Lauk Iftar hari ahad
Hari ahad mak aku bz buat Cookies
Mak aku cakap kalau buat cookies xleh nak masak iftar banyak- banyak..
Masa tengahari aku soh kuarkan isi ayam beku letak kat bekas untuk reheat ayam tu..
Pukul 6.30 baru mak aku stop buat cookies
Terus sambung masak untuk iftar
Mak aku cakap nak masak Butter Chicken jer
ONLY Butter Chicken untuk lauk iftar
Yezzzzz.....bukan aku jer suka
Kakak pun kemain suka bila mak aku cakap nak masak Butter Chicken
Abang pun mesti suka..
Tapi mak aku cakap xde cheese slice
Yang ada cheese powder super ring yang abang beli dulu tu..
Aku cakap kat mak aku
Belasah jer...
Ntah ntah lagi sedap..
& Finally...memang lagi sedap dari heese slice
Dah la warna dia syantik menggoda
Rasa dia lagi aummm...!!
Kalau lauk Butter Chicken
Memang xleh campur lauk lai
Sebab kalau campur lauk lain nanti x ngam
Lauk.ni kena makan sejenis ni jer
Baru leh feel rasa dia...
Haaaaa....itu untuk kitorang la..
Memang sejak dulu kalau masak lauk Butter Chicken kena 1 lauk ni jer
Kalau termasak lauk lain juga..
Makan lauk lain tu memang kena PALAU la...
Hahahaha....
Tengok mak aku masak Butter Chicken ni
Tak tung tuang
Tak tung tuang...
Sebelum azan siap hidang
Siap sempat duduk kat meja semua pejam mata doa masing- masing..
Haaa...kan doa sebelum berbuka tu mustajab...
Setiap hari sebelum iftar mak aku akan ingatkan soh semua berdoa...Mohon lah apa- apa juga..
Moga aku mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM nanti...
Sebab doa orang berpuasa dimakbul Allah...
Aamiin...!
BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE
Bahan ayam:
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
1 cawan minyak untuk goreng
Bahan Sos:
1/4 blok butter
1 tin susu cair
2 sudu serbuk cheese
super ring
10 cili padi
1kiub ayam
Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang
1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1
cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga
garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana
buttermudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api
Tapi sebab xde stok mak aku cakap just gaul ngan garam ,serbuk kunyit dan tepung ubi
& finally nya....lagi sedap...
Aummm
Goreng isi ayam sedikit demi sedikit hingga garing
Bahan Tumis
Butter...
Hahaha...stok butter tengah melambak kann...
Harummmmm zatu rumah aroma dau kari + butter
Sumpah terliur do...!
Kiub ayam
Masukk plak susu cair
Mak aku cakap sayang nak guna susu ideal ni
Laaaa...dah kenapa sayang..?
Mak aku kata sebab susu ni sedap kalau buat dessert
Selalu kalau nak buat butter chicken guna brand yang mur- mur skit...
Hahaha...camtu plak
Huh....
Ni la super ring cheese tu
Warna dia memang syantiks
Seee.....terus gravy dia jadi oren yang cantik..
Kesedapan dia masih terasa sampai sekarang..
Hahaha
Oh, blehlah aunty cuba letak cheese serbuk ni lain kali bila masak butter chicken.
ReplyDeleteCuba jangan x cuba..
DeleteKalau sedap alhamdulillah..kalau x kena ngan selerag..jangan marahm.heee..sebab kiter suka giler
Den tokak Kampong ..Hari ni Dan semalam gulai lomak yo...
ReplyDelete