Thursday 18 October 2018

KUKUR KELAPA....TOMBONG KELAPA....NOSTALGIA

Hari ni nak cerita pasal sejenis alat tradisional yang digunakn untuk mengeluarkan isi kelapa sebelum diperah menjadi santan.
Alat ni namanya KUKUR 
Kukur Kelapa....
Mak aku beli di Pekan Rabu Alor Setar beberapa tahun yang lalu
Sebelum ni alat ni mak aku bawa jadikan decoration di pss bersama beberapa alatan tradisional yang lain
Mak aku memang suka kumpulkan peralatan tradisional.
Antara koleksi mak aku:
- Labu Sayong
-Gobek Sirih Pinang
-Sabit Padi
-Nyiru Besar
-Nyiru kecik
-Anyaman Mengkuang
-Anyaman buluh
- Kukur Kelapa


Tapi hari ni nak citer about Kukur Kelapa  sahaja dulu
Kelapa Kukur...
Kukur Kelapa ....
Kukur Kelapa...?
Mmmm...Kalau pic kat atas tu namanya Kelapa Kukur..
Sebab itu ialah kelapa yang sudah dikukur




Ni lah Kukur Kelapa tu
Tapi ni versi yang boleh lipat macam rehal al-quran tu
Mak aku cakap Kukur Kelapa ada macam-macam bentuk
Selalunya diukir dalam bentuk binatang seperti kuda dan sebagainya
Mak aku cakap sengaja pilih dalam bentuk boleh lipat ini supaya senag nak simpan
Mak aku cakap yang ukiran bentuk binatang memang cantik tapi kita sebagai orang Islam x elok nak simpan bentuk ukiran yang macam tu selagi ada pilihan lain



Bila dah dibuka dan diluruskan ..
Macam ni la rupanya...
Kukur Kelapa...
Alat untuk mengukur kelapa..
Mengukur kelapa ....
Kata dasarnya bukanlah " ukur"
Tetapi kata dasarnya ialah "kukur"
So alat ni namanya " Kukur"
Pengukur ...ke....pengkukur...?
Mmmm....ntah..


Ni ialah mata Kukur...
Mata kukur tu alat yang dipasang di kepala kukur
Mata dia tajam bergerigi
Mata inilah yang akan mengikis isi kelapa menjadi jalur-jalur halus


Lepas tu dipasang mata kukur pada kepala kukur tu
Haaaa...cara nak kukur kelapa ni seksi skit






Alas surat khabar sebab kena letakk kukur ni kat lantai
Pastu duduk la bersimpoh atas belakang kuda tu
Haaaa....macam naik kuda la
(tapi pic x lepas lembaga penapisan filem...)
hahahaha


Kena duduk bersimpuh atas belakang kukur tu macam tunggang kuda
(Syyyyyy...mak aku x luluskan pic tengah "ride kuda" ni...)
Mak aku cakap nampak seksi sangat
Nak post pic aku sedang mencuba kukur kelapa ni pun pic tu nampak betis dan lengan sebab pakai Tshirt pendek plak..
Mmmmm...nanti lain kali kukur kelapa lagi  aku pakai sopan skit boleh update pic SEDANG MENGUKUR KELAPA
So..pepandailah imagine berpandukan  pic atas ni
Hahahaha....




Nak dapat kelapa kukur sebanyak ni bukan smudah ABC tau
Berpoloh ketiak bai..!!
Isi kelapa tu keras
Kena kerja keras baru isi kelapa tu dapat dikukur





Kelapa yang sudah dikukur
Macam  kelapa parut kan...
Tapi dikukur


Kerak Kelapa
Mak aku yang cakap ini namnya kerak kelapa
Actually kerak kelapa ni kulit ari atau kulit isi kelapa yang melekat pada tempurung
Semasa kelapa masih muda keraknya bewarna cerah
Bila semakin matang kelapa ni isinya akan semakin keras dan keraknya berawrna gelap





Sama macam kelapa parut beli kat pasar
Kalau nak kelapa putih sahaja kukur isi putih  sahaj
Jangan sampai keraknya
Kerana kalau kukur bersama keraknya nanti ada hitam2 skit
Kalau nak perah santan nak masak kari ke xper lah boleh kukur sampai kerak
Tapi kalau nak gaul dengan Buah Melaka atau kuih2 lain kena kukur hati2 lah supaya x kena lapisan keraknya


Kelapa yang sudah siap dikukur bolehlah diperah untuk mendapatkan santan
Kena campur sikit air dan ramas2 supaya susu santannya keluar
Kemudian di tuang dlam talis santan
Santannya akan turun kebawah....kena  letak bekas tadah santan la
Kelapa diperah lagi dan sisa kelapa itulah dipanggil HAMPAS KELAPA
Hampas kelapa ni mak aku cakap kalau kat kampung akan diberi makan kepada ayam dan itik
Lembu pun suka hampas kelapa
Hampas kelapa juga mak aku cakap boleh digaul tanah dan dijadikan baja kompos untuk tanaman
Kira baja organik la...
Selain daripada itu mak aku cakap kalau hampas kelapa juga digunakan sebagai scrab untuk gosok pada kulit badan semasa mandi
Tjuannya untuk membuang daki dan melembutkan kulit.
Tapi mak aku cakap itu kalau Bilik Air kat kampung boleh la sebab salurannya terus ke luar rumah.
Mmm.......tapi mak aku pesan jangan la buat kat bilik air rumah sekarang sebab nanti kang habis bilik air tersumbat dengan hampas kelapa....
Hahahaha



Untuk dpaatkan santan yang putih bersih ..
Mak aku cakap kena tapis 2x
Pertama tapis santan
Kemudia tapis sekali lagi guna tapis teh




Haaa....baki hampas dan kerak kelapa yang terkukur sekali lekat dalam tapis teh ni

Tapi tengok nenek kat kampung lagi advance
Nenek perah kelapa guna penapis TEH TARIK
Hasilnya santan memang putih bersih
Selalunya nenek akan mesin dan perah sendiri santan ni kalau nak buat Ketupat Palas
Kalau nak masak harian sekarang ni nenek kata beli jer santan 2 henggit dah cukup  untukmasak kari
Hahaha....


 Haaaa.......
Ni yang bolat kuning dalam te,mpurung kelapa tu namnya TOMBONG KELAPA
Bukan semua kelapa ada tombong
Dalam kelapa muda tiada tombong

Ni tombong kelapa masa masih kecik
Rasanya rangup dan manis




Mak aku cakap tombong kelapa akan muncul apabila kelapa matang mula bertunas untuk bercambah


Bila kelapa dibelah dua...
Sebelah yang ada macam mata tu dipanggil tempurung jantan
Yang sebelah lagi namnya Tempurung  Betina




Tombong akan muncul pada tempurung jantan
Semakin panjang mata tunas kelapa tumbuh
Semakin besarlah tombong  kelapa didalamnya
Mungkin tombong ini akan membekalkan makanan kepada anak benih kelapa yung tumbuh..
(kottt.....)
Tombong kelapa tu boleh dimakan
Macam yang ni aku yang makan
Sedap..
Rangup lemak manis
Mak aku cakap kalau mata tunas kelapa seakin panjang tombong akan semakin besar hingga air kelapa akan kering dan tombong akan memenuhi ruang dalam kelapa tu


Tapi mak aku kata kalau tombong yang semakin besar ...rasanya sudah kurang sedap kerana tidak lagi rangup dan isi tombong kelapa akan menjadi ringan dan rasanya  menjadi tawar

Mak aku cakap kalau zaman kanak-kanak..
Bila nenek belah kelapa ..
Mak aku ngan Achik akan berebut nak makan tombong
Kalau kat Knduri pun mak aku cakap masa orang membelah kelapa kanak-kanak akan berkerumun nak amik tombong kelapa
Selalunya mak aku kata golongan bapa akan buat kerja kopek kelapa dan membelah kelapa
Emak-emak plak akn kukur kelapa.
Selalunya 3@ 4 orang akan kukur kelapa berkongsi sebuah talam bulat besar
Aku tahu talam tu sebab kat umah nenek memang ada..
Kat umah aku ada juga tapi kecik skit
Mak aku kata maka akan terbentuk banyakla kumpulan mengukur kelapa
Selalunya sambil mengukur kelapa  mak-mak akan berbual-bual
So, tak lah rasa penat kerana sambil bekerja sambil berbual
Mmmmm......berbual ke..........membawang
Hahahahaha....
(Syyyy....mak aku dh menjeling)
Kikikiki......

Sekarang ada lagi ke aktiviti macam tu?
Mmmmm....mak aku cakap dah xde dah
Kat kampung pun kalau kenduri mak aku cakap ramai yang menggunakan khidmat caterer
Kalau gmasak gotong royong pun dah xde lagi aktiviti kukur kelap kerana kelapa akan parut menggunakan mesin kelapa
Lagi ramai yang hanya terus beli santan siap perah kat pasar
Kerja menjadi semakin mudah
Tapi susana gotong royong sebegitu semakin hilang
Mak aku cakap banyak aktiviti masa lalu sudah berkubur dan hanya tinggal nostalgia untuk dikenang..
Mmmmm......aku x pernah tengok macamna nak kenang??
Haaaa...mak akucakap sebab tu mak aku banyak tunujkkan dan ceritakan smua tu supaya aku dapat "MASUK" dalam ini cerita..
Hmmmmm.......ada yang aku boleh bayang
Ada yang aku langsung x boleh nak membayangkan...
Huh.....penat dowh...!
Seminggu nak siapkan ntri ni..
Dapat info sikit tulis sikit
Kadang hang sebab aku xde info...
So...biar dalam draff dlu dan entri yang lain potong Que..
Heeeeee





5 comments:

  1. kat tempat aunty johor kami pakai parut kelapa. kena cungkil dulu isi kelapa dengan penyungkil. lepastu susun2 beberapa keping kami parut. parut tu kami akan paku kat kayu supaya dia terbaring. dengan cara tu boleh hasilkan bnyak hampas kelapa. kami dulu buat minyak masak sendiri sebab tu buat macamtu sebab nak cepat dapat banyak. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai au tu mas....
      Bestnya buat minyak sendiri.Nenek pernah buat tapi kiter tengok minyak yang dah siap..x sempat tengok proses buat minyak tu..
      Isi kelapa tu parut macam ubi nak buat kuih ke..?
      Kiter tengah imagine ni...heee
      Nanti nak soh mak beli kelapa...nak try juga lah...heee

      Delete
    2. ha'aa parut macam tu lepas tu santannya diperah kumpul dalam bekas lepas tu santan tu akan dimasak dalam kawah lebih kurang dalam 5-8 jam..sampai dia jadi minyak..bila dah ada tahi minyak akan disejukkan. dah sejuk baru masuk botol .boleh dah guna..buat sapu kat rambut pon bagus..sejukkan kepala

      Delete
  2. Kerala kelapa kalau tebal lagi Ada ISI kelapa..jangan dibuat.
    Bila buat asam pedas tumis .Bakar kerak
    d dan isi elapa tadi danpecah pecahkan Dalam leaving Batu..masuk.
    January menyedapkan..arwah mak buat katanya Cara nyonya masak Adam pedas..

    ReplyDelete
  3. Asam not Adam...
    Tombong Yang besar sedap jugaknsebab Dalam NYA ada.air kelapa...sedap...

    ReplyDelete