Sunday, 15 January 2017

RESIPI KUIH SAGU TANPA KUKUS

Kuih Sagu Gaul Kelapa ...
Ni kuih yang dipotong kiub besar- besar
Mak aku cakap ni kuih sagu versi xyah kukus
Entri- entri sebelum ni versi kukus
Selalunya mak aku buat guna cawan-cawan kecik warna merah tu..
Namapun mak panggil Puding Sagu Delima Zamrud..
Sebab selalunya guna pewarna merah atau hijau.

Ni plak kuihnya dipotong bentuk jejari..
Cuma hari ni nyer mak aku kata kuih sagu ni versi xyah kukus.
Just kacau sampai masak..
Tuang dalam loyang dan biar sejuk..
Potong kiub atau pitong jejari...gaul kelapa parut yang dah digaul garam ..


Kuih Sagu ni kata mak aku kalau kacau jer camni kuihnya lembut...
Tapi selalunya masalahnya kadang2 akan ada bintik putih kerana sagu tidak masak hingga kedalam bijinya..
Versi kukus pula mak aku kata tiada masalah kerana jika masih ada bintik putih,,teruskan sahaja kukus hingga kuih akan masak jernih..
Tekstur kuih yang dikukus lebih kenyal..
Kenyal tu macam liat2 sikit la..
So,suka yang mana...??
Mmmmm ...aku suka yang x kukus ni sebab lembut..
Tapi mak aku cakap...mak aku lagi suka versi kukus sebab kenyal dan liat2 sikit...
Mmmm...mak aku kata macam nasi jugak la...
Ada orang suka nasi lembik..
Ada orang suka nasi yang peroi...
Haaaa....betul la...sebab kalau nenek aku memang dia xkan makan nasi yang lembik..
Mak aku aku cakap dolu2 kalau mak aku masak nasi terlembik,nenek akan masak semula yang lain untuk nenek...
Bubur nasi memang nenek x makan..
Eh,dah citer pasal nasi plak...
Heheheeee...



Kuih tengah tunggu sejuk...


Bila betul-betul sejuk baru potong...


KUIH SAGU TANPA KUKUS
1 cawan sagu biji(rendam semalaman)
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh perisa ros merah
Kelapa putih + sikit garam

1. Rendam sagu semalaman dalam air yang banyak.
2. Masak 2 cawan air hingga mendidih
3. Tapis sagu yang direndam dan terus masukkan dalam air mendidih tadi.
4. Kacau perlahan- lahan hingga nampak semua sagu menjadi jernih & tiada lagi bintik2 putih.
5. Tambah pewarna merah berperisa ros dan gula.
6. Biar mendidih dan nampak pekat.
7. Tuangkan dalam loyang @ acuan2 kecil dan biar sejuk.
8 Potong kiub @ bentuk diamond dan gaul kelapa parut putih bergaul sikit garam..

** Sagu akan masak jernih cantik kerana sudah direndam lama semalaman.
JANGAN RISAU...walaupun direndam semalam,sagu xkan hancur...dan akan kekal bentuknya..Dengan syarat JANGAN DIKACAU masa tengah rendam tu..Cara ini menghasilkan kuih yang lebih lembut dan kurang kenyal..
Juga cara ini sesuai untuk pengguna yang tiada pengukus..Sebaiknya sagu direndam semalaman dan dimasak pada waktu pagi...untuk dihidang pada petang supaya hasil kuih sempurna..


Jika sagu tidak direndam lama..ia tidak akan jernih sepenuhnya dan akan ada bintik2 putih ditengah2 biji sagu..
Ia boleh diatasi dengan mengukus semula sagu tersebut selepas dimasukkan gula dan pewarna.
Sagu akan masak jernih cantik jika sudah masak sepenuhnya.
Cara ini sesuai jika sukakan  kuih yang lebih kenyal dan sedikit liat..

Cara masak yang berbeza memberikan hasil dan tekstur berbeza..

4 comments:

  1. Cantik merahnya..putih bersih kelapa parut...sedapnya...dah lama x buat...kena buat juga ni...insyaallah..terimakasih perkongsian resepi...

    ReplyDelete
  2. Buat lebih tau...
    hehehe...
    Tq baca

    ReplyDelete
  3. Esok nak cuba..ade lebihan sagu... buat bubur jagung kelmarin

    ReplyDelete
  4. Esok nak cuba..ade lebihan sagu... buat bubur jagung kelmarin

    ReplyDelete