Sunday 11 February 2018

BRONOK SAGU VERSI KUKUS

Bronok Sagu..
Kuih Sagu laa...
Habis tu Bronok Sagu tu apa..?
Sama jer kuihnya..
Tapi ada yang panggil Kuih Sagu
Ada yang panggil Bronok Sagu..?
Bronok tu apa..?
Mmm...mak aku cakap BRONOK tu sejenis hidupan laut..
Rupanya macam keledek dan badannya kenyal lembik dipenuhi air..
Kata mak aku mungkin sebab tu kuih ni dipanggil bronok sebab bila sentuh kenyal2 macam badan bronok.
Boleh makan ke bronok laut tu..?
Mak akunkata boleh makan setelah dipotong badannya buang air tinggal kulitnya yang liat2 tu dipotong halus dan dijadikan kerabu..
Makanan ninpopar di Langkawi..
Mmm...tapinaku belum pernah tengok bronok tu...jom google ..
Ooo...dah jumpa pasal bronok..
Tapi sesapa nak tengok google la sendiri..
Hihihi...


Jauh la beza bronok laut tu dengan Bronok Sagu mak aku masak ni..
Bronok laut tu macam ubi keledek
Warna pun darl jerk
Kuih Bronok ni warna terang..
Merah lagik..!


Kakak la paling suka Kuih2 dari sagu ni
Aku suka juga tapi x la suka sangat macam kakak..

BRONOK SAGU KUKUS
1 cawan sagu biji- rendam kembang
3/4 cawan gula-ikut manis
1/2 sudu teh sirap rose merah

Bahan Gaul:
1 cawan kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam

1. Basuh dan rendam sagu hingga kembang.
2. Buang air redaman sagu..Tak perlu tapis..sekadar buang airnya.Jika ada baki air sikit2 xper
3. Tambah gula dan sirap rose dalam sagu dan kacau rata
4. Panaskan kukus hingga air mendidih
5. Sudukan campuran sagu kedalam cawan- cawan kecil atau acuan kecil.Masukkan juga sedikit airnya kedalam setiap  acuan tersebut
6.Kukus agak2 10 minit hingga sagu manjadi jernih lutsinar
7. Biar sejuk sedikit dan keluarkan dari acuan
8. Gaul dengan kelapa bercampur garam

*** Selain dikukus dalam acuan kecil..Boleh juga dikukus dalam loyang dan dipotong setelah sejuk dan gaul dengan kelapanergaram


Sagu yang sudah dibasuh dan direndam hingga kembang..Sagu boleh direndam semalaman..@ sekurang2nya 15 minit supaya cepat masak bila dikukus dan tiada bintik putih ditengah sagu


Campur sirap ros dan gula kedalam sagu
Boleh pilih warna yang digemari.Tetapi jika guna sirap rose kuih lebih harum


Masukkan dalam acuan ataunloyang dan kukus hingga sagu jernih


Biar sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari acuannya.Kalau dikeluarkan panas2 kuih akan hilang bentuk kerana sagu akan.lembik dan melekit semasa masih panas.
Jika nak cepat sejuk..boleh rendam dalam dulang berisi air..tatapi hati2 supaya air x masuk dalam kuih


Kuih yang masak cantik akan jernih dan tiada bintik putih


Gaul kuih dengan kelapa putih bergaram.
Selain dimasak dengan cara kukus..
Kuih Sagu juga boleh dimasak tanpa kukus seperti KUIH SAGU TANPA KUKUS kat sini

4 comments:

  1. Sedap kuih sagu ni...kadang2 kami panggil kuih Telur Katak...lembut,kenyal,manis,lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa....betul la kuih ni macam Telur Katak....kan aunty..
      Satu lagi yang macam telur katak tu Biji Selasih..mak kiter suka sangat letak biji selasih dalam air sirap

      Delete
  2. salam

    gamat ke ? sebab bentuk macam keledek tapi kulit gelap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kiter cakap bronok tu bukan gamat..
      Gamat macam ulat dan kulit menggerutu..bronok tu licin..
      Gamat dimasak sup dan buat minyak gamat..bronok dimakan mentah dihiris halus dijadikan kerabu ..
      Tapi...kiter pun belum pernah tengok..mak kiter jer yang cakap..kiter tengok kat google jerk..hehehe

      Delete