Friday, 20 January 2017

AYAM MASAK KICAP MAK SITI

Ayam Masak Kicap Mak Siti..
Hahaha...
Mak Siti tu siapa..??
Siti Nuhaliza ker....
Hihihi...
Mana ada...
Anak saudara Siti Nurhaliza ada la sama sekolah ngan aku...
Tapi Mak Siti ni bukan Mak Iti ..Siti Nurhaliza tu...



Mak Siti ni haaaa...
Mak aku cakap kalau dulu-dulu zaman belajar mak aku duduk rumah sewa...kena masak sendiri sebab nak jimat ..Lauk famous mesti mak aku buat masak kicap ayam or ikan mesti guna rempah Mak Siti..
Masa tu mak aku cakap menyewa rumah erea kilang rempah Mak Siti ni..
Mak aku cakap kilang tu rumah kedai jer...
& Kalau turun bas nak balik rumah kena lalu lirong tepi kilang tu..
Kata mak aku...memang akan cium bau rempah- rempah la...
So,bila masak guna rempah ni mak aku kata messti ingat kenangan tu..
Patut la bila nasak mak aku senyummmmmmm jer..hihihi
Tapi mak aku cakap tu citer tahun 1990-an..
Zaman mak aku study lagi...Aku pun belum dilahirkan...
Hahahaha...

Aku sabor jer dengar citer mak aku tu...
Layannn jer...
Walaupaun apa yang mak aku nak citer tu bukan la sama macam apa yang telinga aku nak dengar...
Syyyyyyyy.....
Dah habis citer kenangan bagai tu,lauk pun dah siap...


Mak aku cedok semangkuk & simpan untuk abang sebab abang balik lambat...
Sebenarnya lauk ni mak aku masak sama ngan Masak Lemak Cili Api Pegaga tu...
Sebab pegaga tu opkos abang x makan...

So,dalam bekas besar tu makan bertiga...aku,mak aku & kakak..
Yang mangkuk  tu simpan untuk abang..
Aku ada cakap kat mak aku,buat apa nk kotorkan banyak mangkuk..
Biarlah semua dalam bekas besar tu..
Kita makan jer lah...
Nanti tinggal la sikit kata abang...
Tapi mak aku berleter plak kat aku .
Kata mak aku..
Kalau ada yang belum makan,kena asingkan dalam bekas lain sebelum makan..
Kalau dah makan dulu,yang tinggal tu namanya sisa...
Tapi kalau kita nak cedok dari kuali atau periuk,itu xper...sebab yg tinggal dal oeriuk @ kuali tu bukan sisa kerana kita bukan terus makan dari periuk @ kuali.....
Mak aku cakap nenek yang ajar soh buat macam tu...
Mmmmm.....yer lahhhh...

AYAM MASAK KICAP MAK SITI..
10  ketul ayam- gaul garam kunyit
2 biji kentang - potong wedges
1paket rempah masak kicap Mak Siti
2 sudu cili kisar
1 bawang besar
2 bawang putih
3 hiris halia
5 cili kering- gunting serong
1/2 cawan kicap manis
1/2 limau nipis
1/2 cawan minyak
garam secukupnya
Dain sup daun bawang

1. Goreng ayam hingga masak.
2. Goreng pula kentang hingga masak.
3. Tinggalkan minyak dalam kuali anggaran 4 sudu dan tumis bawang besar,bawang putih halia dan cili kisar.
4. Masukkan rempah Mak Siti yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air.
5. Masak hingga naik minyak.
6. Masukkan ayam goreng,kentang goreng dan kicap manis..
7  Tambah air anggaran 2 cawan dan terus  masak hingga mendidih
8. Masukkan cili kering potong dan perahkan limau nipis.
9. Sesuaikan rasa dan tutup api serta tabur daun sup daun bawang

2 comments:

  1. He..he..dah kena leter dgn mak..betul la apa yg mak dik cella cakap tu..kena asingkan...
    Nostalgia rempah mak siti ni...

    ReplyDelete
  2. aunty pun ada nostalgia juga ker rempah ni....geng mak kiter ni...kiter nostalgia kicap kipas udang jer...sebab mak dah x beli sekarang..mahal sangattt...huhuhu

    ReplyDelete