Ni bukan hari ni nyer
Tapi ni yang dlam draff
Yang aku cakap dah berderat dalam draff tu
Keluarkan sikit-sikit
Sup Chickenball
Homemade Chickenball
Hari Ahad mak aku kata nak buat Fucuk Roll ngan isi ayam ni
Tapi x jadi buat pun
Dah beli fucuk untuk roll tu
Tapi hari yang sama juga viral about Kilang Fucuk yang sangat kotor giler balai dalam wasap
Memang geli la nak makan...
Walaupun tak tahu fucuk yang beli ni dari mana...
Mak aku cakap lum boleh makan sebab masihg rasa geli tekak
Tunggu citer tu dah senyap dolu..
Hahahaha
Tapi mak aku dah janji minggu ni nak buat Chickenball
Mak aku cakap nak buat untuk bekal
Tapi minggu ni aku xnak bekal yang berat sebab ada PAT
Kalau time axam aku memang x suka bekal berat
Aku just nak bekal sempoi yang senang nak makan
Isnin mak aku gorengkan Cucur Badak Frozen yang beli dari mak Fatin
Selasa aku just bawa Susu & Oreo
Nasi Goreng ni actually Nasi Goreng guna Pencencah Tomyam
Tapi sebab ada Ayam goreng maka namanya Nasi Goreng Ayam la
NASI GORENG TOMYAM...
4 cawan nasi -
(guna 2 cawan beras untuk masak nasi)
4 batang sosej ayam- rebus
1 batang carrot
1/4 bahagian kobis
2 pokok daun bawang
1/4 cawan minyak
1 sudu besar pes tomyam adabi
1/2 sudu teh garam
1. Rebus sosej dan potong 3 setiap 1..dan belah2kan
2. Kerat2kan carrot anggaran 2cm dan belah2 seperti mini fries
3.Kobis juga dihiris halus.
4 Daun bawang dikerat2 anggaran 1 cm
5. Nasi dileraikan.
6. Panaskan minyak dan tumis pes tomyam
7. Tambah carrot dan sosej .Tambah garam
8. Masukkan nasi dan gaul rata.
9 Goreng2kan nasi hingga nampak wap berasap.
10. Tambah kobis dan goreng lagi sekejap.
11. Tutup api ..barulah dimasukkan daun bawang dan gaul rata..
4 cawan nasi -
(guna 2 cawan beras untuk masak nasi)
4 batang sosej ayam- rebus
1 batang carrot
1/4 bahagian kobis
2 pokok daun bawang
1/4 cawan minyak
1 sudu besar pes tomyam adabi
1/2 sudu teh garam
1. Rebus sosej dan potong 3 setiap 1..dan belah2kan
2. Kerat2kan carrot anggaran 2cm dan belah2 seperti mini fries
3.Kobis juga dihiris halus.
4 Daun bawang dikerat2 anggaran 1 cm
5. Nasi dileraikan.
6. Panaskan minyak dan tumis pes tomyam
7. Tambah carrot dan sosej .Tambah garam
8. Masukkan nasi dan gaul rata.
9 Goreng2kan nasi hingga nampak wap berasap.
10. Tambah kobis dan goreng lagi sekejap.
11. Tutup api ..barulah dimasukkan daun bawang dan gaul rata..
Cuma bezanya mak aku cakap Sup yang ni ada tambah rempah soto
RESIPI CHICKENBALL BUATAN SENDIRI kat sini...
Bahan chicken ball
1keping dada ayam tanpa tulang
2 sudu tepung ubi
1/4 sudu teh lada sulah serbuk
secubit garam
2. Bulat-bulatkan anggaran sebesar guli
Bahan Tumis:
1 ketul halia- hiris halus
1/2 bawang besar- cincang
2 bawang putih - cincang
1 sudu besar rempah soto
2 sudu minyak
Sayur-sayur:
1/2 batang carrot
1 batang sadri
2 batang daun sup
3 cawan air
garam & lada sulah
Cara Masak:
1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum..Tambah rempah soto
2. Masukkan 3 cawan air & biar hingga mendidih.
3. Masukkan chicken ball & carrot serta batang sadri.
4. Masak hingga chicken ball timbul.
5. Masukkan semua bahan yang lain & garam serta lada sulah.
6. Masak sekejap hingga sayur lembut & siap...
Nasi Goreng Tomyum memang tak pernah jemu
Ni la Perencah tomyum yang selalu mak aku guna untuk masak Nasi Goreng
Mak aku cakap selalu kirim pada kawan dari Perlis
Nasi Goreng antara menu yang selalu mak aku masak kalau perut dah lapar
Takyah masak lauk
Kalau ada soup tu kira bonus la
Hahaha
Kadang xde sup pun
Mak aku akan goreng keropokmakan ngan Nasi goreng
Yang wajibnya Teh O
Haaaa...ok,....bye
nasi goreng... moreish... makan tak leh berhenti.. asik nak tambah je..
ReplyDeleteKan....kiter pu suka nasi goreng.
DeleteTapi baru jer tgk IG kawan kiter gi makan kat kedai order Nasi Goreng Kosong + Keropok Mony..hahaha