My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Saturday, 28 March 2020

SERAWA LABU vs CREAM CREAKER


Serawa Labu
Bukan hari ni
Tapi ni sebelum Perintah Kawalan pergerakan lagi
2 minggu lepas punya menu minum petang

Serawa Labu by mak aku
Aku panggil pengat
Mak aku panggil serawa
Tapi benda yang sama


SERAWA LABU BERSAGU
1/2 biji labu kuning (+- 1kg)
1 kotak kecil santan
1/2 cawan sagu biji
1 ketul gula melaka
1/4 cawan gula
1 sudu teh garam
1 helai pandan
1. Basuh dan rendam sagu biji 15 minit
2. Sementara tu potong labu d kupas
3. Masukkan labu & 5 cawan air & revus hingga mendidih
4. Bila mendidih masukkan sagu biji dan masak hingga mendidih dan sagu jadi jernih
5. Masukkan pandan, garam & gula
6. Masukkan santan dan kacau rata
7. Kecilkan api dan biarkan mendidih sekejap
8. Sesuaikan rasa & matikan api

** masak beberapa jam sebelum makan supaya pengat pekat & lebih sedap


Pengat Labu

Pengat Labu vs Cream Creaker
Ni versi mak aku
Kalau masak bubur kacang & pengat
Memang wajib mak aku makan ngan cream creaker ni
Aku x tahu apa yang sedap sangat makan camtu
Mak aku cakap kebanyakan orang utara makan pengat or bubur ngan cream creaker
Mak aku cakap kalau nenek & arwah atuk plak akan makan pengat mgan pulut
Bubur kacang pun makan ngan pulut
Aku tak pernah try

2 comments: