Monday 9 March 2020

BEKAL SEPANJANG MINGGU 10 - 2020

BEKAL SEPANJANG MINGGU 10  - 2020
Bekal hari Isnin 2 Mac 2020


Bekal hari Isnin ialah BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM

BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM
1 bungku bihun - rendam air biasa 15 minit
1 mangkuk isi ayam- hiris nipis
1 batang carrot- hiris jejari halus
1 rumpun daun bawang
1 pokok daun sup
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1/4 cawan kicap manis
2 sudu besar cili blend + bawang

1. Gaul isi atam dengan 1 sudu teh garam(supaya tidak lwkat masak goreng)
2. Panaskan minyak & tumis isi ayam bergaram hingga masak
3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak
4. Tambah carrot  gaul hingga carrot lembut & + 1 cawan air & biar hingga mendidih
5. Buangkan air rendaman bihun( tak perlu tapis)
6. Masukkan bihum dalam kuah mendidih & biar 1/2 minit swbelum dibalik2kan & digaul rata.
7. Sambil gaul, sambil rennis kicap manis hingga bihun lembut & bersalut sekata.
8. Jika bihun belum cukup lembut masukkan sikit lagi air sambil dikacau-kacau
9. Masukkan daun bawang & gaul rata

10. Sesuaikan rasa & tabur daun sup



Mak aku nyer whatsApp post update untuk aku



Bekal hari Selasa 3 Mac 2020



Update mak aku 
Report bagitau makan bekal Selasa

Bekal hari Selasa ialah PASTA TIUB BASIKAL......

PASTA TIUB BASIKAL

SPAGHETTI SARDIN PEDAS
1 paket pasta macaroni
2 tin kecil sardin mecerel
2 sudu chilly flakes
2 sudu teh garam
3 sudu minyak
1 pokok daun sup- cincang
1 bawang holland- cincang
3 bawang putih- cincang

1. Rebus pasta hingga lembut
2. Sambil menunggu pasta lembut,panaskan minyak dan tumis bawang holland & bawang putih
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 hingga hancur kasar
4. Masukkan garam dan kacau rata
5. Terus masukkan pasta bersama sedikit airnya supaya mudah digaul rata
6 . Taburkan chilly flakes & gaul rata

7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup cincang


Bekal Hari Rabu...

Hari Rabu nyer bekal 
hanya abang yang bawa bekal
Coz mak aku & kakak  x bawa bekal

YEE MEE GORENG ..mak aku
1 paket yee mee- 5 ketul
1 mangkuk isi ayam
1 batang carrot
2 pokok sawi
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
2 sudu kicap lemak manis

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1 kiub ayam

1. Panaskan minyak dan tumis isi ayam dadu yang digaul dengan garam suoaya tidak melekat bila digoreng
2. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak.
3. Tambah carrot dan batang sawi
4.Sementara itu masak air dalam periuk untuk celur yee mee
5. Bila nampak yee mee sudah lerai boleh terus cedok yee mee dan masukkan dalam bahan tumis tadi
6. Gaul rata dan renjiskan kicap lemak manis
7. Gaul rata dan tambah daun sawi.
8. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup dan daun bawang
9. Hidangkan bersama jeruk cili


Bekal abang


Mak aku nyer bekal hari Rabu
Mak aku cakap makan Roti Canai Tapaw




Hari Khamis juga hanya bekal simple
Sebab hari Khamis kan keluar result SPM
Abang temankan aku gi sekolah
Takde bekal la
Mak aku ngan kakak hanya bawa roti
Mak aku update dalam status makan Roti Bakar & Kopi O
Sama juga ngan kakak
Makan roti  & susu untuk lunch


Bekal hari Jumaat 6 Mac

Bekal mak aku..abang & kakak

Nasi Goreng Sardin Telur Mata



NASI GORENG SARDIN
3 cawan beras - tanak nasi biar agak keras
2 tin sardin
1 batang carrot
1 cawan terung pipit
1/2 cawan minyak
1 sudu garam halus
Daun sup + daun bawang

Bahan Blend:
5 cili kering
10 cili padi merah
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Tanak nasi dan leraikan biar sejuk
2. Panaskan minyak dan tumis baham blend hingga naik minyak.
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2an sardin
4. Masukkan terung pipit dan carrot.
5. Gaul rata dan tambah garam
6. Masukkan nasi dan gaul balikwan nasi hingga rata dan berasap
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup & daun bawang



2 comments: