Saturday 7 January 2017

NASI GORENG TOMYAM..BEKAL HARI KHAMIS

Nasi Goreng Tomyam..
Bekal hari Jumaat..
Tupperware pink confirm aku punya...

Banyak Sayur..
Colourfull...
Pagi tu aku dah pesan kat mak aku supaya jangan letak banyak sangat nasi goreng tu dalam bekas aku...
Sebab Jumaat ada PJ..aku xnak majan nasi banyak.
Masa rehat kawan2 ku paw sorang sikit...
Tengik2 memang dah betul2 sikit tinggal kat aku..
Hahaha...nyesal aku soh mak aku isikan sikit..
Padahal mak aku masak banyak nasi goreng tu..
Malam tu sebelum tido mak aku dah masak siap2 nasi putih sebab memang semua dah setuju esok tu nak basa bekal Nasi Goreng Tomyam...


Ready to cooking...
Heeee...mak aku yang nak masak...
Aku memang plan nak bangun awal masak bekal.
Tapi cam biasa la...plan tinggal plan...
Hihihihi...
Gambar ni pun mak aku yang snap..
Time ni baru pukul 5 lebih kot..
Lepas mak aku kejut... aku terus mandi masa mak aku tengah masak Nasi Goreng Tomyam tu..

NASI GORENG TOMYAM...bekal
4 cawan nasi -
(guna 2 cawan beras untuk masak nasi)
4 batang sosej ayam- rebus
1 batang carrot
1/4 bahagian kobis
2 pokok daun bawang
1/4 cawan minyak
1 sudu besar pes tomyam adabi
1/2 sudu teh garam

1. Rebus sosej dan potong 3 setiap 1..dan belah2kan
2. Kerat2kan carrot anggaran 2cm dan belah2 seperti mini fries
3.Kobis juga dihiris halus.
4  Daun bawang dikerat2 anggaran 1 cm
5. Nasi dileraikan.
6. Panaskan minyak dan tumis pes tomyam
7. Tambah carrot dan sosej .Tambah garam
8. Masukkan nasi dan gaul rata.
9  Goreng2kan nasi hingga nampak wap berasap.
10. Tambah kobis dan goreng lagi sekejap.
11. Tutup api ..barulah dimasukkan daun bawang dan gaul rata..



No comments:

Post a Comment