Monday 29 October 2018

SAMBAL TELUR AYAM + TELUR PUYUH

Sambal Telur Ayam + Telur Puyuh
Lauk mak aku masak semalam..
Sambal Telur  Ayam dah selalu masak
Sambal Telur Puyuh pun dah selalu buat
Tapi Sambal Telur Ayam + Telur puyuh ni bukan selalu kot



Actually mak aku cakap Sambal ni jadi campur sebabnya Telur Puyuh ada 15 biji jer
Telur puyuh bukannya besar.
Besar ibu jari tangan aku jew
So..mak aku cakap campur jer ngan telur ayam
Tapi telur puyuh lagi feel nak makan berbandiang telur ayam
Sebab rasanya lebih sedap dan saiz dia memang cute...
Macam orang la
Kalau yang cute kecik molek ramai jer orang suka
Hahahaha



Maka ku cakap nenek memang x suka lauk2 berasaskan telur..
Bagi nenek telur adalah untuk buat kuih..
Hahaha...jangan nati nenek craving nak makan sambal telur lak dah la..
Mak aku cakap masa mak aku form 2 ada sunject Sains Rumah Tangga
Ada tajuk TELUR
Bila minggu asak telur ada yang kena masak lauk berasaskan telur..
Apa lauk tu..?
Mak aku cakap ada yang kena masak Telur Goreg Dengan Kacang Panjang
Ada yang kena masak Sambal telur
Ada yang kena masak Kari Telur.
Masak LemakTelur
Ada yang kena masak kuih berasaskan telur...
Kuih apa..?
Mak aku cakap Kuih Apam Betawi dan Kuih seri Muka..
Mak aku cakap kumpulan mak aku kena masak SAMBAL TELUR
Mak aku citer lagi..mak akukena group ngan Siamese..
Sebab partner Siamese..mak aku cakap slalunya bahan mentah yang basah bahan-bahan semua mak aku yang kena bawa..
Kalau bahan kering macam bawang, kentang .pulut x per lah  kawan Siamese tu bawa
Pes cili mak aku kena la bawa
Mak aku cakap masa tu kampung nenek lum ada elektrik
So....sebelum gi sekolah mak aku cakapkena giling cili dna bawang untuk bawa gi sekolah..
Huh...bapak ar...giling cili pagi-pagi...!
Haaaa...mak aku cakap mak aku ok jer nak kena giling cili...
Tapia da mender lain yang mak aku cakap lagi advanture....!
Apa tu..????
Haaaa...mak aku cakap perkara yang paling advanture ialah nak dapatkan telur..
Mak aku cakap nenek x pernah beli telur kecuali masa nak raya sahaja sebab nek buat Kuih Bahulu
Makanya kat rumah nenek xde telur
Kat kedai runcit kampung nenek juga mak aku cakap xde jual telur..
Yang ada jual telur ayam hanya 2 kedai runcit dekat sekolah mak aku..
So....apa yang advanture??
Mmmm...mak aku cakap sebab minggu tu adalah minggu memasak untuk SRT form 2
Maka setiap kelas akan guna telur..
Kelas yang kena masak hari Ahad & Isnin selamat lagi sebab kedai masih banyak stok telur
Mak aku cakap kelas mak aku kena hari Khamis...hari akhir sekolah sebab Kedah cuti  Jumaat dan Sabtu..
Mak aku cakap setiap kumpulan kena bawa 5 biji telur .
So...sapa yang kena masak Rabu dan Khamis memang masalah la nak dapatkan telur..
Kata mak aku cikgu SRT masa tu plak memang garang ngalahkan Mak Tiri Bawang Merah..
So...camana mak aku dapatkan telur..?
Haaaaaa.....mak aku kata .....ni yang advanture ni !
Yang advanture nya sebab nak curi telur ayam kat sarang..
Bukan curi rumah orang pun...
ak aku cakp kat rumah sendiri pun kena curi-curi amik sebab nanti nenek ngan atuk marah kalau amik telur ayam kat sarangnya...
Mak aku cakap sebab lagi takut pada Mak Tiri Bawang Merah ( cikgu SRT) makanya mak aku kata kena la curi juga kat sarang ayam..
Kata mak aku masa malam mak aku enyap-senyap curi 5 biji telur ayam dan 2sarang yang berlainan sebab xnak bagi atuk perasan .
Lepas tu mak aku cakap sorok telur tu atas kjelapang padi bawah rumah tutup dengan guni padi
Esok pagi nak gi sekolah baru amik telur ayam tu  bungklus dengan apron dan masukkan dalam beg..
Tapi mak aku cakap tapi akhirnya nenek tahu juga..
Haaaa.. mak aku cakap sebab bila balik sekolah mak aku bawa balik sebiji sambal telur..
Kenapa sebiji jer..
Mak aku cakap sepatutnya bawa balik sorang 2 biji dengan partner group
Sebiji untuk cikgu rasa dari setiap kumpulan
Tapi mak aku cakap masa hidang untuk cikgu rasa ...ramai cikgu lelaki bujang masuk juga untuk merasa merangkap makan nasi berlaukkan bermacam menu telur
Mak aku cakap dalam banyak-banyak lauk tu cikgu makan Sambal telur paling banyak sampai tinggal sorang sebiji jer untuk bawa balik
Agaknya mesti mak aku masak sedap kot..hahaha
Agak2 nenek tahu tak about curi telur ayam tu..?
Mak aku cakap ...rasanya nenek mesti tahu
Sebab kata mak aku mak- mak ni Allah bagi special insting..
Apa yang anak buat mak akan tahu..
So..anak2 silah terasa...
Hahhahaha.....
Aku pun macam terasa jer...
Syyyyyyyy.....





SAMBAL TELUR  AYAM + TELUR PUYUH
15 biji telur puyuh
5 biji telur ayam
2 asam keping kecil
1 bawang besar-hiris
1sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/4 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering- rebus
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Rebus telur ayam dan telur puyuh
2. Kupas kulit dan goreng kedua2 jenis telur rebus tadi hingga manjadi berkulit
3.Dalam minyak yang saa tumis bahan blend
4. Masukkan asam,garam dan gula perang. masak hingga naik minyak
5. Tambah  telur dan bawang besar hiris dan masak hingg bawang lembut
6. Sesuaikan rasanya

** Jika suka pedas patah-patahkan cili padi hijau dan masukkan kedalam sambal




Mak aku zaman dulu2...ikan masin...ikan sardin...bilis dan telur manjadi makanan bajet ...
Tapi  sekarang hanya tinggal telur jer yang boleh jaui lauk bajet sebab yang lain semua harga dah berganda2 dari dolu...
Walaupun telur juga lebih mahal dari dulu2 tapi still menjadi menu bajet kerana seringgit masih boleh beli telur dan boleh masak macam2 pilihan..
Antaranya....
Antaranya....
SAMBAL TELUR PUYUH kat sini...
SAMBAL TELUR PUYUH + AYAM kat sini
SAMBAL TELUR AYAM + BENDI
SAMBAL TELUR MATA ...SAMBAL TELUR PECAH...
SAMABL TELUR DAN KENTANG SEBIJI-SEBIJI
KASTAD TELUR SAVOURY
TELUR DADAR RANGUP GARING

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam,

    telur burung puyuh selalu buat lauk pengantin...
    anyway, buat steamboat...

    tapi diberitahu kolestrol nya tinggi..


    ikan masin...ikan sardin...bilis memang makanan orang miskin, bila belanja dapur ni di beli untuk lauk emergency dan lauk bila tunggu gaji. Tapi kerana masyarakat kita suka berkempen... makan lauk simple... etc.. etc.. dan banyak orang jadi kaya ikat perut.. dan semakin kaya makin jerut perut.. so ikan bilis, ikan kering dan lain lain habis.. affected..
    yang new money kaya pun still maintain lauk camni out of nostalgia dan costs savings... etc wallahualam

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Hahaha...orang kaya jerut perut atau otang jerut perut..sebab tu jadi kaya...
    Hari baca metro dekat Baling ada yang ikat perut aebab x boleh menoreh dan harga getah rendah...
    Patut la nenek kiter cakap ramai orang kampung nenak pun x dapat menoreh

    ReplyDelete
  4. hmm hopefully the government tun M can do something about harga getah as getah still wanted commodity and very important.

    Dengan musim hujan... harga getah jatuh. Tpi doakan ia naik macam beberapa tahun lepas... kencang betul.. kalau ada kebun getah.
    getah asli masih penting untuk buat gloves operation theatre, etc shock absorber for building from tsunami di jepun dan di england base bangunan dilapik dengan getah asli supaya bangunan dapat absorb gegaran traffic dan keretapi bawah tanah yang melalui terowong bawah bangunan.. structural vibrations etc.


    So yea.. penting nya getah asli..

    ReplyDelete