Monday 15 October 2018

LETAK JAWATAN

Hari- hari terakhir Seorang Pengawas...
Sejak menjejakkan kaki ke sekolah....
Tahun 1 aku jadi Penolong Ketua Darjah
Tahun 2 menjadi Ketua Darjah
Tahun 3 bermula jadi Pengawas sekolah hinggalah habis sekolah rendah
Masuk sekolah menengah....
Penggal Pertama jadi Ketua Tingkatan...
Danish(anak artis Den Wahab...heee) jadi penolong aku
Masuk penggal ke-2 cikgu dah mula cari calon pengawas2 baru dari form 1
Aku  terpaksa lepaskan jawatan Ketua Tingkatan setelah dilantik lagi menjadi pengawas sekolah
Kekal jawatan pengawas hingga sekarang ..
Pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang membantu guru disiplin menjalankan tugas sebagai pengawas..
Suka...duka...sedih....gembira...berbagai perisa
Hingga sampai satu ketika .....
Aku merasakan sudah tiba masanya aku ingin menikmati ...merasai....menjadi pelajar berbaju putih...
Berkasut putih untuk tahun2 terakhir ..
Sebab katanya tahun depan 2019 dah start semua pelajar sekolah rendah dan menwngah berkasut hitam....
So...biarlah sebelum sejarah kasut putih berkubur...
Aku dapat memamakai kasut putih ..
Nanti dapat kuceritakan kepada anak- cucuku...
Akulah batch terakhir yang pakai kasut putih itu...
Hehehehe
Actually telah lama juga aku berbelah bagi
Antara kehendak orang lain
Dan kehendak hatiku...
Sebulan lepas aku suarakan kepada mak aku...
Mak aku suruh aku fikir dahulu
Sebelum mengambil keputusan..!
Aku akur...
Sebulan aku berfikir...
Setelah genap sebulan.....
Mengambil ruang untuk berfikit
Akhirnya aku bulat hati.....
Aku mesti letak jawatan...
Mak aku kata akan terima apa jua mak aku akan terima
Mak aku akan menyokong apa juga keputusan aku..!


Kenangan terakhir pakai uniform pengawas...
28 September 2018
Jumaat yang barokah..
Aku telah nekad dan bulat hati ..
Aku harus meletakkan jawatan !!!
Tanpa sepatah kata ..
Tanpa salam terakhir aku serahkan surat perletakan jawatan kepada guru pengawas... Cikgu Rohashimah...
Ketika cikgu bertanya sebab aku meletak jawatan..?
Kata cikgu ...akulah harapan cikgu untuk membantu dalam disiplin pelajar..
Kerana itulah aku dilantik Ketua Biro Disiplin..
Aku hanya senyum dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Rohashimah kerana telah memilih aku menjadi pengawas sejak form 1 dulu...
Aku tahu cikgu Rohashimah memang percayakan aku..
Seperti aku yang selalu membela dan dan mempertahankan  anak buahku dalam Biro Disiplin sdtiap kali di persalahkan....
Aku tahu bukan mudah anak2 buahku dalam Biro Disiplin berdepan dengan pelajar  nakal yang kasangkala cikgu2 juga sudah tidak mampu berkata apa2
Cuma aku selalu ingatkan anak2 buahku...
Kita selalu katakan agar menjalankan tugas seikhlas hati
Tetapi  berpada2....
Jangan terlalu mendesak mengharapkan mereka untuk ikut nasihat dan teguran kita...
Kerana apapun kita harus ingat....
Kita bukan siapa2...
Kita hanya pengawas yang menjalankan tugas...
Selebihnya kita kena akur dan terima bahawa sedangkan ibu bapa mereka yang melahir dan memebesarkan mereka juga sudah tidak mampu membentuk mereka..
Apatah lagi kita...!!!
Itulah yang menjadi pegangan aku
Yang aku pesan pada anak buah bawah biro ku...
Dan ...ketika aku serahkan surat perletakan jawatan pengawas ini....
Aku mengharapkan cikgu tidak akan bertanya apa2 padaku...
Tak sampai hati aku nak ceritakan sebab sebenar mengapa aku sudah tidak mahu menjadi pengawas
Kerana itulah aku mengambil keputusan menyerahkan surat tersebut pada Hari Jumaat
Pada waktu balik..
Kerana aku merasakan itulah waktu terbaik
Aku serahkan surat...
Boleh terus balik..
Tak perlu fikir selama dua hari..
Sabtu dan Ahad
Isnin 1 Oktober 2018
Tapi Cikgu Rohashimah menasihatkan aku berfikir sedalam2nya..
Kata cikgu ...
Nantilah seminnggu lagi..
Ambil masa untuk berfikir lagi..
Jika sudi...ceritakan kepada.cikgu ..
Kenapa dan mengapa mengambil keputusan jni..
Demi menghormati Cikgu Rohashimah yang banyak membantu aku
Yang tidak pernah meninggi suara pada aku
Yang selalu mendengar luahan ku
Yang selalu percayakan aku
Maka aku sangat menghormati cikgu Rohashimah..
Namun untuk bercerita perkara sebenar...
Tidak..!
Kerana walaupun cikgu percayakan aku...
Tidak semestinya aku percayakan cikgu..
Ya...ya....aku tahu..cikgu Rohashimah sangat baik..
Kerana itulah aku x sanggup bercerita
Aku cuma harap..
Cikgu hormati keputusan aku...
Aku sudah bulat hati...
Aku lepaskan jawatan pengawas..!
Aku dah boleh pakai baju putih
Tapi malam Sabtu jer ..
Cikgu....... dah pm aku..
( Tapi bukan Cikgu Rohashimah la)
Panjang lebar cikgu tu cuba korek rahsia
Mengapa aku letak jawan pengawas
Macam2 cikgu tu yakinkan aku
Bahawa apa sahaja yang aku luahkan dan ceritakan...cikgu tu cakap dia akan rahsiakan!
Cikgu tu cakap lagi aku sepatutnya berbincang jika ada masalah...
Bukannya terus letak jawatan mengejut macam ni..
Kata cikgu tu lagi...
Aku kena ceritakan apa yang berlaku...
Agar semua perkara dapat dibawa ke dalam mesyuarat guru...
Panjang berjela personel whatsApp tu  .
Aku hanya seen....
Sepatah perkataan pun aku x reply..
Bukan aku sombong @ x hormat guru..
Cuma aku sekadar berpegang pada kata2 Achik...:
" Kalau kita cerita sesuatu...
Kita hanya ada 1 pilihan iaiti bercefita....
Tapi setelah itu kita xkan boleh menarik balik kata2 kita...
Tetapi selagi kita belum bercerita ..
Kita masih ada 2 pilihan:
1. Bercerita
2. Tidak Bercerita..."

Maka......aku memilih untuk diam...
Kenap dan mengapa..?
Biarlah hanya aku yang tahu...




Tudung Putih...
Baju Putih..
Kain biru
Kasut dan Stokin putih...
Serba baharu...
Sudah aku gayakan...
Gi shoping uniform sekolah..
Terasa seperti pelajar yang baru nak daftar masuk sekolah menengah...
Hahahaha.....



Aku kini....
Pelajar biasa ..
Aku hanya ingin menikmati.....
Memakai uniform ini..
Debarannya kurasakan seperti akan menghadiri   orientasi tingkatan satu...
Semalaman....aku tidak dapat lena...
Persis hari pertama melangkah ke sekolah....!
Doakan aku kuat...!
Even dipanggil pengetua sekali pun...
Aku tidak mahu berpaling lagu ke belakang...!!!

7 comments:

  1. Salam,

    tough decision huh?

    Well good strategy applied.

    Anyway, semoga sekarang boleh belajar dengan focus dan tekun.
    Actually about time this prefect and ketua darjah be abolish.
    About time Kementerian hire class room assistance to assist teachers. From monitoring and guiding them when teachers are not in the classroom , in the school compound at the recess, assisting discipline teacher etc.
    They are below teacher's level but have some qualification such physcology to children educations.
    With these, all children can be treated equally and they can behaves independently and have their true colours developed to a positive side. Enjoy without disturbs and leave lessons early to assist teachers. jaga car park jaga padang..... that is not the children's duty .. they should be rest and enjoyed their recess as like other childres. Then continue the lesson and focus bukan penat berdiri etc..

    No such thing la pengawas alone can be develope future prime minister etc or success business person etc etc.

    About time concept ini di ubah ....

    Anyway, time to focus to study .... ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee...
      Kiter ok jer nak tolong2 cikgu semua tu..
      Tapi ada beberapa sebab yang menyebabkan kiter terpaksa ikut gerak hati supaya melepaskan jawatan pengawas secepat mungkin..
      Susah nak terangkan dengan jujur..
      anyway thanks sis nor...muah3

      Delete
    2. adey manies ,
      i know it is good tolong cikgu... cuma... bila dah jadi duties and responsibilities, it means different... and these are not being paid and the effort and time taken can be tiresome to anak anak yang membesar dan perlu focus.. tu je laaa.

      meaning somewhere somehow, a system should be set up to revamp and introduce. Sekurang kurang cikgu ada assistance in teaching aid prep.
      These will create a good employment for graduand from university....apart from teaching kinder garten they can always do something like this...

      etc..

      Now enjoy waktu makan, waktu berkawan berdiscuss apa yang belajar earlier waktu lunch.. rather that jadi mak guard...

      take care

      anyway biarlah rahsiaaaaa

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sebak la pulakkk Aunty baca entri...lepas semua jawatan yg dah lama di sandang demi memenuhi kehendak hati...Apa pun Aunty DOAKAN DIK CELLA TERUS KUAT DAN TABAH..Tetap manis dan comei di mata Aunty walau sudah bertukar uniform...Tetap sayang...muah ciked...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...
      TQ aunty Ogy..doa yang baikw untuk kiter.
      Heee....sib baik aunty cakap kiter comel...yeayyyyyy....!!!
      muah3

      Delete