Monday, 16 January 2017

SPAGETTI GORENG ALA MEE GORENG MAMAK

Spaghetti Gorang Ala Mee Goreng Mamak..
Cam biasa la spaghetti akan jadi pengganti mee kuning kat umah aku ni..
Aku nak makan Mee Gorengn cam kat Mamak tu..
Yang goreng kering jer tu..

So, mak aku masakkan untuk aku..
Spaghetti Goreng alam Mee Goreng Mamak...
Dengan  Telo Mater..
Hancor bahasa..
Telur Mata Kerbau..
Eh, mata kerbau ke mata lembu..
Mmmmm.....


Spaghetti Goreng ala Mee Goreng Mamak
Cili jeruk tu aku x makan yer..!!
Tu pinggan mak aku tu yang ada cili jeruk tu..
Aku makan  yang kosong xde jeruk cili...sambil minum Air Mangga..
Air Mangga ni beli kat tepi jalan kat pekan tu..
Masa balik petang tu jalan tengah jem...
Siapkan duit sesiap 10 henggit untuk 4 botol..
Masa sampai kat tepi orang jual tu just tunjuk isyarat jer 4 jari..
Dia faham la aku nak 4 botol air mangga..
Terus dia hulur ...
xyah nak turun keter dah..
Tapi camaner orang tu tahu aku nak Air Manggga?
Haaa..memang la dia tahu sebab dia hanya jual Air Mangga...4 botol sepohenggit..
xkan plak aku nak order ABC lak...
Hehehehe..

SPAGETTI GORENG  ALA MEE GORENG MAMAK
1/2 paket spaghetti- rebus 15 minit
sikit isi ayam @ sosej
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk kobis hiris
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 kiub ayam
2 bawang putih-ketuk
3 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 biji telur
3 sudu minyak
garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
3. Masuk pula cili kisar dan kiub ayam.Biar hingga naik minyak
4. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata.
5. Renjiskan kicap manis dan masak lagi beberapa minit hingga sebati.
6. Tambah kobis dan taugeh.
7. Pecahkan telur dan gaul sebati.Biar telur masak dan bersalut pada spaghetti.
8. Tutup api & taburkan daun sup daun bawang.


No comments:

Post a comment