....
Lagipun kakak x suka cheese

AYAM CHEESE
10 ketul ayam
1/2 kotak tepung pedas
Fries
minyak untuk goreng

1. Bersihkan ayam dan gaul dengan tepung pedas hingga bersalut
2. Goreng hingga garing
3.Goreng juga fries

Bahan Cheese
1 sudu butter
1 tin susu cair
1 cawan air
2 keping cheese
1 sudu cheese powder/ super ring
½ sudu teh lada sulah
1 kiub ayam
1 sudu tepung gandum

1. Panaskan butter dan goreng tepung gandum hingga nampak masak
2. Tambah air dan susu
3. Masukkan lada sulah dan kiub ayam
4. Bila mendidih masukkan cheese slice dan biar cheese cair
5. Kacau sentiasa dan tambah cheese powder/ super ring cheese untuk rasa lebih lemak dan warna oren yang cantik


Ayam perap dengan teoung pedas..
Perap lebih awal supaya lebih sedap


Cheese Sauce


Masak masak...sentiasa kacau supaya cantik & creamy


Aummmmmmm

7 comments:

  1. Salam..Hari Hari ...Hari ibu...

    ReplyDelete
  2. sis , saya buat guna resepi sis tapi cair sangat . saya tengok resepi lain mereka guna setengah cawan je susu dan tak tambah air dah . saya harap sis dapat baiki resepi sis .

    ReplyDelete