Sunday, 22 January 2017

SUP AKAR TERATAI

Minggu depan Chinese New Year..(CNY)
Happy New Year Teacher Tan..
Ex classmate aku Ng..
Eh,naper tetiba dok wish new year ni..?
Haaa..ada sebabnya...
Walaupun family aku x celebrate CNY...
Tapi kalau mak aku masak Sup ni..
Tu tandanya  CNY dah dekat @ baru lepas...
Sup apa...????


Sup Akar Teratai ..
Nama jer akar...tetapi bukan macam akar pokok rumput tu...
Dia besar macam ubi la...
Mak aku kata makanan setahun sekali..
Hanya musim CNY
Dah pernah share ..
SUP AKAR TERATAI TU KAT SINI..
Tau ke  Pokok Teratai..
Haaa...pokok yang famous dalam subjek Sains masa sekolah rendah dulu..
Haaa ..selain akar teratai aku juga pernah citer pasal Buah Teratai..
ENTRI PASAL BUAH TERATAI ..BOLEH KLICK SINI..



Mak aku cakap nenek suka sangat Sup Akar Teratai ni...
Tapi nenek kata susah nak dapat sebab jarang orang jual kat pasar..
Musim CNY pun selalu jumpa kat supermarket jer kot..
Kalau nenek datang KL ni ,kalau jumpa kat supermarket...nenek @ mak aku akan beli..
Aku pun suka sebab rasa sedap..
Lagi pun aku suka tengok corak lubang- lubang bila dah dihiris..
Unik dan cantik..


Ni abang nyer ..
Abang cakap x nak bawa nasi..
Just nak bawa Sup Akar Teratai + Chickenball..
Abang kata makan tu pun dah kenyang..
Yer ke abang tu boleh kenyang...hihihi
Mungkin juga kot,mak aku cakap sebab Sup tu dah lengkap ada protien,karbohidrat,vitamin C bagai..
Hahaha...biar lah ada bagai pun..perut Melayu aku ni tetap nak N.A.S.I...




Ni la Akar Teratai yang aku beli ngan mak aku hari apa ntah masa belanja barang dapur..
Aku yang beratur masa nak timbang..
Mak aku cakap x elok sangat ,tapi yang lain pun sama jer..
Yang seketul tu nampak kulit dia dah warna coklat dah..

Tapi xper,sebab ni...
Bila dah kupas kulit dia macam kupas timun tu..
Dah cantik dah..macam pakai Qu Putih..hihihi

Part ni aku paling suka..
Bila dah kerat..nampak corak yang cantik tu..
Tapi bukan aku yang potong..
Mak aku yang buat semua...


Kata mak aku,dolu- dolu selalu dapat belivyang saiz kecik macam Timun Jepun tu..
So,mak aku cakap bila potong bulat- bulat cantik jer..
Sekarang semua saiz besar- besar macam terung..kena la belah- belah

SUP AKAR TERATAI 
2 ketul akar teratai- kalau besar guna 1 ketul jer
30 biji chickenball- boleh ganti ayam,daging @ fishball
1 bawang besar- dadu kasar
1 batang carrot- potong jejari
2 biji kentang- dadu kasar
4 sudu minyak
garam
daun sup dan daun bawang

bahan tumis:
3 bawang putih
1 ketul kecil halia


1. Siapkan bahan.
    Selain chickenball boleh guna ayam,daging
    atau fishball

2. Sayur juga boleh ikut pilihan sendiri..


3. Panas minyak dan tumis bawang putih serta halia.. Jika guna ayam atau daging,masukkan ayam  atau daging dan goreng hingga nampak berkerak sebelum tuangkan air..Tujuannya supaya kuah lebih sedap.


4. Masukkan air secukupnya dan biar hingga mendidih.Kemudian baru dimasukkan chickenball dan sayur- sayuran


5. Sesuaikan rasa dan tutup api sebelum ditabur daun sup dan daun bawang..

** Pesan mak aku..
     Kalau guna daging atau ayam lagi
     sedap.Ayam bertulang akan beri rasa kuah
     lebih sedap..Tapi jikacguna chickenball @
     fishball..masa memasak lebih cepat..

4 comments:

  1. Sup akar teratai..mcm sedap je..tapi makcik ogy x pernah makan..pernah tengok jual kat pasarraya..kreatif betul la mak dik cella..pelbagai masakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm..memang sedap kalau yang suka macam kiter..nenek kiter pun suka...hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt, nak minta kebenaran untuk ambil gambar akar pokok teratai, boleh tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Untuk tujuan yang baik...silakan...

      Delete