Wednesday 10 October 2018

YEE MEE GORENG- BEKAL HARI ISNIN

Yee Mee Goreng...
Bekal hari Isnin...
Hari Isnin kena bekal haevy skit sebab class habis lambat
Hahahaha...macam la hari lain bekal ringan..
Heee.....ala...bawa bekal x kira hari..x kira balik pukul pukul berapa pun..
Bawa  bekal bukan ikut hari tapi ikut apa jer yang mak aku masak..
Lately ni xde sangat dah entry about bekal
Sebab mak aku banyak masak bekal yang berulang2  jer...
Spagetti...
Pasta....
Mee Kering...
Pancake...
Nasi Lemak...
Nasi Goreng...
Sandwich Telur
Chicken Slice Sandwich
Roti Bakar....
Roti Krim...
Paling kerap macam2 Nasi Goreng
Dah ada entri lain...
Skip jer lah abaout bekal yang sama
Ni sebab dah lama x tulis pasal bekal
Sesekali boleh la selit pasal bekal




 Macam hari Isnin dah mak aku masak Yee Mee Goreng..
Bawak la Yee Mee Goreng la
1 untuk aku yang warna biru tu
1 untuk mak aku yang warna purple
1 untuk abang yang xde warna tu..
Hahahaha....abang nyer biasalah..
Kalau boleh mak aku akan  elak dari bagi abang bawa tupperware..
Sebab kalau abang bawa alamatnya tupperware tu xkan balik rumah semula la..
Mak aku dah banyak kali bising...
Dulu masa abang study kat Kedah..
Tupperware Achik jadi mangsa..
Setiap weekend Achik masak bekal untuk abang bawa balik hostel
Tapi sebulan sekali pun payah tupperware Achik nak balik
Surut la stok tupperware Achik..
Sampai Achik terpaksa tukar strategi
Beli stok food container untuk bekal
Mak aku pun sama..
Hari tu beli bekas tapaw macam kat gerai makan tu..
Ni sebab bekas tu dah habis stok..
Ganti lak dengan bekas taufu fa ni



 Bekal abang....
Abang pun lagi suka bawa dalam bekas ni
Lepas makan buang xyah cuci
Kadang kalau mak aku letak juga makanan bekal dalam tupperware abang akan tuangkan dalam plastik lauk dan ikat getah

Yee Mee Goreng pun dah selalu juga masuk dalam diary aku ni...

YEE MEE GORENG
1 pack Yee Mee
( tapi yang hari ni guna 4 keping sahaja)
1 pokok sawi putih
1 batang carrot
1 keping dada ayam
1 pokok daun sup
3 sudu micap manis
1 sudu teh garam
1/2 kiub ayam
1/2 cawan cili blend + bawang
3 sudu minyak

1. Masak air dalam periuk untuk celur mee.
2. Sementara tunggu air mendidih..
    Panaskan minyak dan tumis isi ayam.
3. Tambah cili blend+ bawang dan masak hingga
    naik.minyak.
4. Celur mee anggaran 2 minit supaya lerai dan terus masukkan dalam bahan tumis.
5. Gaul rata dan tambah carrot,garam,kiub ayam dan kicap manis
6. Akhir sekali baru tambah sawi putih dan sesuaikan rasa.
7. Tabur daun sup

8 comments:

  1. sedap nampak.. .
    apa susah sangat nak ingat tupperware? Itu baru tupperware..esok kena ingat nak jaga isteri , anak, adik beradik, mak , nenenk makcik etc...
    itu baru satu perkara - tupperware...


    anyway bestla makan sedap masa sekolah esok kat uni... kena buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis nor kan...
      Haaaaa....tapi kalau mak kiter bising pun abang cakap nanti bawa balik..tapi x bawa balij pun..Kiter rasa mesti abang dah buang dah tupperware tu..hahahaha

      Delete
  2. dasatnya..buang harta orang camtu.. #kena beritau abang kena tunjuk dan amalkan sikap bertanggungjawab sekecil mana sekali pun termasuklah tupperware.
    mak dah masak dan memberi makan pada anak dia. diusahakan segalanya segala amanah diberi pada diri dia.

    another layer of amanah.. abang di amanahkan dengan tupperware. mak makcik rela hati menyediakan yang terbaik dan dibungkus dengan yang terbaik .. tupperware - still harta benda milik mereka.
    abang diamanahkan supaya menjaga dengan membawa balik,itu aja. bukan disuruh mencuci..
    in this case.... gagal..sikap sambil lewa...

    benda benda kecik ni la yang penting ..

    sifat tidak apa attitude.. cakap nanti bawa balik..

    kalau abang dah buang tupperware tu mana boleh ..bukan milik dia boleh buang sembarangan.

    tell abang that is irresponsible and perlu di ubah.

    kat sini orang lelakinya bawa bekal.. sebab nak jimat duit. lengkap snacks pun ada dalam tupperware. especially yang macho looking pun. Also dia tak lupa bawa balik ... letak dalam bag sandang atau brief case dia.

    benda kecik kecik ni lah yang spoil the whole thing. a true reflection of the character of the person; by repeatedly doing it is a reflection of the mindset of "i don't care" and flaw in the behaviour. Sending the message, its not important. its just a tupperware. I know its not mine, why should i care. why bother, when its nothing to do with me. though I used when mak packed lunch.. but told her not to do so...
    abang buang ke campak ke biar ke.. umpama mencampak hak milik mak awak... so disrespecful.. and keep doing it again and again despite reminding.. is well true intention?

    etc etc... tell that to abang....

    jangan marah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayooo....dah kena veletiaq ngan sis nor..
      Ni kalau c&p bg abang baca...mau abang boikot kilang tupperware ni...Kalau aweks yang jadi dealer tupperware mesti abang reject ..
      hahahaha....

      Delete
    2. ahahahaha... but sure tak buat lagi. men kat sini ok aja aku tengok bawak tupperware air tight day in day out.. bawak balik.. is it mentality orang kita?

      just wonder...

      Delete
  3. Hai nor, you should read book "men from mars, women are from venus or "why men cannot listen and woman cannot read map". Thats why, Allah jadikan perempuan dan lelaki itu, sgt berbeza, saling lengkap melengkapi. Tanpa tupperware.. kita ada byk cara lain utk pack.. just small matter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam sis/bro Lai .
      TQ for reading my diary...
      Thanks for constructive views & oppinion..
      Macam best jer buku tu..
      Kita akan cuba cari dan baca buku itu...

      Delete
  4. there are certain things from men from mars but they can be made to understand and sensitive on venus too ...

    cheerio..

    ReplyDelete