Thursday, 9 May 2019

DAGING JERUK GORENG

Daging Jeruk goreng Cili & Bawang
Lauk ang buatkan kakak makan 2 pinggan nasi
Sepinggan Nasi tomato & sepinggan nasi Putih lauk Daging Jeruk ni


Ni lah Daging Jeruk tu yang belum dimasak
Mak aku cakap beli kat kawan
Selain Daging Jeruk ni
Mak aku juga ada beli Daging Teriyaki
Haaaaa....Daging Teriyaki yang mak aku beli masa Ramadhan tahun lepas pun baru jer masak last stok tu minggu lepas
Kata mak aku beli pada orang yang sama tahun lepas
Mak aku kata kali ni nak rasa plak Daging Jeruk

Bau dia ...
Memang bau limau jer
xde bau peliks
Just bau daging perah limau


Kerana lauk ni lah kakak telah curang kepada tempe goreng
Hahahaha.....sadis kan
Dalam bulan puasa ni setiap hari mak aku akan goreng tempe untuk lauk kakak
Waalupun asak macam-macam lauk lain
Mak aku tetep buat tempe Goreng untuk kakak kerana itu lauk fav kakak
Tetapi disebabkan Daging Jeruk Goreng ni lah cinta kaka beralih arah pada hari ini
Kakak menghabiskan 1/2 mug nasi hanya beralukkan daging Jeruk Goreng ni
Tanpa mempedulikan Tempe yang selama ini setia memenuhi selera kakak
Lihatlah betapa kejamnya manusia
Cinta yang sekian lama ,kadang kala boleh tergugat hanya kerana  ada yang godaan yang lain
Hehehehe.....sib baiklah kau hanya daging Jeruk
Kalau kau adalah makhluk yang ada dalam kepala fikiran aku ni
Dah lama aku .....
Aku ap..?
Mmmmmm....xde peperlah...!!
Puasa kena sabar kan....
Tak boleh marah nanti pahala jadi kuwus....!


Begitulah kisahnya Daging Jeruk...

No comments:

Post a Comment