Thursday 26 January 2017

RESIPI TELUR GULUNG KOREA & NASI GORENG DABAI

Telur Gulung Korea...untuk aku..
Nasi Goreng Dabai...untuk mak aku..
Untuk sarapan...
Ni bukan sarapan hari ni
Tapi just publish yang dah draff sebelum ni..


Telur Gulung Korea ni dah beberapa kali mak aku buatkan untuk aku...
Aku kan selala berangan makan Telur Gulung ni dengan Lee Min Ho...
Makan telur gulung ni panas- panas sambil main salji kat Pulau Nami...
Hwa..hwa..hwa...
Dahsat kan angan- angan aku...
Hihihi ...
X dapat jumpa Lee Min Ho...
Dapat makan Telur Gulung Korea pun jadi la...
Huhuhu.....

Dah pernah buat entri sebelum ni..
Resipi pun c&p kat situ..



 TELUR GULUNG KOREA...mak aku
4 biji telur
1/4 batang carrot- didadu kecik-kecik
1/2 bawang besar- dadu halus
1 pokok daun bawang - hiris nipis
4 sudu susu cair
Secubit garam
Secubit lada sulah
Minyak masak

 1. Siapkan bahan-bahan & potong dadu


2. Pecahkan telur +garam & lada sulah..pukul rata


3. Tapis telur tersebut...


4. Campur carrot...daun bawang/daun sup & bawang besar dadu..kacau rata..


5. Kacau rata & panaskan kuali @ pan.


6. Sapu kuali dengan minyak


7. Tuangkan agak-agak 1/4 bahagian telur tu dengan api perlahan hingga nampak telur mula beku(Tapi jangan garing...cukup bila masak je)


8. Dengan sudip..cungkil dari tepi kuali yang berhanpiran diri kita & gulung hingga hampir hujung.(tapi jangan gulung sampai habis kerana hujung tu kita akan buat sambungan)


9. Tarik sikit supaya bahagian yang dah gulung berada di tebing kuali & hujung yang belum digulung terjuntai supaya nanti bila tuang lagi telur..telur yang baru dituang tu dapat bersambung dengan hujung telur yang terjuntai tadi..tuang lagi 1/4 bahagian telur yang tinggal & biar beku & terus ditolak gulungan tadi hingga hampir hujung...buat hingga semua telur habis.Tekan-tekan gulungan yang dah siap supaya padat & agak garing diluarnya
 10. Telur Gulung yang cantik mesti padat &gulungnya tidak terbuka..

11. Hiris tebal-tebal .guna pisau tajam supaya potongannya cantik dan kemas

Nak dapat telur yang cantik licin memang kena tapis dulu sebelum masuk sayur- sayur tu...
Pastu dah campur semua bahan...sapu sikit minyak kat kuali dan panaskan..Baru tuang 1 senduk cpuran telur tu..Biar masak perlahan- lahan supaya bawahnya x hangus..Kalau boleh jangan bagi garing..jus masak jer supaya nanti melelekat dan warna juga cantik..


Bila dah masak..gulung telur dalam kuali tu juga .jangan sampai hujung..sebab nanti nak tarik bahagian yang dah gulung ketebing dan tuang lagi bancuhan telur dihujung telur dadar tu supaya bersambung dengan adunan yang baru dituang...
Kiranya telur tu disambung-sambung.sebab tu jadi tebal.....

Bila dah siap jadilah telur gulung yang tebal gulungannya...potong dan hidangkan...
mmmmmm sedappp....
Esok nak soh mak aku buat lagi lah...
Tetiba rasa teringin lak...
Mmm..sorang 4 biji telur..
Abang ngan kakak pun mesti nak...
Mmm 12 biji telur...
ada ker 12 biji telur dalam peti ais tu...
Malas nak bangun tengok...
Harap- harap ada la...


Untuk step by step yang lebih jelas  boleh tengok kat entri sebelum ni

PERNAH TULIS DAH KAT SINI.....

Nasi Goreng Dabai ni mak aku cakap last stok jeruk dabai...
Dah habis stok dah...
Last kirim hari tu mak aku cakap bulan September tahun lepas...
Buah Dabai hanya ada kat Sarawak jer kot...
Hari tu mak aku cakap ada Pasar Borneo kat Serdang....
Mak aku cakap nak gi cari kat situ...
x pergi pun sampai sekaranggg...
Hmmmm....mak aku ngan nenek jer suka sangat buah dabai tu. .
We all yang lain x minat pun...
Bila nak gi Sarawak lagi niiiiii...
Huhuhu...

2 comments:

  1. Cantik gulungan telur korea.peminat drama korea dik cella ni..tak pernah makan nasi goreng buah dabai aunty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiter memang layan citer korea...pelakon dia hansome & cantik..Sekarang tengah layan The Legend Of The Blue Sea..citer duyung versi korea...mak kiter langsung x suka citer korea..mak kata pelakon lelaki korea semua ayu jelita..x macho cam Shahnaz Ahmad...hahaha

      Delete