Thursday 25 October 2018

AYAM KICAP PEDAS CAMPUR SUHUN & BLACK FUNGUS

Ayam Masak Kicap Pedas Campur Suhun dan Black Fungus.
Tapi suhunnya x nampakpun sebab semua suhun tu sedang menyelam didasarnya...
Ayam Masak Kicap Pedas  dah selau mak aku masak
Ayam MAsak Kicap Pedas Suhun Black Fungus ni bukan lauk selalu
Sebab kejadiannya pun kerana ada sebab lain
Haaaa....apa kejadiannya?



Ini bukan hari ni nyer lauk..
Bukan juga semalm nyer lauk
Sebab semalam makan  Nasi Bungkus jerk
Haaaa...jarang2 sekali dapat makan nasi bungkus pun
Tapi semalam mak aku x masak
Balik beli Nasi Bungkus kat Lori Ayam Penyet jerk
Sorang sebungkus....
Tapi Ayam MAsak kicap Pedas Suhun & Black Fungus ni lauk masa masak kat rumah Kedah hari tu
Actually cendawa ni termasuk dlam ini cerita sebab kisahnya mak aku rendam cendawan ni nak masak Sup Suhun Campur2 tu
Tapi nenek x makan sup campur2 tu 
Nenek kata macam lauk Cina
Hahahaha
So..mak aku cakap masukkan sahajalah cendawan tu dalm asak Kicap ayam yang tengah mendidih tu.
Itulah kisahnya  macamana  black fungus dan suhun  tu boleh masuk dalam Masak Kicap
Dan...
Dan.....rupanya sedap plak
Dah berebut-rebut plak makan black fungus  dan suhun tu 
Maknya lain kali masak Kicap Pedas ayam ni letak lah banyak-banyak
Cuma hari tu cari kat Hero x jumpa lah pulak...
Jumpa sepaket pun yang x syantik..
Heee


AYAM MASAK KICAP PEDAS
1ekor ayam-gaul garam kunyit dan goreng
5 cendawan hitam (black Fungus)- rendam kembang
Sikit suhun - rendam kembang

1 bawang besar- hiris bulat
1/2 botol kecik   kicap lemak manis
1/4 cawan minyak
1 pokok daun sup daun bawang
1 cili merah hiris
1 sudu teh asam jawa
5 cili padi

Bahan Blend:
10 biji cili kering- rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih
2 hiris halia
2 hiris lengkuas
1 batang serai

1. Goreng ayam yang dah bubuh garam kunyit.Toskan
2. Tinggalkan agak2 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan blend hingga naik minyak..
3.Masukkan kicap manis..kicap pekat dan asam jawa yang dibancuh dengan 1 cawan air.
4. Masukkan ayam..black fungus yang sudah direndam ,bawang besar hiris bulat dan cili padi
5. Sesuaikan rasanya dan tutup api
6. Taburkan daun bawang daun sup..

2 comments: