Sunday, 8 January 2017

MASAK KICAP PEDAS AYAM..BEKAL HARI AHAD

Bekal abang hari ni Ahad...
Kitorang semua cuti Ahad..
Abang jer x cuti...
Hari ni mak aku masak bekal berat untuk lunch abang..
Nasi & Ayam Masak Kicap Pedas..


Sebenarnya mak aku kata dah isikan bekal abang dalam bekas Tupperware hijau tu
Tapi abang kata dia xnak Tupperware..
Abang nak bekas food container tippuware jer..
Hahaha...
Kata abang kalau isi dalam Tupperware dia xnak bawa..
Dia sanggup isi dalam plastik bungkus surat khabar..
Sebab abang kata kalau bawa bekal dalam Tupperware...kalau lupa nak bawa balik Tupperware nanti mak aku bising..
Kalau tippuware xper...boleh jer lupa or buat-buat lupa..
hahahaha...

Lauk Ayam Masak Kicap Pedas ni juga merangkap lauk lunch kitorang kat umah..
Yang dalam bekas besar ni untuk lunch kitorang..

Dalam mangkuk ni mak aku kata nak bagi sejuk sikit sebelum bungkus untuk bekal abang..
MAK AKU PERNAH MASAK KAT SINI DAH PUN ...

 AYAM MASAK KICAP PEDAS
1/2 ekor ayam-gaul garam kunyit dan goreng
2 biji kentang - potong wedges & goreng
1 bawang besar- hiris bulat
1/2 cawan kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 cawan minyak
1pokok daun sup daun bawang
1 cili merah hiris
1 sudu teh asam jawa

Bahan Blend:
5 biji cili kering- rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih
2 hiris halia
2 hiris lengkuas
1 batang serai

1. Goreng ayam yang dah bubuh garam kunyit.Goreng pula kentang wedges.Toskan
2. Tinggalkan agak2 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan blend hingga naik minyak..
3.Masukkan kicap manis..kicap pekat dan asam jawa yang dibancuh dengan 1 cawan air.
4. Masukkan ayam..kentang dan bawang besar
5. Sesuaikan rasanya dan tutup api
6. Taburkan daun bawang daun sup..


No comments:

Post a Comment