Tuesday 9 October 2018

NASI TOMATO MUDAH-MUDAH JER


Mm.....dah siap upload pic...
Tak check
terus delete dari folder
Tak perasan pic step by step belum masuk
Akibatnya habis semua pic step by step
Ap nak buat
Kalau delete dalam PC leh gak cari dalam dustbin
Ini memang delete pic asal..
Habis la....
So.....barang lepas jangan dikenang!!
Sib baik pic bawah ni selamat lagi


NASI TOMATO MUDAH-MUDAH JER
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 helai pandan
1/2 botol sos tomato
1 sudu  kordial soren sunquick

Bahan Tumis:
2 sudu minyak
2 sudu marjerin
1/2 bawang besar
1 helai pandan
5 hiris halia
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
10 buah pelaga

1. Panaskan minyak + marjerin
2. Tumis semua bahan tumis hingga harum
3. Masukkan sos tomato
4. Masak hingga naik minyak
5. Tambah air,garam,gula dan masak sampai mendidih
6. Tuang dalam inner rice cooker dan tekan cook hingg mendidh semula
7. Tambah susu cair serta oren sunquick dan tuangkan beras yang siap dicuci
8. Kacau rata dan tanak hingga masak
9. gemburkan dengan hati2 supaya beras x patah
10.Tabur daun sup

*** Tujuan tambah oren sunquick supaya  bila makan tidak rasa muak dan lebih sedap.


Nasi Tomato siap untuk kakak bawa balik kolej
Haaaa......kan dah cakap masak hari Ahad
Memang untuk kakak bawa balik kolej la



Tapi kali ni sebelum gerak hantar kakak
Aku dah makan siap2 Nasi Tomato Ayam Merah ni
Sebab x lagi jadi macam sebekum
Masa nak gi hantar jakak malas nak makan
Sebab ingat nak makan masa balik
Tapi bila OTW balik memang lapar bai..
Kadang terpaksa ajak mak aku benti Petronas nak beli roti dan susu...


AYAM MASAK MERAH ...mak aku



Mak aku masak banyak
Untuk kakak bawa balik kolej



1 bekas besar Nasi Tomato
1 bekas besar Ayam Masak Merah
Masa mak aku masak kakak tengah kemas beg dalam bilik
Bila kakak kuar tengok Nasi dan Lauk yang banyak ni...
Kakak kata kawan2 kakak xde kat kolej
Yang ada hanya seorang..
Kakak kata yang nak makan cuma berdua
Kakak cakap kaka xnak bawa banyak2..
Kakak kata hanya nak dalam bekas kecik sahaja
Mak aku dah bising...
Kalau cakap awal2..boleh bagi abang jer bawa bekal lebih..
Boleh abang makan ngan kawan2 abang...
Ini abang dah gi kerja



Ni bekal abang...
Abang bawa bekal.untuk makan sendiri jer
Mak aku cakap kalau kakak cakap awal2 nak bawa sikit...baik bagi avang bawa lebih..
Mmmm....bukan juga rezeki kawan2 abang...


Ssbab kakak xnak sangat2 bawa banyak
Sampai moncong2 molot macam molot naga jer..
Hahaha...
Makanya mak aku masukkan nasi dan laul dalam bekas kecik
Pastu selebihnya...
Nampak mak aku bungkus Ayam Masak Merah tu dan tapaw nasi dalam bekas plastik
Sampai puncak Alam mak aku singgah tepi jalan soh kakak beli buah dokong kat tepi jalam tu ..
Ingatkan nak bagi pada siapa...
Rupanya sampai gate nak masuk mak aku bagi nasi...lauk dan buah dokong pada security guard tu..
Dah bagi nasi naper nak bagi lavi buah dokong?
Mm... mak aku cakap sebab nasi tu maybe hanya  cukup untuk 2-3 orang sahaja..
So...kalau mereka ramai..
So..yang x dapat rezeki nasi...
Boleh makan buah dokong...
Mak aku cakap dah tertulis rezeki dorang sebab niat asal nak suruh kakak makan ngan kawan2
Tapi dah kakak cakap kawan2 belum balik..
Makanya itu sebenarnya rezeki orang lain...
Ok..bye



4 comments:

  1. nanti sis nak try buat lar ... betui tue... dah tertulis rezeki depa hari tue ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sis nay buat....
      Jangan lupa papadom..
      Kiter suka papadom makan ngan nasi tomato ni..tapi yang ni xde papadom sebab mak kiter cakap lupa nak beli...

      Delete
  2. nasi tomato pakai heinz sup dalam tin pun ok. carrot sup.. sedap letak tomato sauce sebab dah ada extract bawang...tu yang sedap utk nasi dan ayam masak merah.
    atau dipanggil ayam masak ros..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulla....
      Mak kiter pun cakap kalau guna tomato soup lagi sedap.....

      Delete