Saturday, 7 January 2017

AYAM MASAK CABAI- RESIPI NENEK

Ayam Masak Cabai..
Tahu cabai?
Haaaa ..senonim untuk cabai ialah cili
Nenek memang panggil cabai..
Orang kampung nenek pun semua sebut cabai..
Kata mak aku masakan ni famous kat kampung nenek terutama bila kenduri..
Semua sebut "Ayam Masak Cabai"
xde yang sebut "Ayam Masak Cili"
Mak aku cakap...Ayam Masak Cabai ni nenek pun selalu masak dulu2.
Mmm ..macam Ayam Masak Merah jer .
Tapi rasa dia x sama
Mak aku cakap Ayam Masak Merah ada letak sos tomato..
Tapi Ayam Masak Cabai .xde letak tomato..
Macam Ayam Sambal jer..
Tapi mak aku cakap bahan dan rasanya x sama ngan sambal tumis tu..


Bila aku makan lauk ni...
Mmm..baru ingat...nenek memang pernah masak lauk ni..
Cuma x ingat bila..
Nenek masak guna ayam goreng besar2..
Aku pernah request mak aku masak lauk ni ..
Tapi sebab x ingat namanya...mak aku pun x faham..mak aku masak Ayam Masak Merah..
Mmm...hari ni baru betulll.!!!
Macam yang aku nak..
Mak aku kata kalau guna ayam yang ada tulang lagi sedap.
Yang hari ni guna isi ayam sebab tu jer yang ada dalam peti ais..


AYAM MASAK CABAI...resipi nenek
1/4 ekor ayam
1/2 cawan minyak
Garam & serbuk kunyit
1 pokok daun bawang
1 sudu teh gula

Bahan Blend:
15 cili kering- buang biji & rebus lembut
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kecil kunyit
1 ketul kecil [anggaran besar ibu jari) lengkuas
1 batang serai

1. Ayam digaul garam kunyit dan goreng hingga masak..x perlu garing..
2. Tinggalkan minyak goreng ayam dalam kuali anggaran 1/4 cawan dan tumis bahan blend hingga naik minyak..
3. Masukkan semula ayam yang sudah digoreng dan kacau rata..
4. Tambah sedikit gula untuk seinbang rasa
5. Sesuaikan rasa garam gulanya dan tutup api.
6. Tabur daun bawang hiris

No comments:

Post a comment