Saturday, 14 January 2017

MIHUN LADA HITAM BEKAL HARI SABTU

Mihun Lada Hitam...
Bekal hari Sabtu...
Bukan bekal aku...
Tapi tu bekal abang...
Aku mana sekolah hari Sabtu..
Abang jer bawa bekal...
Kakak xnak bawa..
Selalu kakak bawa bekal tapi ni dia xnak..
Ala...kakak tu xper sebelah tempat kerja dia ada restoran makanan Kelantan...ada restoran mamak bagai...

Dah lama mak aku x masak mihun putih ni..
Dolu2 mak aku hanya akan masak Mihun Lada Hitam a.k.a Mihun Putih ni..
Tapi sekarang mak aku cakap dah boleh tune dah kalau masak mihun merah pun...
Mak aku cakap sebab dolu2 mak aku x pandai bak goreng mihun merah yang sedap macam Achik...
Mmmm...betul la...aku pun masih ingat kalau mak aku goreng Mihun Merah..aku ngan kakak mesti cakap x sama macam Achik...
Sebenarnya tu ayat sopan nk cakap yang mihun tu "kureng"
Hihihihi...
Tapi masa tu kalau mak aku masak Mihun Lada Hitam ni memang sedap...
Heeeee....

 Aku nyer...
Sebab x sekolah x bawa la bekal...
Just makan untuk breakfast...
x la brekfast sangat kalau makan dah pukul 11 kan..
Kira branch la...hahaha..


Makan sambil ngadap TV...
Lepas buat homework...
xde nak rebut ngan sesaper...
Mak aku...abang...kakak semua kerja..
Boleh pilih chanel TV suka suki hati...
Hihihihi...


MIHUN LADA HITAM
1 Paket mihun- rendam 15 minit
1 mangkuk isi ayam- gaul dengan 1 suduvteh garam
1 kiub ayam
1 batang carrot- potong jejari halus
1 bawang besar
5 bawang putih
2 cili merah
2 sudu lada hitam tumbuk
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang

1. Panaskan minyak & tumis bawang besar dan bawang putih cincang.
2. Tambah ayam yang sudah digaul sedikit garam supaya tidak melekat dikuali.
3. Tambah kiub ayam,garam,carrot & 1 cawan air.
4. Masukkan mihun yang direndam tadi dan biarkan nampak mendidih dibawahnya sambil dikacau sesekali.
5. Bila air nampak kering..hendaklah selalu dibalik2an mihun supaya tidak berkerak.
6. Tambah cili hiris dan gaul rata.
7. Taburkan lada hitam tumbuk dan gaul rata.Lada hitam ditabur akhir sekali supaya kekal bau harum lada..
8. Tutup api dan tabur daun sup daun bawang.


No comments:

Post a Comment