Thursday, 12 January 2017

MEE SEGERA GORENG...BEKAL HARI KHAMIS

Tahun ni mak aku dah tepati janji dah..
Hari-hari mak aku akan masak bekal untuk aku..
Jelous kawan-kawan aku tengok aku bawa bekal tiap2 hari..
Hari-hari dorang plak yang excited ...nak tau aku bawa apa 
Tapi sebenarnya dorang x perlu jelouse pun...sebab dorang bawa duit belanja banyak..
Aku x...
Lagi satu... aku memang selalu bawa bekal tu lebih..
Makan ramai-ramai...
Semalam masa bawa Spaghetti Goreng Pedas tu pun aku bawa 2 bungkus..
Makan sama-sama..
Kadang tu aku belum makan pun dorang dah paw dulu..
Tapi dorang pun x kedekut..
Selalu belanja aku ice blended,ice cream,ayam goreng bagai kat luar pagar sekolah time balik..
Tahun lepas....aku banyak beli kat kantin dari bawa bekal...
Mak aku cakap sebab tahun lepas tinggal berdua je ngan mak aku..
Mak aku cakap malas nak bangun awal masak bekal untuk aku sorang jer..
Abang kat kolej memang disediakan makanan..
Kakak plak kena makan sendiri bayar sendiri kat cafe UiTM tu..
Kakak ngan abang tengah tunggu nak sambung study...
Semua tengah kerja cari duit nak sambung study...
So,sebab aku nak bawa bekal,semua pun nak bawa bekal juga...
Termasuk mak aku...
Haaaaaaaaa...

Ni Bekal Hari Khamis
Mee Segewra Goreng..
Dah tinggal 2 bekal..
Sebab hari ni abang cuti..
Kakak ..pandai2 la isi sendiri...hihihi


Sekuali Mee Segera Goreng...

Ni bukan Mee Maggi macam selalu mak aku masak tu..
Bukan guna Mee Maggi Kari tu...
Ni macam mee maggi cam jual kat pasar malam tu lar...


Yang ni guna Mee Vit's ni haaa...
Jangan x tau..
Aku yang belikan tau..
Tapi mak aku la yang bayar...heeee
Semalam petang gi beli barang dapur ngan mak aku...
Aku kan assistant mak aku..
Tukang tolak trolly...
Hihihihi

Dalam pack tu ada 10 keping mee macam ni..
Sama saiz macam mee segera juga...tapi xde la perencahnya..
Mee Kosong jer...
So kena la masak dulu..

MEE SEGERA GORENG..mak aku
1/2 paket mee segera- 5 keping
5 batang sosej-rebus& potong jejari
1 batang carrot-potong jejari
1/4 kobis- hiris nipis
4 sudu kicap manis
4 sudu minyak
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang

Bahan Blend:
5 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1 sudu teh garam

1.  Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Sementara itu masak air hingga mendidih dan celur mee selama 2 minit.tapis
3. Masukkan sosej dan carrot dalam bahan tumis..
4. Masukkan mee yang sudah dicelur dan gaul sebati
5. Tambah kobis dan kicap..gaul rata
6. Sesuaikan rasa.
7. Tutup api dan tabur daun sup & daun bawang

No comments:

Post a Comment