Friday 27 March 2020

NASI LEMAK KUKUS SAMBAL SARDIN-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 - DAY 10

Hari ni dah Jumaat
Masuk hari ke 10 Perintah Kawalan Pergerakan
Tapi ni citer semalam..
Hari Khamis
Mak aku masak Nasi Lemak

Nasi Lemak Kukus  Sambal Sardin
Sedapnyaaaa
Dah lama x makan nasi lemak
Dah lama rasa x cium bau nasi lemak
Hahahaha lama la sangat

 Nikmatnya dapat makan nasi lemak hari ni
Walaupun makan dari pagi sampai ke malam
Walau teringin nak makan Nasi Lemak Ayam Berempah
Tapi apakan daya... Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni memang makan telur, sardin, sosej & daging burger sebagai lauk
Tapi xpe.. Semua pun redho
Actually makan tengahari sampai malam
Coz walaupun mak aku mazak pagi
Tapi biasa la tengahari baru rasa nak makan

Specialnya sebab makan Nasi Lemak Kukus
So, memang bila panaskan
1 rumah memang bau harum nasi lemak
Mak aku cakap sebab tu masak Nasi Lemak Kukus
Mak aku cakap sebab kalau masak nasi lemak  biasa dalam rice cooker nanti kalau nak makan sampai petang nasi dah sejuk
Kalau dulu xper makan lemak pagi jer
Ni sebab nak makan sepanjang hari, mak aku kata kena kukus sebab boleh panaskan bebila jer nak makan
Ooooo.... ada sebab rupanya

NASI LEMAK KUKUS
4 cawan beras
2 cawan santan pekat + 3 cawan ai2
2 helai pandan
5 hiris halia
1 sudu garam
1 sudu gula

1. Bersihkan beras & masukkan dalam kuali
2. Masukkan santan+air, garam, gula, halia & serai
3. Masak atas dapur hingga mendidih & santannya kering.Sementara tu jerang air dalam periuk kukus.
4. Pindahkan nasi 1/2 masak tadi kedalam kukusan yang dialas kain jarang
5. Kukus hingga nasi masak sepenuhnya
6. Nasi boleh ulang-ulang dipanaskan tanpa berkerak bila hendak makan


Cuci beras & masukan dalam kuali

Masukkan santan & bahan lain

Masak hingga 1/2 masak & santannya kering

Masuk dalam pengukus

Sambil kukis nasi, dalam airnya kukusan  direbus telur


Nasi masak, telurpun masak

SAMBAL SARDIN
1pack sardin 6 ketul/ 2 tin sardin
1 asam keping
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula perang
4 sudu minyak

Bahan Blend
20  cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.
2. Masukkan asam, garam & gula perang d masak hingga naik minyak
3. Masukkan sardin & sosnya
4. Masak hingga pekat & sesuaikan rasa

Sambal Sardin
Telur Rabus
Bilis + kacang goreng

Patutnya ada jer timun
Mak aku soh aku amik dalam peti ais
Malangnya sebab peti ais penuh
Ada sayur yang dah jadi ais

See... Macam air batu
Bila kunyah rasa macam kunyah ais
3 biji timun mengalami nasib yang sama
Mak aku suruh amik timun semua tu d buang sebab takut nanti berair dalam peti ais
Lepas dah buang..
Dah bawa sampah ke rumah sampah
Dah naik rumah
Baru terfikir....
Kenapa la x blend jer terus jadikan JUS TIMUN... macam kat sini
Aduhhhhhh.... Naper leh x terfikir
Mak aku pun cakap x terfikir masa tu
Owh.. Noooooooo...!!!!
Belum boleh move on lagi ni kesilapan


Itulah ceritanya Nasi Lemak Kukus Sambal Sardin

8 comments:

  1. Atau timun dan sayur beku Tu dibuat sup timun campur telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah x keluar rumah
      Otak jadi blank..
      Takleh nak fikir
      Hahahaha

      Delete
  2. Nadi lemak.. sedap.. ikan bilis tinggal sekg. Kena alternative lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer.. Mak kiter cakap bilos lavi mahal dari aardin

      Delete
  3. sedap tu nasilemak kukus..hah dh frozen timun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia pun dah ramai macam kena frozen... Mengong jerk sejak kena kurung🤣

      Delete
    2. Alak Ada air letrik TV wi-fi. No blackout macam perang. So sabar je..

      Delete
    3. انشاء الله...
      Semoga الله melindungi kita semua

      Delete